Tahun 1993
kelihatan ratusan orang memeriahkan majlis kenduri kahwin di pihak rumah pengantin. kehadiran sanak saudara,rakan taulan serta jiran tetangga membuatkan majlis yang sederhana begitu meriah di Taman Indah. di satu sudut sebelah rumah pengantin terlihat beberpa orang kanak-kanak sedang berkumpul dan bergurau senda..
"dekyah meh sini, jangan kacau orang nak makan!".dengan tegas ijat memanggil adiknya.
"hah, panggil si afiq tuh sekali main sekali kat sini!", sambung seorang kanak-kanak yang duduk di sebelah ijat..
"hah, pe kata kita main kawin-kawin?" ijat berkata riang.
"OK!", yang lain bersorak. termasuk dekyah dan afiq.
"dekyah pengantin pompuan, afiq pengantin lelaki, ok?" kata ijat sambil memandang mereka..dan kerana terlalu kecil mereka bersetuju dengan cadangan yang diberikan.
"sekarang, afiq kena cium dekyah dulu". ijat memberi arahan..
cup! dekyah menerima sebuah kucupan kecil. dan mereka yang lain bersorak gembira..
"sekarang giliran dekyah pula cium afiq", kata budak yang duduk sebelah ijat.
cup! giliran afiq pula mendapat sebuah kucupan..dan sekali lagi mereka bersorak.
"mulai hari ini, korang dah jadi suami isteri!", kata adin yang merupakan adik si ijat..
"yeay!!!! sekumpulan kanak-kanak tadi bersorak lagi.
dekyah merupakan penduduk tetap diTaman Indah, manakala afiq merupakan cucu kepada jiran sebelah rumahnya. afiq menetap di kuala lumpur dan sebulan sekali atau pada cuti sekolah dia akan pulang ke kampungnya di taman indah.dan setiap berkali bercuti afiq,abang dan kedua-dua adiknya akan bermain bersama ijat, adin dan dekyah yang juga merupakan adik-beradik..
masa terus berlalu, dan dekyah meneruskan hidup dengan mencipta kenangannya tersendiri.membesar sebagai seorang gadis yang berbadan besar dan juga mempunyai impian dan tanggungjawab yang besar. manakal afiq membesar sebagai seorang anak muda yang segak dan menariknya dia kelihatan seperti seorang lelaki cina..dan setiap kali afiq pulang ke kampung,ijat dan adin selalu mengusik dekyah dengan mengantakan:
"hah dekyah suka la tuh, laki (suami) dia dah balik"..dan setiap kali afiq dan dekyah berjumpa, mereka akan mengejek satu sama lain..
"dekyah gemok!" kata afiq sambil tersenyum nakal.
"afiq apek!" kata dekyah dengan nada geram.
yang peliknya, itu lah sahaja yang akan dikatakan oleh mereka setiap kali berjumpa sepanjang pembesaran mereka..tiada salam, tiada senyuman dan tiada kemesraan. dan bila semakin meningkat remaja ada sifat malu yang wujud diantara mereka. tiada lagi ejekan dan tiada lagi senyum sinis..yang akan mereka katakan:
"dekyah, ko makan apa? sihatnya..."kata afiq
"afiq, ko ni memang anak cina eh?" kata dekyah pula..dan sekali lagi, itu sahaja yang diperkatakan oleh mereka apabila berjumpa.dan mereka semakin renggang bila afiq jarang-jarang pulang ke kampung, kerana menghadiri kelas tambahan dan kadang-kadang kerana kesibukan ayahnya. tetapi dekyah selalu menerima perkembangan pasal afiq dan adik-beradik dari neneknya..
Tahun 2010
5 November 2010, 10 a.m.
sewaktu dekyah pulang ke rumah kerana ayahnya hendak menunaikan haji,dia berjumpa sekali lagi dengan afiq..tapi hanya ucapan "oit" dari mulut dekyah dan menerima ucapan yang sama dari afiq..itu sahaja ucapan mereka sebagai tanda bertegur sapa..
16 November 2010, 11 p.m.(sehari sebelum hari raya aidiladha)
tit..tit..mesej masuk dari telefon bimbit aku...
"dekyah, cucu nenek sebelah, apek dah meninggal dunia tadi"
innalillahhi wainna ilaihi rojiun..., aku terkedu membaca mesej tersebut. betul-betul terkejut..aku terus menghubungi Nisa si penghantar mesej. Kata Nisa, arwah accident hari ahad minggu lepas dan koma. selepas beberapa hari arwah meninggal..
dan pagi tadi sempat aku berbual dengan kak sara, mak saudara arwah mengenai afiq. kata kak sara, sewaktu accident bahagian yang dipandu arwah remuk dan mengikut kata rakan arwah yang terbabit dengan kemalangan, arwah masih sedar dan sempat menyuruh sahabat yang lain menyelamatkan diri, dan dalam beberapa saat arwah pengsan di dalam kereta..
sesungguhnya aku tak percaya..dan aku tak sangka itu pertemuan terakhir aku dengan arwah..tiada sempat ucapan maaf dan ucapan perpisahan untuk selamanya..hanya ucapan "oit" yang aku berikan padanya..sungguh aku terkilan..
afiq bukan sahaja rakan sepermainan sewaktu kecil malah dia selalu dianggap sebagai "suami" aku sebab pernah berkahwin denggannya sewaktu kecil..;(
pemergian afiq buat aku tersentuh..dan aku sentiasa teringat kenangan yang tercipta antara aku dengan arwah..dan pemergian arwah ibarat pemergian seorang sahabat sejati..
moga arwah afiq ditempatkan orang yang beriman..amin...
0 comments:
Post a Comment