masuk hari ni dah 5 hari aku duduk rumah sempena minggu cti belajar.. banyak masa berbual dengan ayah, main dengan kucing dan yang paling penting jumpa kawan aku sebelah rumah.. ;P
tapi nasib baik aku bawa buku balik, dapat juga aku study,kalau tak memang aku tak buka buku la. aku akui, kalau dekat rumah memang susah nak study..pengaruh laur senang nak influence aku. nasib baik juga ayah kuat suruh aku buak buku.
bila jumpa kawan aku dekat sebelah rumah, dia mengadu masalah perhubungan dengan kekasih hati. simpati juga aku dengar, tapi apakan daya, aku hanya mampu menjadi pendengar yang setia selain suruh dia berbanyak bersabar..
sesungguhnya aku tak pernah merasai alam percintaan, yang aku faham tentang cinta setakat ini adalah menyusahkan. aku lihat sendiri macammana orang hendak bunuh diri disebabkan kekasih bermain kayu tiga, orang hilang pedoman sebab kekasih tidak melayan dan kawan aku sendiri merana bila kahwin muda dan mempunyai dua orang anak suami pula main kayu tiga..itu semua jelas cinta itu menyusahkan..
dan setakat ini, aku selesa menjadi seorang pelajar, seorang anak dan seorang hamba Allah yang single tanpa ada komitmen yang lain. sejujurnya aku juga ingin disayangi dan menyanyangi tapi mungkin belum pada waktunya. banyak benda aku nak gapai dan semuanya memerlukan komitmen yang tinggi..aku sentiasa berdoa agar aku menjadi insan yang berguna...
Wednesday, October 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment