CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 30, 2010

cuba


Pagi tadi aku mulakan hari aku dengan menjawab final exam paper CSC 134, selama 2 jam. Dr 8:30 pg sampai 10:30 pagi. BIasalah, ada soalan susah, ada soalan senang. Tapi macam biasa, bila tak tahu, aku hentam. Mana tau, kot-kot betul.. haha

Aku tanya member sebelah pun cakap susah..tapi ok lagi dia cakap.. Cuma agak terkejut tadi, bila section B tak de soalan yang sama macam past sem. itu yang mengalami kejutan budaya bila jawab exam tadi..

Tapi, walau apa pun aku beserah kepada Allah. Aku yakin aku dah berusaha, dan kini bertawakal kepadaNya..

Tuesday, April 27, 2010

Senyuman itu lukisan jiwa


hahahai....

Pagi ni aku senyum sorang-sorang. Budak bilik aku pun confuse. Bila diorang tanya, aku cakap tak de apa-apa, diaorang tak percaya..hm..aku sendiri pun tidak tahu kenapa..

Perasaan merupakan perkara subjektif. Kekadang susah nak diungkap, tapi diterangkan melalui cara ekspresi kita. Macam aku pagi ni, tetiba berasa happy tanpa sebab, jadi aku senyum. Pernah dengar pepatah bekas penjajah negara kita:"Sometime, actions speaks louder than words"? haha..inilah yang aku alami.

Bukan aku nak merapu, tapi aku ingin berkongsi dengan semua mengenai falsafah yang ayah aku terapkan kepada adik-beradik aku mengenai senyum. Ayah aku cakap sambil menunjukkan gigi dia yang agak putih-kuning: "Senyum itu lukisan jiwa". Abang aku yang ketiga sedikit membantah. Katanya, yang tidak matang ketika itu, "tak lah ayah, senyum itu sedekah. aritu ustazah baru je cakap." Sambil senyum, ayah terangkan, bahawa senyum itu memang sedekah,dan itu tidak salah. Tapi, senyum itu juga cara kita menerangkan perasaan jiwa kita ketika itu. Aku yang masih kecil hanya mengangguk faham, walau ketika itutidak la nak berapa faham. Bila makin membesar, dari segi fizikal dan mental, aku sudah mulai betul-betul faham. Kata ayah memang benar, kerana bila aku seronok aku akan senyum, bila aku sedih, aku menangis. Seronok dan sedih itu, adalah perasaan dalam jiwa, dan ia merupakan corak yang akan wujud dalam setiap diri manusia. Dan corak itulah yang menentukan seseorang individu itu manusia normal atau tidak.

Bagi aku, bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman, tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah kita. Hati mana yang tidak tenang, apabila sedang dalam kekusutan kita masih lagi boleh tersenyum kepada rakan-rakan. Senyuman itu adalah sebuah ciptaan yang paling indah yang Allah pernah ciptakan, malahan senyuman juga adalah kuntuman-kuntuman indah yang sentiasa Rasulullah persembahkan.

Teladanilah Junjungan kita, Nabi Muhammad(S.A.W)
Para sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah s.a.w yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan tentang betapa indahnya senyuman Rasulullah ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, “Rasullullah s.aw tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya). Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Jadi...senyum selalu..

Monday, April 26, 2010

dimana nilai seorang wanita?


Mayat wanita ditemui di perangkap sampah


2010/04/25

TANGKAK: Mayat seorang wanita yang hanya bercoli hitam ditemui terapung di perangkap sampah di Sungai Tangkak, Kampung Sri Maamor, dekat sini, kelmarin.

Mayat Hasnah Amat Taslim, 43, yang juga penduduk kampung itu ditemui oleh lelaki yang sedang mengutip botol di tepi sungai berkenaan kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Wanita berkenaan dipercayai dipercayai kurang siuman.

-sumber: berita harian online-

Astaghfirullahala'zim..

Seorang lagi wanita muslim mati tanpa pembelaan. matinya dalam keadaan menyayat hati. lebih menyedihkan dia seorang yang memerlukan perhatian keranan penyakitnya. mana anak-anak yang sepatut memberi perhatian kepadanya? mana suami yang patut yang memliharanya? aku juga seorang wanita. aku sayu melihat kaum ku sendiri mati begitu sahaja.

Hari ini, wanita mudah dieksploitasi. wanita juga mudah dipergunakan. mana nilai seorang wanita yang harus dibela?. Sesungguhnya nabi amat menyayangi kaum wanita. kenapa tidak lelaki pada hari ini.
kadang-kadang terpikir juga, mana silapnya bila seorang wanita menjadi pelacur, seorang wanita menjadi pengedar dadah, seorang wanita membuang anak di tepi jalan dan seorang wanita menjadi seorang pembunuh?

Aku akui takut menghadapi hari yang mendatang bila dunia makin maju, hukum dan syariat agama ditinggalkan. kalau dikaji situasi pada hari ini, hukum dunia lebih diamalkan dari hukum agama Islam yang telah ditetapkan. malangnya, keadaan semakin bertambah buruk.

Jika dulu, ketika zaman jahiliah, memang kaum wanita dipandang hina. tetapi, tibanya Nurul Islam, wanita diberikan perlindungan. kenapa pada hari ini wanita dipermain-mainkan?

Aku yakin, Allah sentiasa bersama kita, jika kita sentiasa mengingatinya. sesungguhnya, solat lima waktu tiang agama. Tanpa tiang, robohlah rumah. Begitu juga diri ini. Moga hidup kita sentiasa dilindungi dan diberkati. Amin..

Sunday, April 25, 2010

best moment


pagi yang ceria, indah dan damai. syukur ke hadrat Allah, aku masih di beri nafas unttuk menjalankan tugas aku sebagai hambaNya di dunia, diberi kesempatan untuk menikmati alam dunia yang sementara, di beri masa untk mengulangkaji pelajaran(tengah final exam) dan di beri peluang untuk menulis di ruangan blog ini..

haha..semalam tiba-tiba teringat kenangan zaman sekolah menengah dulu. masa tu aku tingakatan tiga. masa tu sangat best sebab kawan-kawan yang sangat sporting dan understanding.. keletah mereka membuatkan hari-hari yang aku lalui sangat indah..penuh dengan gelak ketawa, bergosip dikalangan pelajar perempuan dan membuli pelajar lelaki(budak lelaki sikit sangat).,walaupun sebenarnya tahun itu kami akan menduduki PMR..

teringatkan keletah setiap orang, aku terpanggil untuk membuat "jahat". aku taggkan setiap orang yang masih aku kenal di sekeping gambar kartun sapi(lembu) di laman facebook. haha..kartun sapi tu sangat comel..dan bermacam-macam komen yang aku terima. ada yang kata aku ni tak berubah perangai sebab suka kenakan orang, ada yang kata aku ni kelakar dan ada yang suka sebab kartun sapi yang ditaggkan gambarnya sangat comel. aduhai kawan,, percayalah, siapa pun diri kamu aku menerimamu seadanya. bukan sehari dua kita berkawan, dari sekolah rendah hingga ke tingkatan lima. kau mengenali aku, aku juga mengenalimu. banyak rahsia antara kita, kita simpan bersama.

dulu, sewaktu di tingkatan tiga, semua pelajar berbangsa Melayu. sebab aku berada di aliran agama. budak lelaki enam orang sahaja, yang perempuan pulak 24 orang. mana tak kena buli budak lelaki. haha..masa tu aku dilantik menjadi penolong ketua kelas, manakala Alif Nazrul yang aku panggil cik alif jadi ketua kelas. Kelas kitaorang masa tuh sangat besar, dan itu adalah salah satu advantage kepada kami. ustazah masura selaku guru kelas, selalu mementingkan kebersihan. dia mengamanahkan aku dan juga cik alif untuk memastikan kelas mesti sentiasa bersih dan ceria.. katanya dengan nada lembut: "kalau kita belajar dalam suasana yang bersih dan ceria, ilmu itu mudah didatangi". aku mengakui yang kadang-kadang aku seorang yang sangat tegas. sebab itu, kawan-kawan aku akan memberi "kerjasama" bila aku memberi arahan untuk melaksanakan tugasan terhadap kebersihan dan keceriaan kelas. aku ingat lagi kata-kata Ridhwan, budak lelaki yang sangat kelakar, sedikit nakal tetapi baik, "baik buek copek, kung mulut si hidayah tu bising. bingit telingo kung",bercakap dalam nada negeri sembilan.

haha,,sory kawan. aku terpaksa bertegas. aku diberi tanggungjawab, tugas aku melaksanakannya. sesungguhnya aku takut dipersoal kelak kenapa aku tidak menjalankan tanggungjawanku. hasil kerjasama ditahap maksima dari kawan semua, kelas aku berjaya menggondol kelas paling ceria sepanjang tahun 2005 itu kerana menjuari lebih 8 kali gelaran kelas paling bersih dan ceria. tiba-tiba aku teringat diniy zakwan..hoho, ini budak unpredictable. kejap-kejap mood beliau ok, kejap-kejap tidak..=) yelah, budak asrama, mana cukup tidur. tapi, majoriti kawan-kawan kelas aku budak asrama,tapi tidaklah seperti dia..itu terdapat sedikit kemusykilan..berbalik kisah dia, kami semua sangat risau apabila Diniy tidak datang sekolah lebih tiga hari..rupa-rupanya, dia patah tangan sebelah kanan, dan tulang bahunya terkeluar sedikit disebabkan bermain rugby. dia bercuti selama lebih dua bulan dan kami agak risau memandangkan trial PMR makin hampir..tapi dia bijak mengatur masa apabila waktu bercuti itu dia belajar bersama ayahnya yang seorang guru dan belajar menulis menggunakan tangan kiri.

namun, apa yang palik menarik masa tingakatan tiga ialah apabila guru kelas kami, usazah mastura dikatakan hangat bercinta dengan seorang ustaz kami..ustaz tuh nama dia ustaz Abi Sarwan. biasalah, mula-mula tanya tidak mengaku, tetapi akhirya kantoi bila nampak mereka suka pergi makan bersama(macam artis pulak)..tidak terlampau terkejut bila ustazah dan ustaz menampal kad undangan perkahwinan mereka dan mengundang satu sekolah memeriahkan majlis. dengan tema warna merah maroon, ramai warga sekolah yang datang, terutamanya budak-budak kelas aku. mereka diberi perlepasan khas dari warden asrama kerana warden tu pun cikgu sekolah tu juga.. memang seronok melihat orang membina masjid..doa kami pada hari yang berbahgia itu, moga Allah kekalkan kebahagiaan rumah tangga mereka dan pertemukan mereka didalam syurga...

dan buat bekas kawan-kawan 3 Agama 1 '05..terima kasih kerana telah megukirkan sejarah yang sangat indah yang tidak mungkin dapat diulang..=)

"TERIMA KASIH"


Kadang-kadang ucapan "terima kasih" itu susah dilafazkan, walau hanya perlu menggunakan satu nafas dan satu denyutan yang dikurniakan oleh Pencipta. Dan kadang-kadang, "terima kasih" itu diucapkan tanpa rasa ikhlas, tapi sekadar cukup syarat..

teringat zaman kanak-kanak, di mana ayah sangat mementingkan ucapan "terima kasih".
Pesan ayah, walau diberi sebuah senyuman, ucapkanlah "terima kasih", kerana sesungguhnya orang yang memberi senyuman itu sedang melakukan kebaikan.

Pesan ayah lagi, ucapan "terima kasih" lagi bermanfaat jika diberikan kepada orang yang membuat jasa kepada kita..terutamanya guru. Yang pasti, kita akan lebih dihargai jika di ucapkan "terima kasih" atas perkara yang kita lakukan.

Teringat zaman persekolahan, bila ustazah menggalakkan amalan mengucapkan "terima kasih". Kata ustazah, apabila kita mengucapkan "terima kasih", orang itu akan lebih kerap membantu kita kerana penghargaan yang kita berikan kepada mereka.



Di atas kesempatan ini, aku ingin mengucapkan "terima kasih" kepada ayah yang sudi membesarkan aku seorang diri.
"terima kasih" kepada arwah emak yang sudi melahirkan aku walau aku bersamanya hanya untuk dua tahun.
"terima kasih" kepada ibu tiri yang sudi memberi kasih sayang seorang ibu kepadaku.
"terima kasih" kepada abang-abang dan juga kakak yang sudi mengajar aku hidup berdikari tanpa kasih sayang seorang ibu.
"terima kasih" kepada semua guru-guru yang sudi memberi ilmu dunia dan akhirat, agar aku menjadi khalifah yang berjaya.
dan..
"terima kasih" buat semua sahabat yang sudi mewarnai hidup aku..