CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 29, 2010

Menghitung hari..

hahaha.....tak sabar nak blaik rumah..
nak berpuasa ngan family dan sekaligus menyambut raya...
minggu depan hari sabtu aku balik rumah..serious, tak sabar sangat..

Tapi nak sepanjang nak tunggu minggu depan,aku kena tempuh test dengan assingment..
Test pulak besok...tapi belum habis study lg..argh!!! takut giler nih.

Tapi semangat raya aku membara. Apa-apa hal pun aku kena tempuh juga..seperti serikandi melayu...harap yang terbaik...
=)

Friday, August 27, 2010

Sekarang ni baru lepas study..besok kuiz..

Aku naik takut tengok business plan group lain bergerak. Group aku bergerak juga, tapi belum start make the report.Lecturer dah mintak pulak,,haish..bila lah boleh siap ni?

Minggu ni aku dapat satu ilmu baru. Iaitu ILUMINATI. apa tuh?
Kata lecturer aku, itu adalah message disebalik lagu mahupun cerita dari artis barat.
kalau kita tak menghayati setiap lagu mahupun cerita, kita tak sedar bahawa orang barat sedang menyesatkan iman kita. dan kita dengan tidak sengaja membaitkan setiap bait lagu yang sebenarnya boleh menyesatkan kita.Malangnya, artis Malaysia juga melakukan benda yang sama tanpa sedar.Paling ketara ketika ANugerah juara Lagu awal tahun 2010..

Topik ni semakin hangat diperkatakan. Dan menurut lecturer aku, pada awal 80an kes ini diambil berat oleh government malaysia.Tapi, lepastu, terus senyap..
Menurutnya lagi, di barat ada agnesi/syarikat jurutera lagu yang bertanggungjawab hal ini. Mereka mempergunakan artis naungan mereka untuk menyebarkan iluminati ini.Dan yang menariknya, artis yang makin dikanali, diminati dan mempunyai pengikut yang ramai iaitu Lady GAga adalah salah satu medium pihak syarikat tersebut..
ALhamdullillah, ramai umat islam mula sedar banyak lagu nyanyian beliau seperti pocker face adalah lagu pemujaan matahari.Dan terbaru lagu ALejandro juga sebenarnya adalah nama tuhan anutan orang kafir..

banyak lagi informasi terkini mengenai iluminati. Di facebook, blog dan jga youtube,menyediakan maklumat mengenai iluminati ini..salah satu nya http://mistisfiles.blogspot.com...

Semoga kita terlindung dari tipu daya muslihat...

Sunday, August 22, 2010

lama dah tak menulis..rindu pulak..=)

Semalam dalam pukul 4 petang aku dengan budak bilik pergi Jalan TAR, untuk shopping raya.haha..dapat juga aku beli sepasang baju kurung pahang.Harga dia MasyaAllah, murah..aku dapat RM50 shj..

Lepas tu aku ingat nak cari baju lagi, tapi tak tau nak cari baju apa. BIla fikir kat umah baju yang baru tempah dah siap,membazir pulak kalau beli lagi. bersederhana kan lagi bagus..

Shopping punya shopping, dah nak berbuka, baru perasan semua kedai makan kat situ dah penuh,.So kitaorang amik keputusan buka puasa dengan minum air kat REstoran Bilal yang berhampiran dekat situ. Huh,,nasib baik aku minum air je..itupun dah mahal.AKu minum air tembikai cawan biasa tu pun RM3.50..haish, mencekik darah gak nya..

Lepas tu sambung shopping balik..sambil tuh makan fishball..nyam..nyam,memang sedap..
nak dekat pukul 10 br balik..penat nye ALlah je tahu.

rindu aku nak shopping dengan ayah.Ayah je faham taste aku. ANd ayah seorang yang pandai bagi pendapat,apa yang patut aku pakai atau tidak..
aku ingat nak ajak ayah shopping raya bila aku balik nanti...tak sabar..

Wednesday, August 18, 2010

kesian kat aku nih...

Kerja banyak, ada kuiz lagi, kelas malam lagi..tak tahu nak buat yang mana satu dulu.
Aku rindu zaman masa lekang aku,,i'm free..tido dan tido sahaja.Sesungguhnya aku amat merindui masa itu...=)

Kejap lagi ada kelas..malam ada buat study group..bila boleh rehat? sekarang?
Jadi, sekarang juga aku nak tido...nak charge battery...
Sweet dream...

Saturday, August 14, 2010

home sweet home

finally, sampai juga aku dekat rumah..walaupun penat lebih 4 jam journey, tapi aku rasa puas hati sangat dapat balik rumah.

rindu nak berpuasa dengan family, teruama sekali dengan ayah terubat akhirnya...syahdu rasanya =)habis tarawih lepak-lapak dengan ayah, cerita macam-macam sepanjang 2 bulan aku tak balik, aku share dengan ayah..sekali lagi rindu kat ayah terubat...

tapi pada masa yang sama, rasa bersalah pada anak buah aku. aku lupa dah janji nak balik dengan dia, dan sepupu yang lain, tapi last-last semalam aku pulak balik tak bagi tahu diaorang.Serius aku tak ingat.aku da minta sorry, dan dia kata ok..tapi aku tetap rasa bersalah, kalau aku pun mesti marah...=(

aku harap aku tak buat macam tuh lagi..lagi-lagi bulan mulia ni, takkan nak buat orang marah kat aku..

hamm..besok dah nak balik kolej..malasnya, rasa nak cuti lama lagi..belum puas lagi buka puasa masakan ibu...

Tuesday, August 10, 2010

ramadhan al-mubarak

alhamdulillah...jumpa lagi aku puasa ramadhan tahun ni. tadi, aku juga sempat tunaikan solat tarawih dengan kengkawan kat masjid., sejuk pulak hati..tenang..

tapi pada masa yang sama, rindu sangat dekat rumah. suasana di taman indah dan penduduk taman ku yang sangat meriah menyambut bulan mulia ni. Setahu aku, majoriti orang-orang Negeri Sembilan menyambut ramadhan penuh grand...malah kelurga aku serta jiran tetangga aku. Memasak rendang, lemang, kuih-muih dan bertukar-tukar juadah sememangnya perkara wajib dibuat oleh kaum ibu. ibu aku pun selalunya involve sekali.=)

bila malam, time tarawih..rumah-rumah dinyalakan lampu, geng-geng ibu berjalan beriringan ke surau untuk bertarawih, bila balik pun berjalan kaki..tak kurang juga budak-budak yang sibuk naik basikal ke surau..dan kaum ayah tumpang motor sesama sendiri..oh,,sangat seronok. Tapi, tahun ni puasa jatuh time kelas..tak cuti pulak.
bila la boleh puasa dengan ayah ni...

walau apa pun, Selamat datang Ramadhan. sesungguhnya setiap hela nafasku hanya mencari keberkatan dalam bulan mulia ni..

Sunday, August 8, 2010

hndphone and camera

fuh!! semalam memang penat pergi berjalan. berjalan dan shopping..dalam erti kata lan menghabiskan duit..

semalam seribu lebih duit aku habis. aku beli handphone dan camera baru..habis duit aku. kalau ikutkan aku hanya nak beli camera, tapi hari tu hanphone aku rosak,nak baikkan rasa baik beli baru. lagipun selama ni aku tak pernah beli hp sndri, sumenya guna abang atau kakak punya. tengok duit habis mcm tu je, sedih juga. tapi. at least aku nampak mana duit aku tu pergi...

mulai sekarang kena start simpan duit balik..nnt, nak guna susah..haish..
kenapalah segalanya duit???

Thursday, August 5, 2010

internal pratical

Hari ni hari pertama aku buat internal practical..dapat pulak dekat bahgian rekod pelajar. Nasib baik aku kena dengan member lama aku waktu sem satu dulu.Aziera Abdul Latif. Kelakar pun ada juga, banyak cakap dari kerja.

Mula-mula memang macam tak da kerja. Tapi bila dah nak dekat pukul 11 dah dapat kerja.Semak susunan rekod pelajar ikut course, semak nama anak yatim,..jawab call ada juga. Paling kelakar dan menarik bila aku ngan zira kena cari alamat budak yang lecturer dari department OM untuk bagi warning letter..lagi kelakar bila ada budak yang aku kenal..haha ;)

Part yang paling menarik bagi aku, bila first time kitaorang belajar guna machine photostate. Bila orang takde, kitaorang guan mesin tuh...

Tapi practical ni buat aku penat sikit,sebab aku kena bangun lebih awal dari yang biasa..harap-harap aku gain something dari internal practical nih...

Tuesday, August 3, 2010

apa sudah jadi?

Aku try jadi sesilent mungkin di dalam kelas..Tapi aku tak boleh hipokrit..
aku memang banyak cakap..

Apa sudah jadi? ingatkan nak kurangkan bercakap..tapi member baru aku ni pulak satu kepala..haish..tapi, nasib baik aku bila belajar boleh diam..

anyone can solve my problem yang talkative nih??
tapi, aku akan senyap tak keluar suara kalau aku layan novel..lebih-lebih lagi dari nukilan Ramlee Awang Murshid..time tuh, orang mesti ingat aku tak de...
tapi, dalam kelas takkan nak baca novel?
confuse..confuse...