CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 26, 2010

blurp!!! best..best...best..prosparety burger memang best. tak pernah jemu makan.

after more than one and half hour journey from Tampin to Bangi untuk hantar si Tajuddin ke GMI, then patah balik ke Senawang pastu makan Mcd memang berbaloi.

tapi aku memang sakit hati time makan tadi sebab meja sebelah kitaorang ada 2 orang couple which i can say that they actually still schooling tapi menggedik dengan couple masing-masing macam dah berkahwin!..jealous?...nope! tapi serious memang sakit hati.
kalau budak perempuan tuh adik aku, dah lama aku tampar muka dia.

yang lelaki tunjuk hebat, cakap telefon kuat-kuat dengan bincang topik ntah apa-apa, yang budak perempuan tuh pulak asyik-asyik jerit-jerit manja ala-ala gedik suruh pakwa kesayangan diam..aduh, puas aku tahan sabar. couple lagi satu tak reti nak suruh member tuh diam,akur apa saja yang dibuat.

tolonglah...korang tuh sekolah lagi.bukan masa untuk bermain cinta. aku tak tahu nak tegur macam mana tadi. hati aku panas sepedas burger properaty yang aku makan. dah lah waktu maghrib, tak reti nak balik rumah..belum sempat air aku habis aku ajak nisa balik..aku rasa lagi lama aku kat situ, lagi hilang sabar aku.

betul cakap ayah aku, budak sekarang bercinta macam besok tak sempat nak kahwin. mengalahkan orang dewasa..well..well.. aku no komen..
tapi, in my point of view, being single is the best. or even you are in love but it doesn't mean that you can do anything with your partner. just learn to be respect with others. aku tengok budak tadi rasa nak tampar je..

mood: marah + bengang

Wednesday, December 22, 2010

nothing

and its more than 3 days my parents staying at home since they came back from Makkah.
and each day i received guests of all my parent's friend. honestly feel tired to entertain them but at the same time feel glad when they come home and visit my parents.

nothing much i can do. just served them with air zam-zam, kurma, a variety of nuts, some cakes, special tea and coffee made from Madinah that i have to follow the instruction in the box when i want to make them. seriously, their tea and coffee are different from Malaysia since it must to boil them in a very hot water.

and most of family members and my parent's friends said that the taste of tea and coffee are different. the tea make you feel more fresh but the coffee can make you feel dizzy for those who are not really drink coffee since one of the ingredient is made by the ginger..yup..its ginger..

but my parents said, arabian like coffee ginger very much, and every tea time they'll make that coffee. and i said back to them.."itu arab, kita melayu..teh dan kopi susu pun dah ok..."

and i got a lot of Jubbah that my mother bought for me..she said.."tahun depan nak practical, duk opice, kena la tuka-tuka baju." and i try to imagine that i'm wearing a jubbah,,hrm..may be i'll look like mak cik - mak cik..but i like them very much. and all my brothers got kopiah and jubbah tidur lelaki, while my kak ngah received a baju jalan satu set with the seluar which i prefer more to have it but the size does not suitable for me and my sister in law also got jubbah..

my parents also bought some souvenir for their friends and family members like kopiah, tasbih, jubbah and also serbuk inai..

and the holidays will end just around the corner. i never realize it until my best friend called me yesterday that she gonna go back to her Maktab next week. and i asked her why its so fast and she replied that next Saturday would be 1th Dec 2011. and at Terengganu, Sunday will start the class..

may be i've been too bz in managing my house during these holidays..what ever it is i'm gonna have my practical..seriously, feel nervous but at the same time excited..just wish me gud luck ok... ;)

Monday, December 20, 2010

yeay!!!

parents aku selamat sampai rumah..syukur ;)
cukup 42 hari diaorang pergi haji. dan sabtu malam haritu diaorang balik. best..best..

nasib baik ada induk dengna makndak kat rumah. Dapat juga tolong aku buat preparation untuk sambut ayah ngan ibu balik.

dan semalam aku, ayah, ibu, pak long degan anak buah aku, syahirah kena food poisoning.
akibat makan nasi lemak yang orang kelantan tak tahu nak buat, kita orang semua kena keracunan makanan.

aku memang lemah semalam. muntah-muntah, cirit birit. pak long dengan syahirah pun kena juga..aduh, kalau aku kan, dah tahu tak pandai nak masak tak berani aku nak berniaga, menganiaya orang je.

patut lah ayah lebih suka makan masakan sendiri dari beli kat kedai.
ni nasib baik dah ok. itu pun kena pergi klinik dulu...

Tuesday, December 14, 2010

My RAM...


RAYYAN FANTASI...
RAM? siapa RAM ni?...orang yang minat giler kat dia je tahu siapa sebenarnya RAM ni.
tapi bagi aku, RAM seorang yang sangat talented as a novelis, have a great idea in making thriller story, tidak merapik dalam penulisan, banyak membuat rujukan dalam setiap plot penulisan dan yang paling penting ada unsur keislaman dalam setiap unsur penceritaan...itulah Ramlee Awang Murshid, the novelis thriller nombor 1 Malaysia.


well..well, bukan aku yang bagi jolokan ni, tapi itulah yang diterima oleh RAM dari seluruh rakyat Malaysia.. compared with other women novelis, mereka lebih menyajikan cerita cinta romantis yang tidak menarik minat aku. Mungkin aku lebih suka cerita yang buat aku lebih berfikir dan ada unsur thriller..

sebut pasal my abang RAM..aceh ;), aku sedang mengikuti cerita terbaru karangan beliau iaitu Rayyan Fantasi..macam biasa jalan cerita memang buat aku susah nak berhenti baca kalau dah start baca novel nukilan beliau.

aku ni kira beruntung, sebab abang ketiga aku ijat dan kak ngah minat juga dengan RAM ni..so, aku tak payah beli sebab salah seorang pasti akan beli juga...

dan aku tak sabar nak tunggu sambungan cinta sufi..kata RAM, tajuk sambungan cerita tu ialah Sutera Bidadari, dan katanya lagi cerita ini wajib disambung!
bagi aku memang wajib pun..sebab aku dah ikut jalan cerita dari mula lagi : Bagaikan Puteri diikuti Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta seterusnya Cinta Sufi dan tak sabar nak baca sambungan terakhir Sutera Bidadari..

go RAM!..you are my man!...

Sunday, December 12, 2010

result

ALHAMDULLILLAH... lulus result final exam aku sem ni. walaupun tak dean list, tapi yang penting semua subjek aku pass. untuk student final year macam aku ni, lulus tuh sangatlah penting!...and for the next year, I can proceed with my practical..aiseh, agak cuak disitu. Sebab aku tak kenal sesiapa kat situ...waa....takot...

semalam, pergi ke Melaka lagi..kali ni dengan si janda nisa dan si duda tajuddin. Memang gila aku keluar jalan-jalan dengan diaorang ni..tergelak tak henti-henti. Gelak ala-ala vampier gitu... kakah... ;)

aneway, tak sabar lagi seminggu nak tunggu ayah balik...can't wait for them...

Tuesday, December 7, 2010

Kerinduan


ibu ngan ayah...

rindu sangat kat ayah ngan ibu..damn miss them so much.... walaupun diaorang nak balik 18 haribulan ni, rasa macam lama lagi. ayah pun dah lama tak call. ye lah, mungkin sibuk dengan ibadah dekat sana..

nasib baik semalam ibu call. ibu cakap kat sana "Semuanya OK dik"..aku happy dengar ibu cakap macam tu. moga-moga doa, ibadah dengan amalan ibu,ayah ngan nenek serta semua umat islam kat sana diterima Allah...

ayah ngan ibu, cepat la balik...rindunya... ;)

Friday, December 3, 2010

WATERWORLD!!!

BEST GILER!...semalam ke waterworld A'Famosa memang seronok gila..

walaupun nak masuk RM40 seorang, tapi memnag berbaloi juga..
berendam, berenang dan bermain dalam air dengan member yang kepala gila-gila memang best... ;)

thanks to Mira, Nad, Hajar and Along, spending your time with me...aceh....haha

tapi satu je tak best, sebab terlalu seronok mandi sampai dalam hujan pun mandi juga, satu gambar pun tak sempat nak snap! haish...but its ok...setiap moment sentiasa tersemat dalam hati...konon...haha...

Monday, November 29, 2010

gila

haha...haha...laugh, laugh, and laugh..until I die... ;)

boleh ke macam tuh?..haha...sebenar tak tahu apa dah jadi kat diri..
bosan tahap gila, and nothing to do now...

tapi bila aku gelak, me actually remove my stress..itu yang buat aku makin sihat... haha...

hari ni memang dah gila. abang aku pun malas nak layan selain suruh aku senyap!..

Wednesday, November 24, 2010

suri rumah

dah seminggu lebih kat rumah, menjalankan tugas sebagai seorang anak dara... penat, tapi apa boleh buat, tanggungjawab...

kadang-kadang aku rasa dah macam suri rumah tangga dah..bangun pagi, buat minum pagi, kemas rumah, basuh baju masak tengah hari...no rest at all...PONEKNYO!!!
tapi macam aku cakap, aku kena buat juga.

ni yang sakit kepala aku nak pikir tiap hari ialah nak masak lauk apa???
aku perlukan list of menu yang boleh aku masak untuk santapan aku tiga beradik kat rumah ni..damn really need it!

sekarang ni pun tengah pikir nak masak lauk apa besok ni...haish.... ;)

Thursday, November 18, 2010

Tahun 1993

kelihatan ratusan orang memeriahkan majlis kenduri kahwin di pihak rumah pengantin. kehadiran sanak saudara,rakan taulan serta jiran tetangga membuatkan majlis yang sederhana begitu meriah di Taman Indah. di satu sudut sebelah rumah pengantin terlihat beberpa orang kanak-kanak sedang berkumpul dan bergurau senda..

"dekyah meh sini, jangan kacau orang nak makan!".dengan tegas ijat memanggil adiknya.
"hah, panggil si afiq tuh sekali main sekali kat sini!", sambung seorang kanak-kanak yang duduk di sebelah ijat..

"hah, pe kata kita main kawin-kawin?" ijat berkata riang.
"OK!", yang lain bersorak. termasuk dekyah dan afiq.
"dekyah pengantin pompuan, afiq pengantin lelaki, ok?" kata ijat sambil memandang mereka..dan kerana terlalu kecil mereka bersetuju dengan cadangan yang diberikan.

"sekarang, afiq kena cium dekyah dulu". ijat memberi arahan..
cup! dekyah menerima sebuah kucupan kecil. dan mereka yang lain bersorak gembira..
"sekarang giliran dekyah pula cium afiq", kata budak yang duduk sebelah ijat.
cup! giliran afiq pula mendapat sebuah kucupan..dan sekali lagi mereka bersorak.

"mulai hari ini, korang dah jadi suami isteri!", kata adin yang merupakan adik si ijat..
"yeay!!!! sekumpulan kanak-kanak tadi bersorak lagi.

dekyah merupakan penduduk tetap diTaman Indah, manakala afiq merupakan cucu kepada jiran sebelah rumahnya. afiq menetap di kuala lumpur dan sebulan sekali atau pada cuti sekolah dia akan pulang ke kampungnya di taman indah.dan setiap berkali bercuti afiq,abang dan kedua-dua adiknya akan bermain bersama ijat, adin dan dekyah yang juga merupakan adik-beradik..

masa terus berlalu, dan dekyah meneruskan hidup dengan mencipta kenangannya tersendiri.membesar sebagai seorang gadis yang berbadan besar dan juga mempunyai impian dan tanggungjawab yang besar. manakal afiq membesar sebagai seorang anak muda yang segak dan menariknya dia kelihatan seperti seorang lelaki cina..dan setiap kali afiq pulang ke kampung,ijat dan adin selalu mengusik dekyah dengan mengantakan:
"hah dekyah suka la tuh, laki (suami) dia dah balik"..dan setiap kali afiq dan dekyah berjumpa, mereka akan mengejek satu sama lain..

"dekyah gemok!" kata afiq sambil tersenyum nakal.
"afiq apek!" kata dekyah dengan nada geram.

yang peliknya, itu lah sahaja yang akan dikatakan oleh mereka setiap kali berjumpa sepanjang pembesaran mereka..tiada salam, tiada senyuman dan tiada kemesraan. dan bila semakin meningkat remaja ada sifat malu yang wujud diantara mereka. tiada lagi ejekan dan tiada lagi senyum sinis..yang akan mereka katakan:

"dekyah, ko makan apa? sihatnya..."kata afiq
"afiq, ko ni memang anak cina eh?" kata dekyah pula..dan sekali lagi, itu sahaja yang diperkatakan oleh mereka apabila berjumpa.dan mereka semakin renggang bila afiq jarang-jarang pulang ke kampung, kerana menghadiri kelas tambahan dan kadang-kadang kerana kesibukan ayahnya. tetapi dekyah selalu menerima perkembangan pasal afiq dan adik-beradik dari neneknya..

Tahun 2010

5 November 2010, 10 a.m.

sewaktu dekyah pulang ke rumah kerana ayahnya hendak menunaikan haji,dia berjumpa sekali lagi dengan afiq..tapi hanya ucapan "oit" dari mulut dekyah dan menerima ucapan yang sama dari afiq..itu sahaja ucapan mereka sebagai tanda bertegur sapa..

16 November 2010, 11 p.m.(sehari sebelum hari raya aidiladha)

tit..tit..mesej masuk dari telefon bimbit aku...

"dekyah, cucu nenek sebelah, apek dah meninggal dunia tadi"

innalillahhi wainna ilaihi rojiun..., aku terkedu membaca mesej tersebut. betul-betul terkejut..aku terus menghubungi Nisa si penghantar mesej. Kata Nisa, arwah accident hari ahad minggu lepas dan koma. selepas beberapa hari arwah meninggal..

dan pagi tadi sempat aku berbual dengan kak sara, mak saudara arwah mengenai afiq. kata kak sara, sewaktu accident bahagian yang dipandu arwah remuk dan mengikut kata rakan arwah yang terbabit dengan kemalangan, arwah masih sedar dan sempat menyuruh sahabat yang lain menyelamatkan diri, dan dalam beberapa saat arwah pengsan di dalam kereta..

sesungguhnya aku tak percaya..dan aku tak sangka itu pertemuan terakhir aku dengan arwah..tiada sempat ucapan maaf dan ucapan perpisahan untuk selamanya..hanya ucapan "oit" yang aku berikan padanya..sungguh aku terkilan..

afiq bukan sahaja rakan sepermainan sewaktu kecil malah dia selalu dianggap sebagai "suami" aku sebab pernah berkahwin denggannya sewaktu kecil..;(

pemergian afiq buat aku tersentuh..dan aku sentiasa teringat kenangan yang tercipta antara aku dengan arwah..dan pemergian arwah ibarat pemergian seorang sahabat sejati..

moga arwah afiq ditempatkan orang yang beriman..amin...

Sunday, November 14, 2010

akhirnya, aku sudah tamat pengajian diploma dalam bidang Pengurusan Teknologi dan Pejabat atau lebih dikenali sebagai Office Management di kolej yang orang tak berapa familiar @ popular iaitu UNIKOP...tapi aku tak kisah sebab yang penting kolej tu under UiTM.

Semalam menjadi saksi aku dah habis study dekat Unikop..sedih nya aku minggu akhir exam hari tu. sebab aku tau aku akan berpisah dengan budak bilik aku yang happening..aku akan merindui segala kenangan dalam bilik tuh...block c, unit 18-1, bilik 5 katil 2..disitulah aku menetap sepanjang 2 tahun setengah aku study disana.
dan yang paling aku sebak sebab nak berpisah dengan rakan seperjuangan aku. pergi kelas, lunch, buat assingment, malah memonteng pun sama-sama. Mana mungkin aku lupakan semua tu.

Kolej UNIKOP,fasa 2 Taman Koperasi Polis..disitu juga aku mula mengenal dunia luar tanpa ayah disisi. semuanya dilakukan sendiri..disitu juga aku mula membiasakan diri di dunia baru.

sepanjang 5 sem ni banyak benda aku belajar..ilmu, persahabatan, kecekalan dan disiplin. darisem 1 sampai sem 4 aku sentiasa bertukar kelas, dan yang paling kelakar sebab mengikut turutan. Sem 1 kelas A, sem 2 kelas B, sem 3 kelas C, sem 4 kelas D. nasib baik sem 5 naik kelas A balik..apa-apa pun turutan kelas bukanlah ukuran. Aku sedar banyak hikmah aku bertukar-bertukar kelas..yang paling ketara, hampir semua budak batch aku yang sama course menjadi kenalan aku..dan ramai lecturer menjadi guru aku... ;)

naik turun result menjadi lumrah setiap semua pelajar dan begitu juga aku. kat sana juga macam-macam orang aku jumpa, dan terbukti ia bukan sesuatu yang senang untuk mendapatkan kerjasama..namun lecturer yang banyak bagi semangat. sebut pasal lecturer, aku nak sebut semua lecturer yang pernah menabur ilmu dekat aku..sir hisham, sir azam, sir amir, miss intan, mis alia, dan mis zira, ni adalah lecturer yang aku anggap paling best! tak lupa juga sir syazwan,mis wana, mis eja, mis el, madam nad, mis midah, madam asa, mis syikin, ustaz dan ustazah serta semua lecturer yang lain...

aku punya kawan yang ramai kat kolej..ziera@jibab, zetty@jeton, piqa, raja, eyza, k.naz, mama riena, fadz, ekin, akma, nadia dan tak lupa juga budak lelaki yang rapat dengan aku iaitu pejal, din, sam, nick, ash, arul...diaorang semua rapat dengan aku..

kalau budak bilik, aku rapat dengan fadz, athirah, farah, dya, ema, dina, ina, dan k.shu..kalau teringin bershopping, mesti pergi ramai-ramai..nak pergi berjalan pun bersama..

semalam sebelum balik, aku salam semua member-member aku. aku peluk diaorang kuat-kuat, sebab aku tahu lepas ni mesti susah nak jumpa..sedih gila aku.. :(.. sesungguhnya, aku akan merindui zaman aku di kolej, banyak memori aku cipta..

kepada semua, ampunkan semua dosa aku,halalkan makan minum,dan terima kasih untuk segalanya...terima kasih jadi sahabat susah senang, sahabat dunia akhirat dan terima kasih kerana sudi bersabar dengan perangai aku....i love u all...

sesungguhnya, aku akan merindui zaman kolej..banyak sangat memori

Monday, November 8, 2010

panggilan haji

hm...baru lepas study law, and this would be my last paper that i'm gonna seat it tomorrow..tapi tak habis study lagi..haha ;)

lama betul rasanya tak tulis blog. sementara nak tunggu maghrib ni, tergerak nak tulis blog..

saat ni aku terbayang wajah ayah ngan ibu kat sana. hari sabtu lepas, ayah, ibu dan nenek pergi untuk tunaikan haji..dua minggu lepas aku terima mesej yang ayah kan pergi haji 6 haribulan. memandangkan aku tiada paper, aku decide untuk balik 4 haribulan pagi lepas exam. Dan aku terkejut dari hari khamis sampai hari untuk hantar ayah ke Kelana Jaya, aku tak henti-henti terima tetamu. Port aku dekat dapur saja..
tapi aku puas hati sebab aku jumpa semua jiran,sedara-mara ngan member ayah aku..

sebelum bertolak ke Kelana jaya, hati aku sayu sangat,lagi-lagi time dengar azan.
dan sebelum ayah masuk ke perkarangan dewan, aku salam dan peluk ayah ngan ibu erat-erat.mengangis aku time tu..apa-apa pun aku harap diaorang selamat dan mudah menjalankan ibadah...

dan aku ingat lagi ayah aku cakap, kemuncak hidup seseorang akan lebih sempurna jika mereka dapat menunaikan ibadah haji dan menjadi tetamu Allah yang terpilih. dan aku juga memasang impian untuk pergi ke sana...;)

Monday, November 1, 2010

What is smile a sign of? for me a smile is a sign of....


Smile Is A Sign Of......

A smile is a sign of love
A smile is a sign of care
A smile tells how much to others
You are important and also dear

A smile is a sign of cheer
A smile is a sign of trust
A smile shows how you can
Be happy even in hard crust

A smile is a sign of joy
A smile is a sign of hope
A smile teaches you how you can
Remove the clouds of mope

For nothing but only a smile
Takes away your pain and trial
And pick your trouble's pile
And let you smile, smile and smile.



then, what you think bout the sign of smile?
well. i love to see people smile...

bbq

selesai sudah 3 paper..tak sabar nak habis 2 paper..
semalam habis jer exam, pergi Giant ngan fadz,ikin, nadia, akma membeli belah barang2 untuk bbq..memang best bbq.

tengah malam baru nak start nyala api..memang best. dan bbq semalam untuk celebrate birthday ekin ngan nadia. kebetulan birthday sama, celebrate skaligus. part paling best tidor ramai-ramai kat ruang tamu.bila lagi nak tido sama betul tak? ni lah masanya..haha

thanx semua, heppy betul semalam...

Wednesday, October 27, 2010

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

saja nak share untuk diri sendiri.. petua yang sangat bernas bagi aku..

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

1 Malaysia Theme Song

secara jujur aku tak faham sangat dengan konsep 1Malaysia yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia. tapi secara jujur juga aku setuju dengan konsep ni memandangkan ia boleh mengukuhkan lagi perpaduan rakyat malaysia..pelbagai alternative yang dibuat untuk memperkenalkan 1Malaysia ni, kempen, aplikasi dalam kehidupan seharian dan termasuklah penciptaan lagu. aku suka lagu 1malaysia nyanyian faizal tahir, tapi yang paling aku suka lagu 1Malaysia dari student LimKokWing Sound and Music Design Academy..cuba dengar..memang best...



Monday, October 25, 2010

first paper

ok ok ok....done with my first paper...seriuosly, section A agak mencabar.
Section B, aku alhmadulillah dapat jawab,dan Section C buat aku kena berfikir lagi..
apapn secara overall insyaAllah aku boleh buat. Sekarang ni nak focus next paper sebab aku akan dua exam nanti...

go Hidayah!!!! be the best beat the rest!! ;)

Saturday, October 23, 2010

lagu favourite


waktu kecil dulu, aku suka dengar lagu yang sweet dan comel... ;)
dekat tadika banyak lagu kanak-kanak yang aku belajar selaras dengan cara pemikiran seorang kanak-kanak..seriously, memang banyak lagu aku belajar, melayu ada, english pun ada.. antaranya anak nabi kita, burung kenek-kenek, bangau o bangau, banyak lagilah sampai lagu negaraku pun aku belajar. kalau lagu english aku suka lagu ba ba blacksheep,hello how are you, old macdonald serta lagu yang seangkatan dengannya..tapi lagu favourite aku yang paling aku hargai maksud lirik dia adalah lagu i love you..

aku suka lirik lagu ni..simple, pendek, senang nak nyanyi dan punya maksud mendalam :

"I Love You
You Love Me
We Are Happy Family
With A Great Big Hug and
A Kiss from Me to You
Once You Said You Love Me Too..."

Selalu nyanyi lagu ni kat kucing aku..dulu kucing aku nama Ah Seng. Itu lah kucing pertama yang family aku bela..yang kelakar bagi aku, kalau nak nyanyi dekat kucing tu bila orang tak da, sebab aku malu...haha

Wednesday, October 20, 2010

study week...

masuk hari ni dah 5 hari aku duduk rumah sempena minggu cti belajar.. banyak masa berbual dengan ayah, main dengan kucing dan yang paling penting jumpa kawan aku sebelah rumah.. ;P

tapi nasib baik aku bawa buku balik, dapat juga aku study,kalau tak memang aku tak buka buku la. aku akui, kalau dekat rumah memang susah nak study..pengaruh laur senang nak influence aku. nasib baik juga ayah kuat suruh aku buak buku.

bila jumpa kawan aku dekat sebelah rumah, dia mengadu masalah perhubungan dengan kekasih hati. simpati juga aku dengar, tapi apakan daya, aku hanya mampu menjadi pendengar yang setia selain suruh dia berbanyak bersabar..

sesungguhnya aku tak pernah merasai alam percintaan, yang aku faham tentang cinta setakat ini adalah menyusahkan. aku lihat sendiri macammana orang hendak bunuh diri disebabkan kekasih bermain kayu tiga, orang hilang pedoman sebab kekasih tidak melayan dan kawan aku sendiri merana bila kahwin muda dan mempunyai dua orang anak suami pula main kayu tiga..itu semua jelas cinta itu menyusahkan..

dan setakat ini, aku selesa menjadi seorang pelajar, seorang anak dan seorang hamba Allah yang single tanpa ada komitmen yang lain. sejujurnya aku juga ingin disayangi dan menyanyangi tapi mungkin belum pada waktunya. banyak benda aku nak gapai dan semuanya memerlukan komitmen yang tinggi..aku sentiasa berdoa agar aku menjadi insan yang berguna...

Sunday, October 17, 2010

ketenangan

hendak cari sebuah ketenangan bukan sesuatu yang mudah dan bukan sesuatu yang susah.
kalau aku di kolej, ada masa yang ingin aku sendirian, mencari salah silap, kekhilafan dan kekurangan diri. tapi sukar mencari waktu sebegitu kerana tuntutan sebagai seorang pelajar..

berbeza dirumah, aku punya masa untuk mendekatkan diri pada Pencipta,mempunyai ayah yang sudi mendengar keluh kesah ku, serta ibu yang sudi memenuhi seleraku... :D

ketenagan bagi aku, sesuatu yang sukar diungkap. bagi aku, kalau aku bersama kelurga, adalah saat ketenangan bagi aku. gurau senda ayah, abang-abang yang sangat menyayangi aku, k.ngah yang suka memeluk aku..itu semua amat berharga bagi aku..kadang-kadang aku impikan sesuatu yang diluar kemampuan aku, tapi aku sedar, kesederhanaan akan lebih membuat aku menghargai segala yang ada disekeliling aku.

semalam bila menjejak kaki dirumah, suatu perasaan yang sangat gembira berlagu dalam hati. tapi itulah perasaan yang akan aku alami setiap kali sampai depan pintu rumah, sejak aku berjauhan dari ayah...perasaan bertambah seronok bila lihat nenek, abang dengan kakak ipar serta keluarga yang lain menyambut aku pulang..

dan semalam juga aku terima berita gembira bila abang aku cakap dia bakal menjadi seorang ayah..sesungguhnya aku turut gembira dan teruja..

aku bersyukur punya keluarga yang bahagia dan sentiasa bersederhana..doa aku, agar aku juga punya keluarga dan punya zuriat soleh dan solehah, dan yang paling penting silaturrahim antara kami sentiasa erat...amin.. ;)

Friday, October 15, 2010

hahahaks!!!!

aku gembira hari ni, syukur dengan nikmat yang diberi. hari ni madam belanja kek coklat, makan dengan group aku dengan group lain memang best. dah lama tak rasa suasana macam ni.

besok is my last comment test. harap dapat buat yang terbaik.. ;)
besok juga aku balik untuk study week..tak lama lagi nak final.
tak sabar nak jumpa ayah!!!

Sunday, October 10, 2010

baru abis test kejap tadi...ok, alhamadullilah dapat buat, walau satu dua soalan kena hentam sikit..

semalam telefon ayah, dah lama tak dengar suara ayah..hilang rindu..semalam sibuk menyibukkan diri dengan membaca buku, biar tiada ruang kat fikiran aku fikir benda sedih. sakit nak cakp, sebab semalam tarikh keramat yang terbukti dia bukan untuk aku. sedih jangan cakap, tuhan yang tahu..tapi aku pegang prinsip, Allah tahu apa yang terbaik untuk aku..

lepas ni nak sambung tido since semalam tidur lambat. petang nak kemas bilik dengan athirah saadun dan fadz, merangkap kawan bilik aku..lepastu, nak sambung study untuk test account besok..harap-harap aku dapat buat besok.

amin.... ;)

Friday, October 8, 2010

alhamdulillah...aku dah baik semula dengan member aku. walaupun aku yang kena mulakan dulu, aku tak kisah dari aku bermasam muka, sedangkan banyak benda kitaorang dah lalui. aku akui semua orang ada kelemahan, termasuk aku.
sekarang satu benda saja dalam fikiran aku, kalau aku rasa aku tak boleh nak terima gurauan diaoramg, being silent is the best solution. dari aku selisih faham diam itu lebih baik..

dan sekarang, satu lagi benda yang sentiasa bermain kat fikiran aku ialah final exam. sesungguhnya aku takut sangat sem ni, since this would be my final year..harap yang terbaik dari Allah..

dan mulai dari besok hingga next week, aku akan sibuk dengan comment test. jadi hidup aku lepas ni ialah study, study, study....

go hidayah!!! you can do it! ;)

Wednesday, October 6, 2010

kadang-kadang aku pikir aku nih memang tak tau jaga perasaan orang ke, terlalu pentingkan diri ke atau aku ni memang tak da perasaan? aku tau kalau aku mengadu pasal orang lain, aku yakin lagi ramai orang mengutuk aku juga.

hari ni dalam masa tiga tahun aku belajar kat sini, first time aku rasa aku cakap lepas dekat kawan aku baik aku sendiri. masalahnya aku memang tak reti nak konrol marah. dan aku tau tadi dia cukup bengang dengan aku. tapi perbuatan diaorang tak reti nak cuba paham aku cukup buat aku fed up dengan diaorang tadi. permintaan aku bukannya besar, cuma mintak duduk kejap sebab aku penat berlari dari blok asrama ke deparment, aku baru sampai ajak lagi turun tangga. aku penat dan mintak duduk, sampai hati diaorang suruh juga turun bawah. apa salah kasi aku rest kejap?
kat bawah semua sit basah sebab hujan, sedang aku betul-betul rasa nak duduk. dan aku tak da mood nak belajar hari ni, jadi aku decide nak ponteng. bukan sengaja nak ponteng, tapi keadaan sekeliling yang buat aku jadi macam ni. aku tau dioarang nak larang aku ponteng, sesungguhnya aku amat menghargainya tapi diaorang memerli aku.
bukan cara aku untuk perli orang. maaf kepada kawan aku yang aku juga marahkan kau. kau try nasihatkan aku, tapi aku tak boleh terima nasihat kau kerana kau turut buat kesalahan yang sama macam aku.

kalau ikutkan isu ni pun tak besar. cuma aku suka pandang serious sesuatu benda. dan aku perasan lately ni aku cepat hemo. air mata senang saja turun..
aku tak tau besok apa persepsi diaorang bila jumpa aku. mungkin benci, mungkin meluat atau mungkin putus kawan?

sesungguhnya aku rindu sahabat baik aku dekat Tampin, diaorang saja yang memahami aku...

Tuesday, October 5, 2010

dah lama tak tulis blog..rindu sangat...
tapi lepas balik cuti raya, banyak asingment, quiz dan test! sampai sekarang masih banyak.

hari yang aku lalui dalam masa 2 minggu ni betul-betul mencabar mental dan fizikal aku.
berhari-hari tidur lambat, bangun awal, kerja yang banyak..badan aku sejak akhir-akhir ni cepat lesu. aku naik stress belajar sekarang.

presentation business plan dah habis. alhamdullilah aku puas hati,hampir satu sem aku kerah tenaga dan idea untuk subjek nih.macam-macam benda, sampai give up. sekarang nak buat report. besok ada kelas lagi..lusa ada quiz. minggu depan ada test.aduh,,,bukan mengeluh tapi aku sekarang cepat letih..

tapi bila aku pikir aku dah sem akhir, mungkin ini yang perlu aku hadapi dulu. sem akhir memang sibuk..

2 hari lepas aku ke Shah Alam. Lepas rindu aku dekat cik Jee.dulu dia jadi jiran aku, anak-anak dia baik ngan aku. nana anak dia yang ke2 iras rupa aku.tapi hari tu dia tak da. tapi seronok gila sebab jumpa member aku yang lain kat sana. 2 hari spent masa kat situ memang best..rasa macam aku duk kat tampin pulak..
pergi jalan-jalan, gather ramai-ramai, sangat seronok!

sekarang sibuk dengan class ngan asimen..aku cuma kena tahan berapa hari saja lagi untuk tunggu study week. mungkin masa tuh aku dapat rehat...

Saturday, September 18, 2010

selamat hari raya

SELAMAT HARI RAYA!!!

walaupun aku baru wish raya ke-9 ni, tapi aku tetap rasa kemeriahan hari raya. Niat aku nak menulis pada raya pertama lagi, tapi terus tertangguh dari sehari ke sehari sampailah hari ni.

jadi, aku nak ingat balik suasana hari raya yang aku lalui untuk tahun ni..sesunggguhnya sangat meriah!

Malam Raya:
- Bebuka puasa satu kelurga memandangkan abang dan kak.ngah balik.Penuh meja makan, macam-macam lauk.
-Bersiap sedia mengisi kuih-muih dalam bekas dan menyediakan juadah untuk tetamu yang datang untuk takbir raya.
-Part yang ni paling tak tahan, teman abang dan kakak ipar beli baju raya, sebagai persiapan terakhir. Keadaan Tampin Square tak ubah macam jalan TAR bila malam raya.
Jalan sesak, parking pun penuh. Tapi, sangat meriah.

Pagi Raya:
- Sembahayang raya di surau.Jumpa ramai jiran-jiran aku kat sana. Sayu hati dengar takbir raya.
-Dapat panggilan dari sepupu sepapat nak beraya. Bila pikir ruamh aku sebenarnya terlupa nak beli kuih raya, sempat lagi kitaorang pergi Giant tambah lagi kuih raya.haha..
-sebab terlalu sibuk pagi raya, lupa nak bermaaf-maafan satu keluarga. Nasib baik aku ingat. Sayu hati aku bila bersalam dengan ayah. aku tau banyak salah aku dengan ayah. Aku peluk ayah erat-erat.
-Sedara tak putus-putus datang sampai pukul 3 petang. Dah petang baru balik kampung.Beraya dengan nenek sebelah ibu lepas tu balik kampung sebelah arwah emak.

Raya ke-2:
-Pergi kubur arwah emak. Sepatutnya pagi raya nak pergi, tapi hujan melarang.
-Lepas sarapan, balik kampung belah ayah dekat Kuala Pilah. Jumpa semua sedara yang dah lama tak jumpa. Sedar-sedar dah pukul 12:30 malam.

Raya ke-3:
-Lepak rumah saja tunggu tetamu. Ayah, ibu degan adin pergi perak sebab sepupu aku kahwin. Pukul 5 pagi aku dah bangun. Ingat nak ikut ayah, tapi penat sangat aku tidor balik.
-Tak sangka kawan-kawan aku datang petang tu. Walaupun tak ramai, tapi best

Raya ke-4:
-Pagi tolong ibu masak. Saja-saja tunjuk rajin.
-Malam pergi open house member, Syazana. Best giler, sebab dia buat Spaghetti..yummy..

Raya ke-5:
-Tolong ibu masak lagi sebab saudara nak datang. Sampai petang orang tak putus-putus datang.Penat jangan cakap. Tapi aku suka orang datang rumah aku.
-Malam aku sambung raya dengan abang ngan kakak. Pergi rumah busu dengan makteh. Tengah malam baru sampai rumah. Balik rumah, ayah cakap sepuppu aku baru je balik.tak sempat jumpa diaorang.

Raya ke-6:
-haha hari ni sangat best! bangun pagi-pagi kemas rumah. Sebab aku ada gathering dengan semua kawan sekolah.
-Dari pukul 8:30 pagi sampai 10 malam beraya.18 buah ruamh semunya. perut penuh macam-macam makanan. best sesangat, jumpa semua member lama.paling best raya rumah cikgu Rashidah.teringat zaman dia mengaja kitaorang dulu.banyak gambar member aku snap, sebab tak lama lagi, ramai dah nak fly, menuntut ilmu di perantauan. Sesungguhnya, kami sangat rapat.

Raya ke-7:
-pagi duduk rumah.
-malam, pergi rumah member,Afiq. jumpa lagi member yang dah lama tak jumpa..

Raya ke-8:
-pagi2 keluar pergi Seremban, sebab ada urusan.
-malam beraya rumah jiran merangkap best friend aku kat taman nih..

Raya ke-9:
-hari ni, aku nak mengemas, basuh baju dan packing baju. BEsok nak balik kolej..
argh!!!!malas nak balikk..


apa-apa pun raya tahun ni memang best!!

Tuesday, September 7, 2010

hai..hai..hai...
dah lebih tiga hari tak tulis dekat blog. lain rasanya, rindu sesangat...;)

Hari Sabtu hari tuh, alhamdulillah, aku dah selamat sampi dekat rumah. penat jangan cakap, balik rumah tengok ibu kurang sihat aku pun menjalankan tugas aku sebagai anak untuk siapkan makanan berbuka..masak simple saja..ikan tenggiri masak asam, sayur goreng dengan rendang maman.

malam tuh terus jumpa nisa, dah lama tak lepak dengan dia..dan hari aku terus berlalu. Semalam pun aku seronok sebab shopping raya dengan ayah ngan ibu. Sempat juga aku cari blaus satu..

dan pagi tadi aku dengan seorang diri mengemas bilik aku sehingga lagi cantik, dan juga rumah aku. mana yang aku larat saja, aku buat. tapi banyak juga aku buat, dari kemas, vacuum, moping, lap tingkap ngan cermin, tukar cadar ngan langsir..dari pukul 9 pagi sampai 1 petang..lama kan??

tapi aku puas hati, sebab rumah dah bersih. Tinggal kerja sikit untuk kak ngah nanti..haha

tak sabar nak raya. tahun ni semua adik beradik aku ada sebab abang aku dengan isteri beraya kat sini..besok tengok anak bulan. tak sabar juga nak tunggu pengumuman raya...

Friday, September 3, 2010

aku tak sabar tunggu besok..

Besok dalam pukul 9 pagi, aku akan bergerak dengan langkah semangat balik kampung, sambil membayangkan keadaan Taman Indah yang aku rindui, di samping teman-teman aku yang dah pulang awal sebelum aku, menyambut aku dengan suasana tak sabar berhari raya..haha..

sangat meriah..aku betul-betul tak sabar nak balik. Baru lepas packing baju. Ingat nak bawa barang tak banyak, tapi...aku kan, mesti perfect, barang pun kena perfect..weeee ;)

Sekarang ni bosan dalam bilik, most of my roommate dah balik tadi. yang tak tahan, budak KL blk dulu, macam rumah jauh sangat..Ingatkan nak balik hari ni juga, tapi membayangkan terminal one dekat Seremban yang sesak, lagi-lagi time budak cuti sekolah, aku prefer balik lambat dari berhimpit-himpit. Biar lambat, asal selamat.

Rindu dekat minah dengan odah..kucing 2 ekor tu pun mesti rindu kat aku. aku ada problem sekarang ni, kamera aku rosak. Sedangkan baru beli bln lepas, dah rosak. aku pun tak tahu apa prob, tengah tengok gambar, tetiba skrin jadi warna putih. sampai sekarang tak elok. ingatkan nak guna time raya, hish...macam mana nak jawab dengan ayah..harap-harap sebelum raya aku boleh elok kan kamera tuh..

apa pun, tak sabar menanti besok..

Thursday, September 2, 2010

sedih...

pagi-pagi lagi aku teringin makan madu...
mana nak cari kat kolej nih? kalau kat rumah ada je stok, sebab ayah pun suka makan madu..berkhasiat..

tadi berbuka aku makan nasi putih dengan ikan sembilang goreng sambal..bukan aku tak bersyukur, tapi lauk tuh aku tak boelh nak terima, ikan yang digoreng hangus masak berlada. Rasa dia, Allah je tahu..aku nangis bile makan nasi tuh..aku pun tak tau kenapa.

tapi dalam fikiran aku time tuh, aku rindu dekat rumah..kalau makan dekat rumah lagi best. menitik-nitik air mata aku. Nasib baik akak senior tuh pandai pujuk aku. dia cakap itu rezeki aku, itu yang tertulis, tak baik merungut...aduh,,,
sampai sekarang aku sedih..tak sabar nak balik rumah. =)

Sunday, August 29, 2010

Menghitung hari..

hahaha.....tak sabar nak blaik rumah..
nak berpuasa ngan family dan sekaligus menyambut raya...
minggu depan hari sabtu aku balik rumah..serious, tak sabar sangat..

Tapi nak sepanjang nak tunggu minggu depan,aku kena tempuh test dengan assingment..
Test pulak besok...tapi belum habis study lg..argh!!! takut giler nih.

Tapi semangat raya aku membara. Apa-apa hal pun aku kena tempuh juga..seperti serikandi melayu...harap yang terbaik...
=)

Friday, August 27, 2010

Sekarang ni baru lepas study..besok kuiz..

Aku naik takut tengok business plan group lain bergerak. Group aku bergerak juga, tapi belum start make the report.Lecturer dah mintak pulak,,haish..bila lah boleh siap ni?

Minggu ni aku dapat satu ilmu baru. Iaitu ILUMINATI. apa tuh?
Kata lecturer aku, itu adalah message disebalik lagu mahupun cerita dari artis barat.
kalau kita tak menghayati setiap lagu mahupun cerita, kita tak sedar bahawa orang barat sedang menyesatkan iman kita. dan kita dengan tidak sengaja membaitkan setiap bait lagu yang sebenarnya boleh menyesatkan kita.Malangnya, artis Malaysia juga melakukan benda yang sama tanpa sedar.Paling ketara ketika ANugerah juara Lagu awal tahun 2010..

Topik ni semakin hangat diperkatakan. Dan menurut lecturer aku, pada awal 80an kes ini diambil berat oleh government malaysia.Tapi, lepastu, terus senyap..
Menurutnya lagi, di barat ada agnesi/syarikat jurutera lagu yang bertanggungjawab hal ini. Mereka mempergunakan artis naungan mereka untuk menyebarkan iluminati ini.Dan yang menariknya, artis yang makin dikanali, diminati dan mempunyai pengikut yang ramai iaitu Lady GAga adalah salah satu medium pihak syarikat tersebut..
ALhamdullillah, ramai umat islam mula sedar banyak lagu nyanyian beliau seperti pocker face adalah lagu pemujaan matahari.Dan terbaru lagu ALejandro juga sebenarnya adalah nama tuhan anutan orang kafir..

banyak lagi informasi terkini mengenai iluminati. Di facebook, blog dan jga youtube,menyediakan maklumat mengenai iluminati ini..salah satu nya http://mistisfiles.blogspot.com...

Semoga kita terlindung dari tipu daya muslihat...

Sunday, August 22, 2010

lama dah tak menulis..rindu pulak..=)

Semalam dalam pukul 4 petang aku dengan budak bilik pergi Jalan TAR, untuk shopping raya.haha..dapat juga aku beli sepasang baju kurung pahang.Harga dia MasyaAllah, murah..aku dapat RM50 shj..

Lepas tu aku ingat nak cari baju lagi, tapi tak tau nak cari baju apa. BIla fikir kat umah baju yang baru tempah dah siap,membazir pulak kalau beli lagi. bersederhana kan lagi bagus..

Shopping punya shopping, dah nak berbuka, baru perasan semua kedai makan kat situ dah penuh,.So kitaorang amik keputusan buka puasa dengan minum air kat REstoran Bilal yang berhampiran dekat situ. Huh,,nasib baik aku minum air je..itupun dah mahal.AKu minum air tembikai cawan biasa tu pun RM3.50..haish, mencekik darah gak nya..

Lepas tu sambung shopping balik..sambil tuh makan fishball..nyam..nyam,memang sedap..
nak dekat pukul 10 br balik..penat nye ALlah je tahu.

rindu aku nak shopping dengan ayah.Ayah je faham taste aku. ANd ayah seorang yang pandai bagi pendapat,apa yang patut aku pakai atau tidak..
aku ingat nak ajak ayah shopping raya bila aku balik nanti...tak sabar..

Wednesday, August 18, 2010

kesian kat aku nih...

Kerja banyak, ada kuiz lagi, kelas malam lagi..tak tahu nak buat yang mana satu dulu.
Aku rindu zaman masa lekang aku,,i'm free..tido dan tido sahaja.Sesungguhnya aku amat merindui masa itu...=)

Kejap lagi ada kelas..malam ada buat study group..bila boleh rehat? sekarang?
Jadi, sekarang juga aku nak tido...nak charge battery...
Sweet dream...

Saturday, August 14, 2010

home sweet home

finally, sampai juga aku dekat rumah..walaupun penat lebih 4 jam journey, tapi aku rasa puas hati sangat dapat balik rumah.

rindu nak berpuasa dengan family, teruama sekali dengan ayah terubat akhirnya...syahdu rasanya =)habis tarawih lepak-lapak dengan ayah, cerita macam-macam sepanjang 2 bulan aku tak balik, aku share dengan ayah..sekali lagi rindu kat ayah terubat...

tapi pada masa yang sama, rasa bersalah pada anak buah aku. aku lupa dah janji nak balik dengan dia, dan sepupu yang lain, tapi last-last semalam aku pulak balik tak bagi tahu diaorang.Serius aku tak ingat.aku da minta sorry, dan dia kata ok..tapi aku tetap rasa bersalah, kalau aku pun mesti marah...=(

aku harap aku tak buat macam tuh lagi..lagi-lagi bulan mulia ni, takkan nak buat orang marah kat aku..

hamm..besok dah nak balik kolej..malasnya, rasa nak cuti lama lagi..belum puas lagi buka puasa masakan ibu...

Tuesday, August 10, 2010

ramadhan al-mubarak

alhamdulillah...jumpa lagi aku puasa ramadhan tahun ni. tadi, aku juga sempat tunaikan solat tarawih dengan kengkawan kat masjid., sejuk pulak hati..tenang..

tapi pada masa yang sama, rindu sangat dekat rumah. suasana di taman indah dan penduduk taman ku yang sangat meriah menyambut bulan mulia ni. Setahu aku, majoriti orang-orang Negeri Sembilan menyambut ramadhan penuh grand...malah kelurga aku serta jiran tetangga aku. Memasak rendang, lemang, kuih-muih dan bertukar-tukar juadah sememangnya perkara wajib dibuat oleh kaum ibu. ibu aku pun selalunya involve sekali.=)

bila malam, time tarawih..rumah-rumah dinyalakan lampu, geng-geng ibu berjalan beriringan ke surau untuk bertarawih, bila balik pun berjalan kaki..tak kurang juga budak-budak yang sibuk naik basikal ke surau..dan kaum ayah tumpang motor sesama sendiri..oh,,sangat seronok. Tapi, tahun ni puasa jatuh time kelas..tak cuti pulak.
bila la boleh puasa dengan ayah ni...

walau apa pun, Selamat datang Ramadhan. sesungguhnya setiap hela nafasku hanya mencari keberkatan dalam bulan mulia ni..

Sunday, August 8, 2010

hndphone and camera

fuh!! semalam memang penat pergi berjalan. berjalan dan shopping..dalam erti kata lan menghabiskan duit..

semalam seribu lebih duit aku habis. aku beli handphone dan camera baru..habis duit aku. kalau ikutkan aku hanya nak beli camera, tapi hari tu hanphone aku rosak,nak baikkan rasa baik beli baru. lagipun selama ni aku tak pernah beli hp sndri, sumenya guna abang atau kakak punya. tengok duit habis mcm tu je, sedih juga. tapi. at least aku nampak mana duit aku tu pergi...

mulai sekarang kena start simpan duit balik..nnt, nak guna susah..haish..
kenapalah segalanya duit???

Thursday, August 5, 2010

internal pratical

Hari ni hari pertama aku buat internal practical..dapat pulak dekat bahgian rekod pelajar. Nasib baik aku kena dengan member lama aku waktu sem satu dulu.Aziera Abdul Latif. Kelakar pun ada juga, banyak cakap dari kerja.

Mula-mula memang macam tak da kerja. Tapi bila dah nak dekat pukul 11 dah dapat kerja.Semak susunan rekod pelajar ikut course, semak nama anak yatim,..jawab call ada juga. Paling kelakar dan menarik bila aku ngan zira kena cari alamat budak yang lecturer dari department OM untuk bagi warning letter..lagi kelakar bila ada budak yang aku kenal..haha ;)

Part yang paling menarik bagi aku, bila first time kitaorang belajar guna machine photostate. Bila orang takde, kitaorang guan mesin tuh...

Tapi practical ni buat aku penat sikit,sebab aku kena bangun lebih awal dari yang biasa..harap-harap aku gain something dari internal practical nih...

Tuesday, August 3, 2010

apa sudah jadi?

Aku try jadi sesilent mungkin di dalam kelas..Tapi aku tak boleh hipokrit..
aku memang banyak cakap..

Apa sudah jadi? ingatkan nak kurangkan bercakap..tapi member baru aku ni pulak satu kepala..haish..tapi, nasib baik aku bila belajar boleh diam..

anyone can solve my problem yang talkative nih??
tapi, aku akan senyap tak keluar suara kalau aku layan novel..lebih-lebih lagi dari nukilan Ramlee Awang Murshid..time tuh, orang mesti ingat aku tak de...
tapi, dalam kelas takkan nak baca novel?
confuse..confuse...

Friday, July 30, 2010

Balik Akhirnya

hahaha...Besok mungkin aku balik rumah.Mula-mula ingat nak balik, lepastu tak jadi..
Memikirkan tempat naik bas dah berubah, kos tambang makin naik, malas nak balik rasanya.

Tapi, bila petang yang dingin, aku tengah tidur, panggilan dari k,ngah yang ajak aku pulang bersama menaikkan semangat aku. Apatah lagi, k.ngah offer dia sudi jemput dan hantar aku balik kolej...aku dengan rasa bangganya terus bersetuju..

Ayah...i'm coming....

Thursday, July 29, 2010




haha...aku tak tahu kenapa? kenapa apa? aku suka hari ni..suka-suka..
hari yang aku lalui hari ni tidak membuat aku stress.

Tapi pada masa yang sama, aku rindu dekat ayah..rindu sesangat. Nasib baik ayah ada call hari tu. Kurang rindu sikit. Dah nak dekat sebulan tak balik,minggu depan baru balik.

Rindu dekat minah dengan odah juga. Tak sabar nak jumpa dua ekor kucing kesayangan aku..rindu akan mata mereka yang wane biru..akak sayang korang..muahaha

Saturday, July 24, 2010

Terharu aku bila kawan aku, percaya pada aku dan sudi berkongsi perasaan dia yang tengah gundah dengan aku. Dari situ aku percaya, dia tahu aku siapa.

Jam 2:30 pagi tadi, handphone aku masuk message. Rupanya dari Abbiey. Dia takut tidor aku terganggu, tapi aku cakap aku belum tidor lagi. Dan dia minta nasihat aku terhadap masalah yang dia tengah hadapi sekarang ni.

Kata Abiey, dia takut, sedih, sebak bila tengok emak dia tengah terlantar sakit.Dia takut kehilangan emak dia. Aku faham perasaan Abiey. Dan apa lagi yang harus aku katakan selain teruskan rawatan untuk emak dia disamping berdoa pada yang Kuasa..

Hati nya gundah,tidak boleh tidur dan gerun bila memikirkan keadaan emak dia sekarang.Nasihat aku perbanyakkan membaca surah alam nasyrah,insyallah hati akan tenang. Ketika nabi berduka akibat kehilangan isteri dan bapa saudara kesayangan baginda,Allah turunkan surah tersebut untuk tenteramkan hati kekasihNya.Aku berharap agar Abiey sentiasa kuat, dan dia harus kuat, serta bersedia dengan segala kemungkinan..

Tabahkan hati Abiey.Ada hikmah semua tu.Allah sayangkan kau sekelurga dan turunkan ujian. Dan sesungguhnya Allah tahu kau sekeluarga mampu menempuhi ujian ni.
Percaya perkara yang satu ni Abiey, Allah sentiasa dengan kita,sentiasa...dan DIa tahu apa yang terbaik untuk kita..mimpikan yang terbaik untuk besok Abiey..

Wednesday, July 21, 2010

junior zaman sekarang

Sedikit lega bila dah buat meeting room tadi. Biar semua junior tahu apa yang semua aku and the geng dan juga super senior tak puas hati pasal diaorang..

Bukan nak membuli, tapi tahap kebersihan diaorang aku tak puas hati.
Katil yang bersepah, baju bersih campur baju kotor dan buku berselerak memang sakit mata!

Dan tadi semua dah diberitahu, harap ada sinar kebahagiaan..muahaha ;)

Saturday, July 17, 2010

bersama kawan

Keluar jalan-jalan dengan kawan kelas memang seronok. Dah tahun akhir baru nak keluar sama-sama. Jutaan terima kasi kepada hazirah@jibab, pika dan mun..seronok bershopping dengan anda semua..

makan bersama juga amat seronok..sambil tuh,bergosip..sesungguhnya, itu aktiviti yang tidak sihat tetapi menjadi tabiat..

walau apa pun aku seronok... ;D

Thursday, July 15, 2010

alhamdulillah

Alhamdullilah..hari ni selesai sudah aku menggantikan puasa aku. Penat juga bila ganti last-last minute..tapi tak kisah sangat. Sekarang tak sabar nak tunggu Ramadhan. Lepas tu raya pulak. Memang tak sabar rasanya..

Masuk tahun ni, kiranya kali ketiga aku puasa dekat kolej unikop. Jauh dari ayah aku.
Rindu nak puasa dengan ayah...

Ayah, dekyah rindu ayah. TApi nak balik tak tahu bila. Mungkin lagi dua minggu kot...
Dan aku rindu kan adik-adik aku..merangkap kucing-kucing aku..i mish them so much..

Tuesday, July 13, 2010

aku yang berduka

Apa yang ada kat aku? Aku pun tak tahu..Tapi apa yang aku tahu, aku insan biasa yang sangat lemah, kerdil dan tidak kuat menghadapi cabaran. Aku banyak kekurangan, tidak cantik, tidak hidup kemewahan dan tidak mempunyai teman istimewa..aku rasa sangat kerdil. Tapi aku hidup atas landasan keimanan dan kesyukuran. Walau tidak cantik, tapi aku bersyukur sempurna sifat, tidak mewah, tapi cukup makan minum dan pakai, tidak punya teman istimewa, tapi ramai kenalan yang memahami..

Tapi tiada siapa yang dapat memahami aku sepenuhnya. Aku yang suka menghiburkan orang, yang cuba memuaskan hati semua orang disekeliling, aku yang cuba menjadi anak yang terbaik, aku yang cuba menjadi pelajar yang terbaik dan aku yang cuba menjadi khalifah yang terbaik. Tapi sesungguhnya aku lemah. Tidak semunya dapat aku penuhi.

Kadang-kadang aku terfikir, siapa yang dapat memahami aku.Sesungguhnya aku berkecil hati bila orang mengata kekurangan aku. Kononnya, aku yang suka kerutkan muka, aku yang garang dan aku sangat tegas.Tidak kurang yang kata aku yang tidak pandai jaga badan. Namun aku tak pernah marah, sebab aku tahu, mungkin itu aku, aku yang Allah ciptakan dengan sebaik kejadian.

Aku dari kecil selalu hidup berdikari, malah aku akui sehingga kini aku hidup berdikari. Bukan tiada siapa yang ingin menemani, tapi itu yang ayah aku terapkan dari kecil.

Mudah terasa hati, itu kelemahan aku. Namun yang membuat aku bencikan diri aku ialah bila aku tidak sendiri tidak dapat beterus terang walau aku tidak berpuas hati. Atas sebab apa? sebab aku selalu cuba menjaga hati orang sekililing aku. Sedangkan mereka hanya membiarkan aku. Mugnkin mereka tahu, tak apa, Hidayah seorang yang kuat. Tapi tahukah mereka, aku juga punya hati dan perasaan. Punya hati yang tahu marah, sedih dan gembira?

Aku rindukan arwah emak aku.Tapi aku tidak pernah merasa kasih sayangnya. Pemergian dia sewaktu umur aku 2 tahun, buat aku terasa kejap dengan mak.Namun sehingga detik ini, aku masih ingat keadaan emak sebelum dan selepas dikebumikan. Kak Ngah yang menangis melihat tubuh kaku emak, ibu saudara yang simpati melihat kami 5 beradik kehilangan ibu tidak kurang juga yang cuba menenangkan abang aku yang sulung. Namun ketika aku memerhatikan keadaan itu, aku lihat ayah yang kuat. Berdiri menyambut tetamu sambil menerima salam takziah dan kekuatan tanpa setitik air mata. Disitu sebagai kanak-kanak aku mula belajar sesuatu, kekuatan dan ketabahan adalah kunci utama untuk mengahadapi segala ujian bagi meneruskan hidup.

Dan aku adalah anak ayah. Kerana ayah yang membesarkan aku, tanpa aku rasa kekurangan kasih seorang emak. Sehingga sekarang aku masih ingat susah payah ayah membesarkan kami 5 beradik. Pengorbanan abang aku yang sulung untuk duduk diasrama,bagi memudahkan ayah bagi aku adalah pengorbanan yang paling besar..
Sesungguhnya, sehingga saat ini, aku masih beduka. Dan aku rindukan ayah..

Monday, July 12, 2010

kuiz..

Besok first time aku ada kuiz untuk sem baru ni..kuiz subjek akaun pulak.
Tapi aku tak stdy lagi. Kejap lagi kot aku study..haha ;)

Tadi aku ganti puasa dengan budak bilik aku. Kalau kira hari ni, tinggal lagi tiga hari
lagi aku kena ganti. BEsok InsyaAllah puasa lagi.

NAk online kejap, lepastu baru study untuk kuiz sok...wish me gudluck ok..

Sunday, July 11, 2010

karoke

Haha...
tadi pergi karoke..kasi pecah suara. Tadi bila tengah karoke, teringat kawan aku Tajudin dengan Nisa. Selalu pergi karoke dengan diaorang..tapi bila dah balik kolej karoke dengan budak bilik pulak.

2 jam karoke, berpuluh lagu kitaorang nyanyi..setakat nak nyanyi saja-saja, karoke lah tempat terbaik. Menyanyi menghiburkan hati..

Kadang-kadang aku terfikir juga karoke time malam-malam, baik aku buat amalan. Tapi aku manusia biasa..selalu melakukan kesalahan.
Dan aku sentiasa berharap supaya aku tidak melakukan perkara yang teruk..Amin

Saturday, July 10, 2010

Puas hati


Sob..sob...
Hari ni semua benda aku nak buat tak dapat.
Memang heppy dapat pegi Times Square jalan-jalan dengan budak bilik yang rapat dengan aku. Tapi hari ni plan inagt nak tengok movie eclipse, tapi penuh tiket and sold out. Hancur hati nak tengok cerita tuh. Lepas tu decide nak shopping kasut..tapi, ARGH!!!, semua yang aku minat tak da size aku.Tensionnya ya Allah, tuhan je tahu. Penat badan cari kasut aku. Member lain shopping best gila.Mana yang tak menyempat, terus pakai.

Then ingat nak shopping baju. Semua shop aku masuk. Tapi hampir semuanya aku tak minat.
Last-last aku pegi kedai Bossini. Mula-mula memang tak berani nak masuk, Bossini semuanya mahal. Tapi tadi ada offer dan aku rambang mata, aku beli 3 helai baju dengan harga RM40. Puas hati aku...

Dan besok ingat nak pergi karoke..tapi tak tahulah jadi atau tidak. Hari-hari keluar boleh pokai juga. Tapi alang-alang belum bizi dengan class baik enjoy kejap..

Friday, July 9, 2010

big girl dont cry

be strong hidayah..kau ada family! yang paling penting kau ada Allah. Allah always be with you...

Aku tak tahu kenapa aku macam sedih dari hari ni. Tapi aku tahan je, sebab aku takkan tunjuk aku sedih dekat depan orang. Atau mungkin aku period sekarang, sebab tuh sedih tanpa sebab..Kadang-kadang, happy sangat pun ada juga. Cuma hari ni, aku moody sikit.

Wednesday, July 7, 2010

sem baru..

dah lama tak buka blog..
Sem baru yang rasa lain sebab kehadiran junior baru. Ada yang ramah ada yang pemalu.
Hari ahad hari tu ayah yang hantar. Terima kasih kepada ayahku kerana sudi hantar sehingga selamat sampai..

Aku tengok sem baru ni aku kelas lain. Sungguh aku rasa tak selesa. Nasib baik ada pika. Dan terima kasih sesangat kepada koordinator baru sebab bagi juga aku ngan pika tuka kelas.

Sem baru ni, aku sem final. Harap everything going smoothly..aku rindu budak kelas sem lepas. Semuanya satu kepala..tadi sempat pegi minum pagi dengan diaorang, teringat time sem lepas. Tapi at least kurang rindu..

Sekarang ni rindu plak dekat rumah..hai..macam-macam..Ya Allah. please give me strength..

Friday, July 2, 2010

laptop aku

yeah..yeah!!!

Laptop aku dah ok! hantar dekat my best freind, Subramaniam yang aku kenal dari tadika aku kene RM80.

Dia charge windows aku Rm30, and masukkan antivirus certificate Rm50. Aku rasa berbaloi sangat since aku dah survay antivirus yang certificate kat Tampin Rm85. Dah dapat yang murah baik aku amik yang murah.

Subra juga jual kat aku solar charger yang fix dekat any mobile phone, digital camera, PDA,MP3 dan MP4 dengan harga Rm45.

haha, memandangkan aku ada 80 hinggit, aku bayar yang untuk laptop jew. AKu amik juga solar charger tuh, tapi aku bank in kan nanti. Malam nanti kot aku baru bank in sebab kejap lagi Subra nak balik belajar..

apa-apa pun, yang penting laptop aku dah ok..aku heppy gle nih.. ;D

Tuesday, June 29, 2010

tak tau

Alhamdullilah...aku dah sihat, tinggal batuk dan selsema.
aku boleh tahan lagi.

Bila aku tengok blog orang lain, aku jeles. Sebab blog diaorang menarik, tertarik dan the bomb. Aku nya pulak, biasa je. Aku tak tau nak buat macam mana lagi..

Tapi aku harap, one day mest ada someone yang guide aku untuk buat my blog more interesting...

Friday, June 25, 2010

tak sihat

salam sejahtera hendaknya..

Dari semalam aku dah rasa tak sedap badan. Lebih-lebih lagi tekak aku sakit sikit, bersin tak henti-henti. Malam tadi tak tidur langsung, sebab asyik bersin.
Pagi tadi, badan aku panas. Tapi kaki dengan tangan aku sejuk. Terpaksa pakai sweater dengan socks.

Ayah ajak pergi klinik, ibu aku pun beriya-iya suruh pergi, tapi aku malas. Kompem klinik ramai orang, sedang aku tak larat nak tunggu lama-lama. Aperpun, demama dah makin kebah, hara-harap besok totally sihat. Penyakit satu dugaan, sabar adalah penawar..dan itu yang aku tengah practikkan..

Monday, June 21, 2010

Semalam hari yang sangat memenatkan. Kemas bilik abang aku sampai 2 jam..bilik orang bujang la katakan, habuk sana sini. Habis kemas pukul 12:30.
Pukul 1:00 Nisa tipon ajak teman pergi MElaka buat treatment resdung. Sampai dekat MELaka Mall pukul 4:00.

Lepas buat treatment pergi tengok wayang, cerita Lagenda Budak Setan. Sebenarnya, aku dah baca cerita tuh, dari Zaman Kasyah (hero) kecik-kecik sampai habis novel bersiri tu, sebab aku ada koleksi novel tu. Tapi memandangkan Nisa yang nak tengok sangat terpaksa aku temankan....

Habis tengok Muvie dah pukul 8:30 malam, ingat nak rush terus balik. Sampai dekat kereta, kereta tak boleh nak start. Dalam hati aku cakap, ini mesti air bateri habis ni. Dan bila abang guard datang tolong check, sangkaan aku tepat sekali. Walaupun aku jarang-jarang drive, tapi ayah sentiasa ajar aku mengenai kereta.
Memandangkan air bateri yang dah terlalu kosong, tiada cara lain samaada guna teknik jumper ataupun tukar bateri baru. Tapi hari dah malam, mana jual bateri kereta baru.Tapi kitaorang boleh gelak-gelak lagi kat perking lot yang dah kosong tuh. Abang guard tu pandang pelik kat kitaorang, sebab macam tiada masalah langsung..

Nasib baik Nisa ada sepupu kat Melaka, dia datang and the geng tolong kitaorang.Tapi nak dekat satu jam setengah baru diaorang sampai.Mula-mula try teknik jumper, tak berkesan sebab air bateri memang dah kosong sangat.Lepastu guna teknik tolak kereta, pun tak boleh start enjin. Last-last, transfer bateri kejap baru boleh start. Hati sudah lega, tapi boleh pula abang guard dengan sepupu Nisa cakap, kalau guna teknik transfer bateri, make sure kereta jangan mati enjin. Sekali mati susah nak hidup..

Dan nisa menggunakan segala kepakarannya memandu supaya kereta tak mati enjin.Sepupu Nisa pula guard kitaorang sampai ALor Gajah, so that if anything happen tengah jalan, at least dia ada kat sana.Ya lah, mesti la risau sebab anak dara balik tengah malam.

Alhamdullilah pukul 12:00 pagi sampai rumah. Yang kelakarnya, bila enjin dah matikan, aku suruh nisa try start balik. Amazingly, enjin tuh bole start balik. TErgelak-gelak aku ngan nisa kat depan rumah..apa-apa pun, semalam adalah pelajara yang semua pemandu kena amik tahu.Cek air bateri, minyak hitam dan juga break. Ayah aku cakap tiga bende ni mesti cek terlebih dahulu sebelum start memandu. Selain tu, cek tayar dan juga servis kereta...
Tak perasan dah lebih sebulan aku duduk rumah. Macam-macam benda berlaku, dan banyak kerja rumah aku dah buat. Cuti sem lah baru aku dapat buat kerja-kerja anak dara. Kat kolej basuh baju dengan kemas bilik je, such a simple things for me =).

Dekat rumah semua baju aku basuh, even guna washing machine, penat juga. Lagi-lagi baju ayah, semua nak basuh dengan tangan. Aku ada kat rumah lagi suka dia tuka-tuka baju.

Baju abang aku, aku yang iron including baju ayah aku. Tapi kalau iron baju abang aku dapat upah. Upah tertinggi yang dia pernah bagi aku sebab iron baju dia ialah RM50.00.
Best sangat...;D Aku iron baju bukan nak upah, tapi dah tak tau nak buat apa kat rumah.

Nasib baik ada member aku merangkap jiran aku. Kenal lama dah, dari aku darjah dua. Otak dia memang gila-gila. Hari-hari aku main badminton dengan dia. Habis duit beli bola badminton. Aktiviti lain kitaorang tak lain dan tak bukan, lepaking termasuk gosiping, jalan-jalan cari pasal dan menunjukkan bakat yang tak hebat iaitu karoeke..
Dia tua setahun dari aku, aku panggil dia Nisa. Sekarang tengah belajar, and in the process nak amik Degree..Gud luck dud. Aku kalau balik rumah cuti, memang slalu lepak dengan dia. Kadang-kadang buat kerja amal jariah juga, sebab itu juga adalah satu tanggungjawab kita sebagai manusia.

Aku happy duduk rumah. Bila tengok cucu-cucu jiran aku main-main dengan kawan-kawan diaorang, teringat zaman aku kecik-kecik dulu., penuh warna-warni. Time tuh member aku ramai. Lebih 7 orang. Tapi bila sorang-sorang pindah, makin kurang member, Nak main pun dah tak best. Ada pula yang kawin, lagi tak best sebab ikut suami pindah..Last-last tinggal aku, udin dengan nisa. Ni belajar pun dah jauh, tunggu cuti sem baru jumpa.

Kadang-kadang aku tak caya aku dah 20 tahun. Kejap rasanya masa berjalan, sedang aku masih rasa macam keanak-anakkan. Tapi betul, kalau dapat ulang masa balik, aku nak ulang zaman aku kanak-kanak.Everyhting is there, my family, my friends and my life. Dan kalau betul masa boleh berundur aku nak kenal arwah mak aku, sebab masa aku dengan dia sangat singkat, dan jika diberi peluang, semua kesilapan dulu aku nak baiki..

Aku sentiasa memohon pada yang Khaliq, supaya sentiasa diberikan yang terbaik. Sebab aku percaya, setiap perkara berlaku pasti ada hikmahnya..

Wednesday, June 16, 2010

FB sngt bagus

hahaks...=D

Nasib baik ada facebook, aku dah jumpe beberapa sedara mara yang jarang-jarang aku jumpe dan contact. Kalau jumpe pun setahun sekali, itu pun bila hari raya.
Nih dah jumpa, terus add and kitaorang teruskan dengan communication. Best lak rasa jumpe sedara mara even dengan menggunakan teknologi alam maya.

Kalau ikutkan ramai je sepupu sepapat aku duduk dekat KL. MAlah ada yang paling hampir dengan tempat study aku. Tapi, tulah tak tau...bila dah tau, macam nak buat gathering. Tapi masa tak mengizinkan. Kene tunggu semua ada, baru best..

Aneway, FB mmg best...selain sedara mara, member lama yang dah lama tak contact pun ak dah jumpe...hilang rindu aku..
HAHA.... (",)

Monday, June 14, 2010

Best!Best!dan Sangat Best!
apa yg best?
first, family gathering dekat Kuantan Pahang. Bukanlah yang dirancang, tapi menghadiri majlis kahwin dirumah sepupu, semua family berkumpul dan menggamatkan suasana.
Kampung Sungai Isap 2, Kuantan menjadi saksi family kitaorang yang sangat ramai dan happening.

Second, my result for semester 4.Alhamdullilah, semuanya lulus, itu yang paling penting.Aku bersyukur sesangat aku lulus. Sebab subject economic yang menakutkan aku. Tapi semunya ok...=)

Third, bbq reunion dirumah syuhada. Best giler, bila berkumpul. THe most challenging, nak hidupkan arang, nasib baik mak syuhada expert. Sambil bakar-bakar dan makan, buat lawak gila, tangkap gambar itu yang sangat best. Lagi best, our special guest syuhada's niece, Danish. Sangat comel, bijak dan petah bercakap. Aku sayang Danish tu walau pun first time baru jumpe..

Ya Tuhan, aku bersyukur sesangat. Lindungilah aku dan orang disekililingku, kerana Engkau jua yang memberi nikmat dan rahmat kepada kami. I love you Alls....
Muah..muah...muah...

Wednesday, June 9, 2010

aku yang happy


haha...
Semalam sangat seronok..aku keluar jalan-jalan ke Melaaka dengan kawan aku., semuanya kawan baik aku.Klau nak ikutkan lagi ramai geng aku nak ikut, tapi masih struggle untuk final exam. Aku kenal diaorang dari sekolah rendah.Angah,Hajar,Nadzirah dan AMirah..aku kenal diaorang lama sangat. Amirah dari tadika aku kenal dan satu sekolah dengan dia.Cuma kebanyakan terpisah bila naik sekolah menengah dan sambung belajar di universiti, malah ada yang ke luar negara..

Ayah aku sendiri kagum dengan kitaorang. Walaupun dah tak satu sekolah macam dulu, tapi kitaorang selalu satu kepala, satu hati, dan satu matlamat. Pantang cuti sem, mesti jumpa ramai-ramai. Tempat paling masyhur yang kita orang selalu pergi adalah warung cendol dekat Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka. Duduk dekat warung tuh borak-borak, bincang-bincang, imbau masa zaman sekolah, dalam tak sedar boleh sampai 4 jam kita orang duduk kat warung cendol tuh.Memang seronok!!

Dan kalau kitaorang ada bajet lebih, selalunya turun Melaka..sebab Melaka adalah tempat yang terhampir dan menarik dari tempat kitaorang yang dekat Negeri Sembilan ni.Dan kitaorang akan turun lebih dari 1o orang, sebabnya kitaorang memang sangat rapat..

Semalam memandangkan tak ramai yang bercuti, hanya 5 orang saja yang pergi, dan percaya atau tidak keadaan pun sudah amat gamat dengan kehadiran kitaorang..thanks kepada semua, aku betul-betul happy sangat semalam!Aku harap sangat kita akan sentiasa macam ni walau jarak kita lebih 1000 batu...i luv yeah!!!muah...muah..

Sekarang tunggu planning nak bercuti ke US saja, lebih kurang 2 tahun dari sekarang, aku harap sangat menjadi..

Monday, June 7, 2010

Hujan lebat sangat sekarang nih..kalau layan tido, nyenyak aku tido tak bangun-bangun..
tapi sekarang ni mood aku kurang baik, lagi-lagi sekarang tengah "bulan mengambang", senggugut lagi...aduh itu semua wanita akan alami..

Bila hujan lebat macam ni, teringat zaman kecil-kecil dulu, tinggal kat rumah sorang-sorang. Abang- abang dengan kak ngah pegi sekolah agama, ayah pula pegi kerja..Mak pula dah tiada , takut-takut pun aku beranikan diri..Pukul tujuh selalunya diaorang sampai rumah..

Teringat sekali, hujan lebat rumah terus blackout, aku punya takut, duduk dekat ruang tamu sampai ayah balik, nampak muka ayah baru aku menangis..pelik kan? sepatutnya, waktu ayah tak de la aku nangis, tapi itulah yang ayah aku didik kami adik beradik dari kecil..jangan sesekali takut, hidup kena berani..sebab tu aku seorang yang sangat berdikari..malah dulu waktu balik tadika semua orang mak ayah diaorang jemput. aku? aku hanya jalan kaki dari tadika ke rumah orang jaga aku. Sedih juga jalan -jalan sorang-sorang, nasib baik jarak tak berapa jauh, lebih kurang 600 meter.

Bila tengok tangan kawan-kawan kene pimpin bila balik tadika rasa cemburu pun ada,sedih pun ada,tapi aku nak buat macam mana, emak dah tiada..bila naik sekolah rendah, aku lebih berdikari.Walau aku balik pukul 12 tengah hari, aku akan setia menunggu ayah aku sampai pukul dua di kantin sekolah sebab ayah suruh aku tunggu abang dengan kakak aku sekali..jadi dalam masa 2 jam tu, aku buat homework yang tak berapa nak banyak dekat kantin sekolah, petang pukul 4:30 sampai 6:30 aku pergi sekolah agama, malam pula belajar mengaji dengan ayah..

Punyalah aku berdikari, percaya atau tidak, umur aku 7 tahun aku sudah pandai masak nasi..hangus, jangan cakap la..banyak kali nasi aku hangus, sebab dulu masak nasi guna dapur gas. Bila umur 10 tahun baru pakai periuk nasi eletrika.

Ingatkan bila dah ada emak tiri yang aku panggil ibu senanglah aku dengan kakak aku sikit,,tapi rupanya dia akan menetap di Kuala Lumpur sebab bekerja.Ibu aku balik minggu..bila aku nak masuk kolej baru ibu aku pencen.

Cakap pasal ibu,nasib baik ibu aku tak dapt macam ibu tiri yang lain. Dia baik dan memahami, walaupun kadang-kadang aku tak boleh nak terima idea, fahaman dan angin dia.Masuk tahun 2010 ni, genap sepuluh tahun ayah aku kawin dengan ibu aku.Nasib baik aku tak dapat adik. Takut cemburu itu memang ada, memandangkan aku anak bongsun tapi kalau dia dah kerja dan balik minggu, siapa nak jaga baby tu nanti..itulah yang dikatakan setiap kejadian ada hikmahnya..

Dan sekarang hujan masih lagi lebat, kalau nak ikutkan banyak lagi memori menggamit.
Walau apa pun, aku bersyukur dilahirkan sebagai Hidayah Binti Dzulkifli,,sebab bukan semua yang aku alami sepanjang 20 tahun ini, orang lain alaminya...

Saturday, June 5, 2010

sem baru..


Dah tiga hari aku tak buka blog..bizi sangat-sangat..

Semalam aku dah sampai kolej. Tima kasih kepada ayahr yang sudi hantar. Sampai-sampai terus kemas barang. Kemas locker, sapu bilik. Agak memenatkan! Ramai juga junior sem ni. yang menarik semuanya amik kos aku, OM114. Ada yang ramah, ada yang pendiam. Tapi bagi aku, itu semua permulaan. Permulaan pada dunia baru, alam dimana mula belajar hidup berdikari.. Dekat tempat belajar, kawan adalah sedara terdekat. Saling tolong menolong sangat perlu.

Pagi tadi aku dah masuk kelas. Aku dah tau lama aku bukan lagi dengan kawan kelas sem lepas. Cuma hari ni, aku nekad dengan Piqa untuk keluar kelas lain. Walaupun agak takut untuk jumpa koordinator baru, kami nekad juga nak tukar kelas. Alhamdullilah, permintaan diluluskan.

Sem baru, aku kenal lagi orang baru. Kalau nak ikutkan aku tak kenal semua budak kos aku. Bila dah satu kelas baru aku kenal. Kelas tadi kebanyakkan dari diaorang aku kenal, cuma tak rapat. but its ok, gonna take sometime nak biasakan diri.

Aku harap aku akan ok dengan kelas baru ni. TAkut juga kalau tak boleh ngam, tu lah, ngada-ngada lagi nak tukar kelas! ;D

Dan aku harap sangat aku dapat buat yang terbaik untuk sem ni. Itu doa aku. Tapi hati aku rindu budak sem lepas...

Thursday, June 3, 2010

issues

Tiba-tiba bila aku dengar ada satu kumpulan nama The Saturday aku terus suka kumpulan ni. Sebab kalau di Bahasa Melayukan nama kumpulan ni bole jadi Sabtu..haha =)
Ada satu lagu yang aku minat bersamaan dengan muzik lagu ni, iaitu tajuk dia ialah Issues..First time dengar terus aku suka, lirik lagu ni pun menunjukkan seseorang yang mengalami sesuatu isu. Dan aku pasti semua orang dekat bumi ni mesti ada satu isu yang belum diselesaikan..

Issues Lyrics

Ohhh Yeah

Sometimes
I Feel like I’m going out of
My mind,

Boy the way you do me is a
damn crime,

But then you smile at me
and its all right,

With you there aint nothin' in between,

Every time that I walk out the door,
Tell myself I can't take it no more,

There’s a part of me won't let you go
Keep saying yes when my minds saying no,

Chorus:
Me and my heart we got issues,
Don’t know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.
Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Its so wrong, boy you leave me hangin' for so long,
You empty out my love until its all gone,
You change the words but still it's the same song,
I’m tired of the melody.

Change my number and throw out your clothes,
But my feelings for you, it still shows,
I keep building the walls round my heart,
But then I see you, and it all falls apart...

Chorus:
Me and my heart we got issues,
Don’t know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.
Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Why fight it, cant hide it
Truth is I think I like it,
Confusion, illusions
Still I don’t know which way to go….


Chorus: (x2)
Me and my heart we got issues,
Don’t know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.

Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Me and my heart we got issues, issues, issues
We got issues, issues, issues,
We got issues, issues, issues
We got issues, issues, issues

Me and my heart we got issues
Don’t know whether I should hate you or miss you.

Sunday, May 30, 2010

Tahap bosan duduk rumah, even dah banyak benda aku buat; seperti mengemas rumah, basuh baju, mandikan kucing and everyhting yang aku tak pernah buat dekat kolej aku buat dekat sini.

Memandangkan aku semakin naik badannya, aku tengah mencari cara yang terbaik untuk mengurangkan saiz dan berat aku ni...=)

Dan semalam aku pergi ke Melaka, mencari pakar untuk mengurangkan masalah aku.
Tapi, the result is still the same; dan aku buat keputusan untuk meneruskan lagi kaedah yang aku gunakan sekarang ini iaitu memakai Losyen Yusmira dan memakan Keraton Tablet..dan aku harap memberi hasil yang terbaik..

Wednesday, May 26, 2010

getting more and more..


hello..hello..hello

Sebenarnya hari ni, aku agak takut. Takut sebab apa? Sebabnya, bila aku bangun pagi tadi, aku tengok badan aku dekat cermin..Ya Allah, tuhan saja yang tahu aku punya terkejut. Dalam masa hampir sebulan aku duduk rumah, badan aku naik dengan mendadak.

Aku takut sangat, aku tanya ayah aku, dia cakap memang nampak badan aku naik.
Haduh, kalau dekat kolej susah sikit nak makan sebab nak bajet..dekat rumah semua dah siap, tinggal makan je.
Aku hairan juga, sebab dalam masa aku cuti ni, setiap petang aku buat power walk dengan main badminton, tapi tetap tak kurus...

Bulan Jun ni ada reunion, and aku haveta make sure yang badan aku kene ideal. Kalau tak, malu nanti jumpa kawan lama..Jadi,kurang dalam sebulan lagi, aku akan control cara pemakanan.. not really sure...haha @_@

Sunday, May 23, 2010

ntah apa-apa


halloo..

Lebih lima hari aku tak menulis..tak tahu kenapa?.Ketandusan idea? Mungkin..
Ikutkan hari ni, aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya.
Tapi ada benda aku nak tulis yang aku rasa sangat pentig bagi diri aku.
Hari itu aku pergi Melaka jalan-jalan dengan ibu dengan ayah aku. Saja-saja, jalan-jalan cari pasal =).

Lepas penat jalan-jalan, kitaorang berhenti makan dekat satu restoran. Aku amatlah terkejut bila aku nampak orang yang aku minat zaman sekolah dulu.
Degup jantung laju sangat,,teruja mungkin. Nasib baik dapat control behavior depan ibu ayah.

Aku bukannya minat yang menggatal tuh. Tapi dia seorang yang sangat bijak. Umur dia pun tua dua tahun dari aku. Dekat sekolah dulu dia amat terkenal dengan kebijaksanaan dia. Malah, sampai sekarang dia masih dikenali dengan seorang yang bijak. Selain personaliti dia yang sangat merendah diri dan seorang yang sangat simple, itu yang buat aku tertarik dengan dia.

Tapi dekat sekolah, tak pernah pun tegur atau bercakap dengan dia,,sebab aku tidak ada benda nak dicakapkan dengan diapun.haha...ntah apa-apa aku nih....
Kalau ayah aku baca ni, mati aku tak hidup balik. Ayah aku paling pantang cakap pasal benda macam nih kalau aku masih belajar dan dibawah tanggungan dia. Nak atau tak nak, aku kena ikut peraturan dia, sebab aku lagi sayang ayah aku dari segala-galanya..

Saturday, May 15, 2010

bosan!

hahai..

Apa lagi nak dikata, aku sangat bosan. Bila aku cakap dekat ayah, ayah cakap; "kau tak pandai nak isi masa lapang, itu sebab rasa bosan". Abang aku yang nombor 4 pula cakap; " kau pegilah buat exercise, nanti kau bertambah besar asik duduk rumah 24 jam cuti 2 bulan ni". Hmm, bila aku pikir balik, memang betul apa yang diaorang cakap. Tapi, ada something yang aku rasa aku nak buat sangat waktu cuti ni, tapi aku tak tau apa bendanya tuh..

Jadi, pagi tadi aku sudah planning beberapa perkara yang aku akan buat untuk 2 - 3 hari ni, selain mengemas rumah setiap hari.

Besok petang, aku akan ke Tampin Shopping untuk membeli barang membuat kek.
Hari Isnin, aku akan membuat salah satu kek kegemaran aku iaitu kek gula hangus. Sebab aku nak buat kek ini, first dah lama sangat aku tidak makan kek ni, second kos nya yang sangat ekonomik, and third, masa yang mengambil kurang 2 jam.
Hari Selasa, aku akan mandikan kucing aku yang sangat comel.
Hari Rabu, aku akan iron semua baju kerja abang aku.
Hari Khamis,aku akan fikir apa yang aku akan buat untuk penuhkan cuti aku dengan perkara yang bermanfaat..itu yang paling penting sebenarnya. Memanfaatkan masa yang diberi...

Thursday, May 13, 2010

stay the same...

AKu muhasabah diri aku. Perlu atau tidak aku berubah atau erti kata lain menjadi orang lain dalam diri aku untuk memenuhi kehendak diri. Aku pernah rujuk kepada orang yang paling aku percaya dan sayang, iaitu ayah aku. Kata ayah, kalau hendak diikutkan, tiada siapa pun yang memahami kita, walaupun diri sendiri. Namun Allah saja yang tahu siapa kita. Jadi cara yang terbaik;jadi diri sendiri, nescaya kita sendiri akan berasa selesa dan orang akan senang mendampingi kita. Dan ayah berpegang pada satu prinsip; biar orang ikut kita, jangan sekali ikut orang kecuali orang yang melakukan kebaikan. Abang aku yang sulung pula suruh aku dengar lagu Joey McIntyre. Jadi aku nak share setiap bait lagu ni...

*Don't you ever wish
you were someone else
you were mean to be
the way you're exactly

Don't you ever say
you don't like the way you are
when you learn to love yourself
you're better off by far

And I hope you always stay the same
'Cause there is nothing bout you
I would change

I think that you could be
whatever you wanted to be
if you could realize
all the dream you have inside

Don't be afraid
if you've got something to say
just open up your heart
and let it show you the way

repeat *

Believe in yourself
reach down inside
the love you find will set you free

Believe in yourself
you will come alive
have faith in what you do
you'll make it through






Thursday, May 6, 2010

hmm...


pagi yang indah,pagi yang ceria, pagi yang mendebarkan..
tadi aku ada final exam and it was my last paper..
not too tough and not too easy, sekadar bole buat =)

hmm..
lebih kurang sejam lebih ayah datang amik dan aku akan mulakan percutian sem ini di rumah. Kalau boleh aku nak sangat clarify everything that had happened for this sem.
Macam biasa, ada suka, ada duka.

Teringat awal-awal sem, dengan assingment yang banyak, dengan tak dapat balik rumah,hmm..itu semua buat aku banyak merungut. Tapi nasib baik ada nasihat ayah yang cukup bermakna di samping semangat yang kawan kelas bagi..
My Freinds, I Love You so strong =D.

Organize event is the most meaningful tasks that I ever had. Belajar kerjasama, di samping meminta aku banyak bersabar dengan kerenah pihak luar. Memang diakui, ada sedikit pertelingkahan antara organisasi, tapi still under control.

Tapi aku tidak sama sekali melupakan setiap moment indah yang aku lalui dalam setiap kelas sepanjang sem ni. Penuh gelak ketawa, walaupun sebenarnya stress dengan asingment yang melimpah ruah.

Terima kasih kepada hazirah, piqa,dan k.naz yang tak pernah habis idea lawak korang. Terima kasih kepada joel, ash, din, pejal, dan sam yang sentiasa membuat aku tersenyum dengan keletah korang yang susah aku nak jumpa. Dan terima kasih buat semua student OM4D (Jan-May 2010). Korang semua aku sayang.

And my special thanks to all the lecturer. Terima kasih untuk semua ilmu yang diajar. Terutamanya buat Madam Farzana yang sporting, Sir Zain yang sangat sempoi dan Ustaz Fatah yang penuh dengan idea gila-gila.

I'm gonna missing all of them..

Monday, May 3, 2010

Takut...


hmm..takut rasanya.
Apa yang nak ditakutkan?
Takut macam-macam perkara..
Exam,kehidupan,masa depan, dan paling menakutkan mati..

Setakat ini, yang paling menakutkan aku ialah kehidupan.
Percaya atau tidak aku sendiri tercari-cari arah tuju hidup aku. Nasib baik ada keluaraga, terutama ayah yang sentiasa guide aku selain iman di dada. Ayah aku kata sambil melawak dalam English,: "life is about rules, and you must follow the do's and dont's. Then, you will find like world is yours". Agak mendalam maksudnya, tapi boleh lagi di fahami. Tapi aku tetap takut dengan kehidupan yang mendatang. Dunia yang makin mencabar, sedang aku masih rasa lagi ketinggalan, yang paling menakutkan ayah semakin meningkat usia.

Aku rasa aku hanya boleh hidup bila ada ayah. Kalau ayah tiada, rasa seperti pokok yang tiada akar untuk berdiri tegak. Abang-abang dan kakak makin mempunyai kehidupan berkeluarga. Tinggal aku sendiri nanti, itu yang paling menakutkan. Tapi, pesan ayah, "kita tak pernah sendirian, Allah sentiasa di sisi", dan itu adalah nasihat yang paling menenangkan jiwa aku.

Kehidupan yang panjang, serta berliku-liku sebenarnya akan menguatkan lagi ketabahan kita dan mengajar kita erti hidup. Pilihan pula menyababkan kita mencaturkan kehidupan. Pilihan yang salah akan menyesal kemudian hari. Itu yang paling menakutkan aku. Jadi, cara penyelesaian adalah belajar berdikari. Belajar berdikari adalah sebaik pengalaman. Dan pengalaman adalah guru yang terbaik.

Friday, April 30, 2010

cuba


Pagi tadi aku mulakan hari aku dengan menjawab final exam paper CSC 134, selama 2 jam. Dr 8:30 pg sampai 10:30 pagi. BIasalah, ada soalan susah, ada soalan senang. Tapi macam biasa, bila tak tahu, aku hentam. Mana tau, kot-kot betul.. haha

Aku tanya member sebelah pun cakap susah..tapi ok lagi dia cakap.. Cuma agak terkejut tadi, bila section B tak de soalan yang sama macam past sem. itu yang mengalami kejutan budaya bila jawab exam tadi..

Tapi, walau apa pun aku beserah kepada Allah. Aku yakin aku dah berusaha, dan kini bertawakal kepadaNya..

Tuesday, April 27, 2010

Senyuman itu lukisan jiwa


hahahai....

Pagi ni aku senyum sorang-sorang. Budak bilik aku pun confuse. Bila diorang tanya, aku cakap tak de apa-apa, diaorang tak percaya..hm..aku sendiri pun tidak tahu kenapa..

Perasaan merupakan perkara subjektif. Kekadang susah nak diungkap, tapi diterangkan melalui cara ekspresi kita. Macam aku pagi ni, tetiba berasa happy tanpa sebab, jadi aku senyum. Pernah dengar pepatah bekas penjajah negara kita:"Sometime, actions speaks louder than words"? haha..inilah yang aku alami.

Bukan aku nak merapu, tapi aku ingin berkongsi dengan semua mengenai falsafah yang ayah aku terapkan kepada adik-beradik aku mengenai senyum. Ayah aku cakap sambil menunjukkan gigi dia yang agak putih-kuning: "Senyum itu lukisan jiwa". Abang aku yang ketiga sedikit membantah. Katanya, yang tidak matang ketika itu, "tak lah ayah, senyum itu sedekah. aritu ustazah baru je cakap." Sambil senyum, ayah terangkan, bahawa senyum itu memang sedekah,dan itu tidak salah. Tapi, senyum itu juga cara kita menerangkan perasaan jiwa kita ketika itu. Aku yang masih kecil hanya mengangguk faham, walau ketika itutidak la nak berapa faham. Bila makin membesar, dari segi fizikal dan mental, aku sudah mulai betul-betul faham. Kata ayah memang benar, kerana bila aku seronok aku akan senyum, bila aku sedih, aku menangis. Seronok dan sedih itu, adalah perasaan dalam jiwa, dan ia merupakan corak yang akan wujud dalam setiap diri manusia. Dan corak itulah yang menentukan seseorang individu itu manusia normal atau tidak.

Bagi aku, bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman, tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah kita. Hati mana yang tidak tenang, apabila sedang dalam kekusutan kita masih lagi boleh tersenyum kepada rakan-rakan. Senyuman itu adalah sebuah ciptaan yang paling indah yang Allah pernah ciptakan, malahan senyuman juga adalah kuntuman-kuntuman indah yang sentiasa Rasulullah persembahkan.

Teladanilah Junjungan kita, Nabi Muhammad(S.A.W)
Para sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah s.a.w yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan tentang betapa indahnya senyuman Rasulullah ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, “Rasullullah s.aw tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya). Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Jadi...senyum selalu..