CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 30, 2010

Tahap bosan duduk rumah, even dah banyak benda aku buat; seperti mengemas rumah, basuh baju, mandikan kucing and everyhting yang aku tak pernah buat dekat kolej aku buat dekat sini.

Memandangkan aku semakin naik badannya, aku tengah mencari cara yang terbaik untuk mengurangkan saiz dan berat aku ni...=)

Dan semalam aku pergi ke Melaka, mencari pakar untuk mengurangkan masalah aku.
Tapi, the result is still the same; dan aku buat keputusan untuk meneruskan lagi kaedah yang aku gunakan sekarang ini iaitu memakai Losyen Yusmira dan memakan Keraton Tablet..dan aku harap memberi hasil yang terbaik..

Wednesday, May 26, 2010

getting more and more..


hello..hello..hello

Sebenarnya hari ni, aku agak takut. Takut sebab apa? Sebabnya, bila aku bangun pagi tadi, aku tengok badan aku dekat cermin..Ya Allah, tuhan saja yang tahu aku punya terkejut. Dalam masa hampir sebulan aku duduk rumah, badan aku naik dengan mendadak.

Aku takut sangat, aku tanya ayah aku, dia cakap memang nampak badan aku naik.
Haduh, kalau dekat kolej susah sikit nak makan sebab nak bajet..dekat rumah semua dah siap, tinggal makan je.
Aku hairan juga, sebab dalam masa aku cuti ni, setiap petang aku buat power walk dengan main badminton, tapi tetap tak kurus...

Bulan Jun ni ada reunion, and aku haveta make sure yang badan aku kene ideal. Kalau tak, malu nanti jumpa kawan lama..Jadi,kurang dalam sebulan lagi, aku akan control cara pemakanan.. not really sure...haha @_@

Sunday, May 23, 2010

ntah apa-apa


halloo..

Lebih lima hari aku tak menulis..tak tahu kenapa?.Ketandusan idea? Mungkin..
Ikutkan hari ni, aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya.
Tapi ada benda aku nak tulis yang aku rasa sangat pentig bagi diri aku.
Hari itu aku pergi Melaka jalan-jalan dengan ibu dengan ayah aku. Saja-saja, jalan-jalan cari pasal =).

Lepas penat jalan-jalan, kitaorang berhenti makan dekat satu restoran. Aku amatlah terkejut bila aku nampak orang yang aku minat zaman sekolah dulu.
Degup jantung laju sangat,,teruja mungkin. Nasib baik dapat control behavior depan ibu ayah.

Aku bukannya minat yang menggatal tuh. Tapi dia seorang yang sangat bijak. Umur dia pun tua dua tahun dari aku. Dekat sekolah dulu dia amat terkenal dengan kebijaksanaan dia. Malah, sampai sekarang dia masih dikenali dengan seorang yang bijak. Selain personaliti dia yang sangat merendah diri dan seorang yang sangat simple, itu yang buat aku tertarik dengan dia.

Tapi dekat sekolah, tak pernah pun tegur atau bercakap dengan dia,,sebab aku tidak ada benda nak dicakapkan dengan diapun.haha...ntah apa-apa aku nih....
Kalau ayah aku baca ni, mati aku tak hidup balik. Ayah aku paling pantang cakap pasal benda macam nih kalau aku masih belajar dan dibawah tanggungan dia. Nak atau tak nak, aku kena ikut peraturan dia, sebab aku lagi sayang ayah aku dari segala-galanya..

Saturday, May 15, 2010

bosan!

hahai..

Apa lagi nak dikata, aku sangat bosan. Bila aku cakap dekat ayah, ayah cakap; "kau tak pandai nak isi masa lapang, itu sebab rasa bosan". Abang aku yang nombor 4 pula cakap; " kau pegilah buat exercise, nanti kau bertambah besar asik duduk rumah 24 jam cuti 2 bulan ni". Hmm, bila aku pikir balik, memang betul apa yang diaorang cakap. Tapi, ada something yang aku rasa aku nak buat sangat waktu cuti ni, tapi aku tak tau apa bendanya tuh..

Jadi, pagi tadi aku sudah planning beberapa perkara yang aku akan buat untuk 2 - 3 hari ni, selain mengemas rumah setiap hari.

Besok petang, aku akan ke Tampin Shopping untuk membeli barang membuat kek.
Hari Isnin, aku akan membuat salah satu kek kegemaran aku iaitu kek gula hangus. Sebab aku nak buat kek ini, first dah lama sangat aku tidak makan kek ni, second kos nya yang sangat ekonomik, and third, masa yang mengambil kurang 2 jam.
Hari Selasa, aku akan mandikan kucing aku yang sangat comel.
Hari Rabu, aku akan iron semua baju kerja abang aku.
Hari Khamis,aku akan fikir apa yang aku akan buat untuk penuhkan cuti aku dengan perkara yang bermanfaat..itu yang paling penting sebenarnya. Memanfaatkan masa yang diberi...

Thursday, May 13, 2010

stay the same...

AKu muhasabah diri aku. Perlu atau tidak aku berubah atau erti kata lain menjadi orang lain dalam diri aku untuk memenuhi kehendak diri. Aku pernah rujuk kepada orang yang paling aku percaya dan sayang, iaitu ayah aku. Kata ayah, kalau hendak diikutkan, tiada siapa pun yang memahami kita, walaupun diri sendiri. Namun Allah saja yang tahu siapa kita. Jadi cara yang terbaik;jadi diri sendiri, nescaya kita sendiri akan berasa selesa dan orang akan senang mendampingi kita. Dan ayah berpegang pada satu prinsip; biar orang ikut kita, jangan sekali ikut orang kecuali orang yang melakukan kebaikan. Abang aku yang sulung pula suruh aku dengar lagu Joey McIntyre. Jadi aku nak share setiap bait lagu ni...

*Don't you ever wish
you were someone else
you were mean to be
the way you're exactly

Don't you ever say
you don't like the way you are
when you learn to love yourself
you're better off by far

And I hope you always stay the same
'Cause there is nothing bout you
I would change

I think that you could be
whatever you wanted to be
if you could realize
all the dream you have inside

Don't be afraid
if you've got something to say
just open up your heart
and let it show you the way

repeat *

Believe in yourself
reach down inside
the love you find will set you free

Believe in yourself
you will come alive
have faith in what you do
you'll make it through






video

Thursday, May 6, 2010

hmm...


pagi yang indah,pagi yang ceria, pagi yang mendebarkan..
tadi aku ada final exam and it was my last paper..
not too tough and not too easy, sekadar bole buat =)

hmm..
lebih kurang sejam lebih ayah datang amik dan aku akan mulakan percutian sem ini di rumah. Kalau boleh aku nak sangat clarify everything that had happened for this sem.
Macam biasa, ada suka, ada duka.

Teringat awal-awal sem, dengan assingment yang banyak, dengan tak dapat balik rumah,hmm..itu semua buat aku banyak merungut. Tapi nasib baik ada nasihat ayah yang cukup bermakna di samping semangat yang kawan kelas bagi..
My Freinds, I Love You so strong =D.

Organize event is the most meaningful tasks that I ever had. Belajar kerjasama, di samping meminta aku banyak bersabar dengan kerenah pihak luar. Memang diakui, ada sedikit pertelingkahan antara organisasi, tapi still under control.

Tapi aku tidak sama sekali melupakan setiap moment indah yang aku lalui dalam setiap kelas sepanjang sem ni. Penuh gelak ketawa, walaupun sebenarnya stress dengan asingment yang melimpah ruah.

Terima kasih kepada hazirah, piqa,dan k.naz yang tak pernah habis idea lawak korang. Terima kasih kepada joel, ash, din, pejal, dan sam yang sentiasa membuat aku tersenyum dengan keletah korang yang susah aku nak jumpa. Dan terima kasih buat semua student OM4D (Jan-May 2010). Korang semua aku sayang.

And my special thanks to all the lecturer. Terima kasih untuk semua ilmu yang diajar. Terutamanya buat Madam Farzana yang sporting, Sir Zain yang sangat sempoi dan Ustaz Fatah yang penuh dengan idea gila-gila.

I'm gonna missing all of them..

Monday, May 3, 2010

Takut...


hmm..takut rasanya.
Apa yang nak ditakutkan?
Takut macam-macam perkara..
Exam,kehidupan,masa depan, dan paling menakutkan mati..

Setakat ini, yang paling menakutkan aku ialah kehidupan.
Percaya atau tidak aku sendiri tercari-cari arah tuju hidup aku. Nasib baik ada keluaraga, terutama ayah yang sentiasa guide aku selain iman di dada. Ayah aku kata sambil melawak dalam English,: "life is about rules, and you must follow the do's and dont's. Then, you will find like world is yours". Agak mendalam maksudnya, tapi boleh lagi di fahami. Tapi aku tetap takut dengan kehidupan yang mendatang. Dunia yang makin mencabar, sedang aku masih rasa lagi ketinggalan, yang paling menakutkan ayah semakin meningkat usia.

Aku rasa aku hanya boleh hidup bila ada ayah. Kalau ayah tiada, rasa seperti pokok yang tiada akar untuk berdiri tegak. Abang-abang dan kakak makin mempunyai kehidupan berkeluarga. Tinggal aku sendiri nanti, itu yang paling menakutkan. Tapi, pesan ayah, "kita tak pernah sendirian, Allah sentiasa di sisi", dan itu adalah nasihat yang paling menenangkan jiwa aku.

Kehidupan yang panjang, serta berliku-liku sebenarnya akan menguatkan lagi ketabahan kita dan mengajar kita erti hidup. Pilihan pula menyababkan kita mencaturkan kehidupan. Pilihan yang salah akan menyesal kemudian hari. Itu yang paling menakutkan aku. Jadi, cara penyelesaian adalah belajar berdikari. Belajar berdikari adalah sebaik pengalaman. Dan pengalaman adalah guru yang terbaik.