hahai..
Apa lagi nak dikata, aku sangat bosan. Bila aku cakap dekat ayah, ayah cakap; "kau tak pandai nak isi masa lapang, itu sebab rasa bosan". Abang aku yang nombor 4 pula cakap; " kau pegilah buat exercise, nanti kau bertambah besar asik duduk rumah 24 jam cuti 2 bulan ni". Hmm, bila aku pikir balik, memang betul apa yang diaorang cakap. Tapi, ada something yang aku rasa aku nak buat sangat waktu cuti ni, tapi aku tak tau apa bendanya tuh..
Jadi, pagi tadi aku sudah planning beberapa perkara yang aku akan buat untuk 2 - 3 hari ni, selain mengemas rumah setiap hari.
Besok petang, aku akan ke Tampin Shopping untuk membeli barang membuat kek.
Hari Isnin, aku akan membuat salah satu kek kegemaran aku iaitu kek gula hangus. Sebab aku nak buat kek ini, first dah lama sangat aku tidak makan kek ni, second kos nya yang sangat ekonomik, and third, masa yang mengambil kurang 2 jam.
Hari Selasa, aku akan mandikan kucing aku yang sangat comel.
Hari Rabu, aku akan iron semua baju kerja abang aku.
Hari Khamis,aku akan fikir apa yang aku akan buat untuk penuhkan cuti aku dengan perkara yang bermanfaat..itu yang paling penting sebenarnya. Memanfaatkan masa yang diberi...
0 comments:
Post a Comment