assalamualaikum...
serious syukur gila. malam ni baru rasa free. sedang besok nak hantar homework.banyak lagi la benda nak buat.melambak.assignment pulak macam tiap hari dapat.poning tak tahu nak start yang mana satu.dari hari tu rasa nak demam.aku tahan juga, sebab nak kuiz.besok demam lah tu.batuk aku tak henti-henti.dah 2 minggu dah.ni selsema pulak.
dah lebih 3 minggu hidup kat sini.macam-macam lah.tapi credit tu hayati hassan yang banyak buat aku tak tidur malam sebab layan perangai dia yang macam jimbit.gilo lawak minah sorang ni.nasib baik tak sekelas, kalau tak memang tak belajar aku.
ok, tadi kuiz.first time punya kuiz sejak meninggalkan zaman diploma dulu.haa..memang mengalami kejutan budaya.otak dah lama tak menghafal.sekali pulak banyak benda nak ingat.,memang terkujat la kan.
jadual sem ni nak kata relax tak da relax mana. tapi hampir tiap hari start petang. itu memang best. tapi jadi tak best bila sampai tengah malam.kalau kat rumah tengah meniarap tengok tv, kat sini aku duduk atas meja,pakai baju formal, duduk diam-diam sambil salin nota.kau boleh?
duit?duit aku memang ala kadar.nak kata duit tak da, tipu la.sehinggit pun duit juga kan.kalau rasa nak makan mewah, aku rasa aku kena cari skandal kat sini.kalau tak nak, ikat perut.makan sekali sehari.baru boleh kurus.tapi dah 21 tahun, macam ni juga la aku. setakat ni dua orang abang dengan ayah support aku.segan pulak.dah besar pun nak mintak tolong. tapi serious aku solute kat abang-abang aku tuh.walaupun kitaorang selalu gaduh-gaduh,(bukan gado-gado)diaorang relax je bagi aku duit. tapi macam biasa la, kena warning dulu.kalau membazir, nanti dapat sikit lain kali.walaupun macam tak best, aku angguk je la kepala, kalau tak, berangan la nak duit kan.
persaingan serious hebat.melambak pulak budak-budak genius dalam kelas aku.terasa diri ini kecil walaupun hakikatnya tidak.dalam kelas senyap je..walaupun perangai aku hakikatnya macam adik beradik tiri shayatin..diaorang happening je dalam kelas.active menjawab soalan lecturer.aku?aku hanya menahan mata supaya tak tidur.hahaks
minggu depan ada kuiz lagi oit.2 subjek pulak tu.tolong baca kan untuk aku boleh tak?
lebih kurang la hidup aku sekarang.macam bosan je kan..bukan macam, tapi memang bosan.
Wednesday, October 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment