CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 29, 2011

done =) alhamdullilah

alhamdulillah..

selesai dah. tak sangka konvo ni satu benda yang excited, happy tapi memenatkan.hahah

imagine dalam dewan dari pukul 1:30 sampai 5:30 petang. rasa nak tertanggal kepala aku.asik mendongak mengadap screen besar. (:,)

apa pun best gila sebab jumpa budak-budak unikop yang dah lama tak jumpa. jumpa lecturer-lecturer kat sana dan yang paling best bila semua sibuk nak tangkap gambar.hahah rasa diri macam arits bila flash kamera tak henti-henti mengadap kitaorang.

terima kasih ayah ibu.terima kasih untuk segalanya

and u too sis.thanx for coming and the present =)

ni separuh dari geng aku.huhu


together with miss ziera ( berdiri sebelah kiri aku) :)

member2 yang sporting nak snap gambar degnan parents aku

kitaorang pun nak main baling-baling topi

kitaorang yang tercampak di KBM




ok.bnyak sangat picture aku dah snap.sampai beratus-ratus.dan serious malas nak upload.ok, petang ni nak balik KBM.dan besok serta lusa ada test.dan aku satu benda pun tak baca lagi.

dan semalam adalah kenangan.nanti kalau ada anak cucu aku nak tunjuk kat diaorang.huhu..untuk besok dan hari seterusnya adalah harapan dan impian.cara dan usaha kita menentukan segalanya. terima kasih untuk semua yang berada disisi aku selama ini.serious terharu.

Thursday, October 27, 2011

assalamualaikum

masih dalam dilema. bila tah nak buka nota. serious ada 2 test aku kena jawab minggu depan.tapi memang tak da mood nak baca.tak pernah jadi macam ni. dan untuk besok sememangnya sangat excited,tapi pada yang sama rasa cuak kebebeh.huhu

ok, pagi tadi lepas kemas rumah.dah ready apa yang patut kena bawak..
dan dalam masa 2 hari ni juga rasa nak makan macam-macam.dah tak kisah apa nak jadi. kat sana kalau nak makan kena budget. jadi kat rumah lah melayan selera (ini sangat tak bagus)

okeh, no more story to be told. =)

Wednesday, October 26, 2011

begitulah ceritanya

assalamualaikum..rindu tahap gaban kat blog ni. lama dah tak buka. i miss you bloggy..

pejam celik-pejam celik dah nak habis oktober. dan hari sabtu ni bersamaan 29 oktober 2011, aku nak konvo..happy gila.tak sabar weh.baru terasa hasil aku susah payah 3 tahun lepas.sekarang dah nampak hasil.serious excited =) baru je pagi tadi pergi amik jubah.penat jangan cerita.beribu riban makhluk Allah yang dah berjaya pergi rehearsal dengan amik jubah tadi.pukul 9 tadi baru sampai rumah.tak sangka jumpa geng-geng unikop dulu.budak Tampin pun ada juga.

sepanjang bulan oktober ni langsung tak balik rumah kecuali hari ni. kucing-kucing aku makin comel.abang-abang aku pulak makin stress aku tengok. asal aku balik ada je benda nak cari pasal.rindu kat aku lah tu, tapi tak nak ngaku.haha poyo.

dan dalam masa sebulan oktober ni dah banyak assignment aku buat dan banyak kuiz aku jawab.dan dengan segala bangganya tak pernah-pernah aku fail, aku fail satu kuiz. tahniah hidayah. 48.97 je markah kau.orang lain dapat 80 kau dapat 40 lebih! elok la...macam kau tak payah baca buku jawab kuiz tu pun tak pa kan.

lepas tu ada feeling nak melalak lepas tu. kau memang tak malu.tapi tak pa,nasib bukan aku sorang. hampir separuh tak lulus. dan nasib baik sir nak cover kuiz tu lagi.jadi, minggu depan aku kena jawab kuiz sekali lagi. tapi minggu depan ada lagi 2 test.2 hari berturut-turut. pandai-pandai lah kau nak hidup hidayah.bila kau nak study kuiz dengan test tu.bravo!

dan dalam masa sebulan ni juga, aku sedar degree memang mencabar ketahanan fizikal dengan mental.bila stress rasa nak berhenti je.rasa nak cakap kat ayah. tapi bila fikir tahap kekentalan penampar ayah atau pun bebelan dia yang macam halilintar baik aku harung je. 3 tahun aku boleh, takkan 2 tahun aku tak boleh betul tak? aku tengok member-member aku pun sama. stress je.makan minum macam dah tak terjaga.lagi-lagi tempat makan mahal.bila ada masa je tidur.dalam masa 5 hari tu memang tak da hiburan, melainkan gelak-gelak tengok muka member-member sendiri yang serabut dengan kelas, assignment dengan kuiz.

kadang-kadang sampai satu tahap, tiba-tiba menangis.entah la, apa yang aku stress pun tak tahu.aku fikir ayah je sekarang ni. =(

aneway, aku harap sangat konvo sabtu ni bagi semangat kat aku. dan kepada semua yang konvo minggu ni. CONGRATES you alls!!!

mood: excited gila

Wednesday, October 5, 2011

hidup aku sekarang

assalamualaikum...

serious syukur gila. malam ni baru rasa free. sedang besok nak hantar homework.banyak lagi la benda nak buat.melambak.assignment pulak macam tiap hari dapat.poning tak tahu nak start yang mana satu.dari hari tu rasa nak demam.aku tahan juga, sebab nak kuiz.besok demam lah tu.batuk aku tak henti-henti.dah 2 minggu dah.ni selsema pulak.

dah lebih 3 minggu hidup kat sini.macam-macam lah.tapi credit tu hayati hassan yang banyak buat aku tak tidur malam sebab layan perangai dia yang macam jimbit.gilo lawak minah sorang ni.nasib baik tak sekelas, kalau tak memang tak belajar aku.

ok, tadi kuiz.first time punya kuiz sejak meninggalkan zaman diploma dulu.haa..memang mengalami kejutan budaya.otak dah lama tak menghafal.sekali pulak banyak benda nak ingat.,memang terkujat la kan.

jadual sem ni nak kata relax tak da relax mana. tapi hampir tiap hari start petang. itu memang best. tapi jadi tak best bila sampai tengah malam.kalau kat rumah tengah meniarap tengok tv, kat sini aku duduk atas meja,pakai baju formal, duduk diam-diam sambil salin nota.kau boleh?

duit?duit aku memang ala kadar.nak kata duit tak da, tipu la.sehinggit pun duit juga kan.kalau rasa nak makan mewah, aku rasa aku kena cari skandal kat sini.kalau tak nak, ikat perut.makan sekali sehari.baru boleh kurus.tapi dah 21 tahun, macam ni juga la aku. setakat ni dua orang abang dengan ayah support aku.segan pulak.dah besar pun nak mintak tolong. tapi serious aku solute kat abang-abang aku tuh.walaupun kitaorang selalu gaduh-gaduh,(bukan gado-gado)diaorang relax je bagi aku duit. tapi macam biasa la, kena warning dulu.kalau membazir, nanti dapat sikit lain kali.walaupun macam tak best, aku angguk je la kepala, kalau tak, berangan la nak duit kan.

persaingan serious hebat.melambak pulak budak-budak genius dalam kelas aku.terasa diri ini kecil walaupun hakikatnya tidak.dalam kelas senyap je..walaupun perangai aku hakikatnya macam adik beradik tiri shayatin..diaorang happening je dalam kelas.active menjawab soalan lecturer.aku?aku hanya menahan mata supaya tak tidur.hahaks

minggu depan ada kuiz lagi oit.2 subjek pulak tu.tolong baca kan untuk aku boleh tak?

lebih kurang la hidup aku sekarang.macam bosan je kan..bukan macam, tapi memang bosan.