CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 27, 2010

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

saja nak share untuk diri sendiri.. petua yang sangat bernas bagi aku..

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

1 Malaysia Theme Song

secara jujur aku tak faham sangat dengan konsep 1Malaysia yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia. tapi secara jujur juga aku setuju dengan konsep ni memandangkan ia boleh mengukuhkan lagi perpaduan rakyat malaysia..pelbagai alternative yang dibuat untuk memperkenalkan 1Malaysia ni, kempen, aplikasi dalam kehidupan seharian dan termasuklah penciptaan lagu. aku suka lagu 1malaysia nyanyian faizal tahir, tapi yang paling aku suka lagu 1Malaysia dari student LimKokWing Sound and Music Design Academy..cuba dengar..memang best...



Monday, October 25, 2010

first paper

ok ok ok....done with my first paper...seriuosly, section A agak mencabar.
Section B, aku alhmadulillah dapat jawab,dan Section C buat aku kena berfikir lagi..
apapn secara overall insyaAllah aku boleh buat. Sekarang ni nak focus next paper sebab aku akan dua exam nanti...

go Hidayah!!!! be the best beat the rest!! ;)

Saturday, October 23, 2010

lagu favourite


waktu kecil dulu, aku suka dengar lagu yang sweet dan comel... ;)
dekat tadika banyak lagu kanak-kanak yang aku belajar selaras dengan cara pemikiran seorang kanak-kanak..seriously, memang banyak lagu aku belajar, melayu ada, english pun ada.. antaranya anak nabi kita, burung kenek-kenek, bangau o bangau, banyak lagilah sampai lagu negaraku pun aku belajar. kalau lagu english aku suka lagu ba ba blacksheep,hello how are you, old macdonald serta lagu yang seangkatan dengannya..tapi lagu favourite aku yang paling aku hargai maksud lirik dia adalah lagu i love you..

aku suka lirik lagu ni..simple, pendek, senang nak nyanyi dan punya maksud mendalam :

"I Love You
You Love Me
We Are Happy Family
With A Great Big Hug and
A Kiss from Me to You
Once You Said You Love Me Too..."

Selalu nyanyi lagu ni kat kucing aku..dulu kucing aku nama Ah Seng. Itu lah kucing pertama yang family aku bela..yang kelakar bagi aku, kalau nak nyanyi dekat kucing tu bila orang tak da, sebab aku malu...haha

Wednesday, October 20, 2010

study week...

masuk hari ni dah 5 hari aku duduk rumah sempena minggu cti belajar.. banyak masa berbual dengan ayah, main dengan kucing dan yang paling penting jumpa kawan aku sebelah rumah.. ;P

tapi nasib baik aku bawa buku balik, dapat juga aku study,kalau tak memang aku tak buka buku la. aku akui, kalau dekat rumah memang susah nak study..pengaruh laur senang nak influence aku. nasib baik juga ayah kuat suruh aku buak buku.

bila jumpa kawan aku dekat sebelah rumah, dia mengadu masalah perhubungan dengan kekasih hati. simpati juga aku dengar, tapi apakan daya, aku hanya mampu menjadi pendengar yang setia selain suruh dia berbanyak bersabar..

sesungguhnya aku tak pernah merasai alam percintaan, yang aku faham tentang cinta setakat ini adalah menyusahkan. aku lihat sendiri macammana orang hendak bunuh diri disebabkan kekasih bermain kayu tiga, orang hilang pedoman sebab kekasih tidak melayan dan kawan aku sendiri merana bila kahwin muda dan mempunyai dua orang anak suami pula main kayu tiga..itu semua jelas cinta itu menyusahkan..

dan setakat ini, aku selesa menjadi seorang pelajar, seorang anak dan seorang hamba Allah yang single tanpa ada komitmen yang lain. sejujurnya aku juga ingin disayangi dan menyanyangi tapi mungkin belum pada waktunya. banyak benda aku nak gapai dan semuanya memerlukan komitmen yang tinggi..aku sentiasa berdoa agar aku menjadi insan yang berguna...

Sunday, October 17, 2010

ketenangan

hendak cari sebuah ketenangan bukan sesuatu yang mudah dan bukan sesuatu yang susah.
kalau aku di kolej, ada masa yang ingin aku sendirian, mencari salah silap, kekhilafan dan kekurangan diri. tapi sukar mencari waktu sebegitu kerana tuntutan sebagai seorang pelajar..

berbeza dirumah, aku punya masa untuk mendekatkan diri pada Pencipta,mempunyai ayah yang sudi mendengar keluh kesah ku, serta ibu yang sudi memenuhi seleraku... :D

ketenagan bagi aku, sesuatu yang sukar diungkap. bagi aku, kalau aku bersama kelurga, adalah saat ketenangan bagi aku. gurau senda ayah, abang-abang yang sangat menyayangi aku, k.ngah yang suka memeluk aku..itu semua amat berharga bagi aku..kadang-kadang aku impikan sesuatu yang diluar kemampuan aku, tapi aku sedar, kesederhanaan akan lebih membuat aku menghargai segala yang ada disekeliling aku.

semalam bila menjejak kaki dirumah, suatu perasaan yang sangat gembira berlagu dalam hati. tapi itulah perasaan yang akan aku alami setiap kali sampai depan pintu rumah, sejak aku berjauhan dari ayah...perasaan bertambah seronok bila lihat nenek, abang dengan kakak ipar serta keluarga yang lain menyambut aku pulang..

dan semalam juga aku terima berita gembira bila abang aku cakap dia bakal menjadi seorang ayah..sesungguhnya aku turut gembira dan teruja..

aku bersyukur punya keluarga yang bahagia dan sentiasa bersederhana..doa aku, agar aku juga punya keluarga dan punya zuriat soleh dan solehah, dan yang paling penting silaturrahim antara kami sentiasa erat...amin.. ;)

Friday, October 15, 2010

hahahaks!!!!

aku gembira hari ni, syukur dengan nikmat yang diberi. hari ni madam belanja kek coklat, makan dengan group aku dengan group lain memang best. dah lama tak rasa suasana macam ni.

besok is my last comment test. harap dapat buat yang terbaik.. ;)
besok juga aku balik untuk study week..tak lama lagi nak final.
tak sabar nak jumpa ayah!!!

Sunday, October 10, 2010

baru abis test kejap tadi...ok, alhamadullilah dapat buat, walau satu dua soalan kena hentam sikit..

semalam telefon ayah, dah lama tak dengar suara ayah..hilang rindu..semalam sibuk menyibukkan diri dengan membaca buku, biar tiada ruang kat fikiran aku fikir benda sedih. sakit nak cakp, sebab semalam tarikh keramat yang terbukti dia bukan untuk aku. sedih jangan cakap, tuhan yang tahu..tapi aku pegang prinsip, Allah tahu apa yang terbaik untuk aku..

lepas ni nak sambung tido since semalam tidur lambat. petang nak kemas bilik dengan athirah saadun dan fadz, merangkap kawan bilik aku..lepastu, nak sambung study untuk test account besok..harap-harap aku dapat buat besok.

amin.... ;)

Friday, October 8, 2010

alhamdulillah...aku dah baik semula dengan member aku. walaupun aku yang kena mulakan dulu, aku tak kisah dari aku bermasam muka, sedangkan banyak benda kitaorang dah lalui. aku akui semua orang ada kelemahan, termasuk aku.
sekarang satu benda saja dalam fikiran aku, kalau aku rasa aku tak boleh nak terima gurauan diaoramg, being silent is the best solution. dari aku selisih faham diam itu lebih baik..

dan sekarang, satu lagi benda yang sentiasa bermain kat fikiran aku ialah final exam. sesungguhnya aku takut sangat sem ni, since this would be my final year..harap yang terbaik dari Allah..

dan mulai dari besok hingga next week, aku akan sibuk dengan comment test. jadi hidup aku lepas ni ialah study, study, study....

go hidayah!!! you can do it! ;)

Wednesday, October 6, 2010

kadang-kadang aku pikir aku nih memang tak tau jaga perasaan orang ke, terlalu pentingkan diri ke atau aku ni memang tak da perasaan? aku tau kalau aku mengadu pasal orang lain, aku yakin lagi ramai orang mengutuk aku juga.

hari ni dalam masa tiga tahun aku belajar kat sini, first time aku rasa aku cakap lepas dekat kawan aku baik aku sendiri. masalahnya aku memang tak reti nak konrol marah. dan aku tau tadi dia cukup bengang dengan aku. tapi perbuatan diaorang tak reti nak cuba paham aku cukup buat aku fed up dengan diaorang tadi. permintaan aku bukannya besar, cuma mintak duduk kejap sebab aku penat berlari dari blok asrama ke deparment, aku baru sampai ajak lagi turun tangga. aku penat dan mintak duduk, sampai hati diaorang suruh juga turun bawah. apa salah kasi aku rest kejap?
kat bawah semua sit basah sebab hujan, sedang aku betul-betul rasa nak duduk. dan aku tak da mood nak belajar hari ni, jadi aku decide nak ponteng. bukan sengaja nak ponteng, tapi keadaan sekeliling yang buat aku jadi macam ni. aku tau dioarang nak larang aku ponteng, sesungguhnya aku amat menghargainya tapi diaorang memerli aku.
bukan cara aku untuk perli orang. maaf kepada kawan aku yang aku juga marahkan kau. kau try nasihatkan aku, tapi aku tak boleh terima nasihat kau kerana kau turut buat kesalahan yang sama macam aku.

kalau ikutkan isu ni pun tak besar. cuma aku suka pandang serious sesuatu benda. dan aku perasan lately ni aku cepat hemo. air mata senang saja turun..
aku tak tau besok apa persepsi diaorang bila jumpa aku. mungkin benci, mungkin meluat atau mungkin putus kawan?

sesungguhnya aku rindu sahabat baik aku dekat Tampin, diaorang saja yang memahami aku...

Tuesday, October 5, 2010

dah lama tak tulis blog..rindu sangat...
tapi lepas balik cuti raya, banyak asingment, quiz dan test! sampai sekarang masih banyak.

hari yang aku lalui dalam masa 2 minggu ni betul-betul mencabar mental dan fizikal aku.
berhari-hari tidur lambat, bangun awal, kerja yang banyak..badan aku sejak akhir-akhir ni cepat lesu. aku naik stress belajar sekarang.

presentation business plan dah habis. alhamdullilah aku puas hati,hampir satu sem aku kerah tenaga dan idea untuk subjek nih.macam-macam benda, sampai give up. sekarang nak buat report. besok ada kelas lagi..lusa ada quiz. minggu depan ada test.aduh,,,bukan mengeluh tapi aku sekarang cepat letih..

tapi bila aku pikir aku dah sem akhir, mungkin ini yang perlu aku hadapi dulu. sem akhir memang sibuk..

2 hari lepas aku ke Shah Alam. Lepas rindu aku dekat cik Jee.dulu dia jadi jiran aku, anak-anak dia baik ngan aku. nana anak dia yang ke2 iras rupa aku.tapi hari tu dia tak da. tapi seronok gila sebab jumpa member aku yang lain kat sana. 2 hari spent masa kat situ memang best..rasa macam aku duk kat tampin pulak..
pergi jalan-jalan, gather ramai-ramai, sangat seronok!

sekarang sibuk dengan class ngan asimen..aku cuma kena tahan berapa hari saja lagi untuk tunggu study week. mungkin masa tuh aku dapat rehat...