CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 17, 2010

ketenangan

hendak cari sebuah ketenangan bukan sesuatu yang mudah dan bukan sesuatu yang susah.
kalau aku di kolej, ada masa yang ingin aku sendirian, mencari salah silap, kekhilafan dan kekurangan diri. tapi sukar mencari waktu sebegitu kerana tuntutan sebagai seorang pelajar..

berbeza dirumah, aku punya masa untuk mendekatkan diri pada Pencipta,mempunyai ayah yang sudi mendengar keluh kesah ku, serta ibu yang sudi memenuhi seleraku... :D

ketenagan bagi aku, sesuatu yang sukar diungkap. bagi aku, kalau aku bersama kelurga, adalah saat ketenangan bagi aku. gurau senda ayah, abang-abang yang sangat menyayangi aku, k.ngah yang suka memeluk aku..itu semua amat berharga bagi aku..kadang-kadang aku impikan sesuatu yang diluar kemampuan aku, tapi aku sedar, kesederhanaan akan lebih membuat aku menghargai segala yang ada disekeliling aku.

semalam bila menjejak kaki dirumah, suatu perasaan yang sangat gembira berlagu dalam hati. tapi itulah perasaan yang akan aku alami setiap kali sampai depan pintu rumah, sejak aku berjauhan dari ayah...perasaan bertambah seronok bila lihat nenek, abang dengan kakak ipar serta keluarga yang lain menyambut aku pulang..

dan semalam juga aku terima berita gembira bila abang aku cakap dia bakal menjadi seorang ayah..sesungguhnya aku turut gembira dan teruja..

aku bersyukur punya keluarga yang bahagia dan sentiasa bersederhana..doa aku, agar aku juga punya keluarga dan punya zuriat soleh dan solehah, dan yang paling penting silaturrahim antara kami sentiasa erat...amin.. ;)

0 comments:

Post a Comment