CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 14, 2010

akhirnya, aku sudah tamat pengajian diploma dalam bidang Pengurusan Teknologi dan Pejabat atau lebih dikenali sebagai Office Management di kolej yang orang tak berapa familiar @ popular iaitu UNIKOP...tapi aku tak kisah sebab yang penting kolej tu under UiTM.

Semalam menjadi saksi aku dah habis study dekat Unikop..sedih nya aku minggu akhir exam hari tu. sebab aku tau aku akan berpisah dengan budak bilik aku yang happening..aku akan merindui segala kenangan dalam bilik tuh...block c, unit 18-1, bilik 5 katil 2..disitulah aku menetap sepanjang 2 tahun setengah aku study disana.
dan yang paling aku sebak sebab nak berpisah dengan rakan seperjuangan aku. pergi kelas, lunch, buat assingment, malah memonteng pun sama-sama. Mana mungkin aku lupakan semua tu.

Kolej UNIKOP,fasa 2 Taman Koperasi Polis..disitu juga aku mula mengenal dunia luar tanpa ayah disisi. semuanya dilakukan sendiri..disitu juga aku mula membiasakan diri di dunia baru.

sepanjang 5 sem ni banyak benda aku belajar..ilmu, persahabatan, kecekalan dan disiplin. darisem 1 sampai sem 4 aku sentiasa bertukar kelas, dan yang paling kelakar sebab mengikut turutan. Sem 1 kelas A, sem 2 kelas B, sem 3 kelas C, sem 4 kelas D. nasib baik sem 5 naik kelas A balik..apa-apa pun turutan kelas bukanlah ukuran. Aku sedar banyak hikmah aku bertukar-bertukar kelas..yang paling ketara, hampir semua budak batch aku yang sama course menjadi kenalan aku..dan ramai lecturer menjadi guru aku... ;)

naik turun result menjadi lumrah setiap semua pelajar dan begitu juga aku. kat sana juga macam-macam orang aku jumpa, dan terbukti ia bukan sesuatu yang senang untuk mendapatkan kerjasama..namun lecturer yang banyak bagi semangat. sebut pasal lecturer, aku nak sebut semua lecturer yang pernah menabur ilmu dekat aku..sir hisham, sir azam, sir amir, miss intan, mis alia, dan mis zira, ni adalah lecturer yang aku anggap paling best! tak lupa juga sir syazwan,mis wana, mis eja, mis el, madam nad, mis midah, madam asa, mis syikin, ustaz dan ustazah serta semua lecturer yang lain...

aku punya kawan yang ramai kat kolej..ziera@jibab, zetty@jeton, piqa, raja, eyza, k.naz, mama riena, fadz, ekin, akma, nadia dan tak lupa juga budak lelaki yang rapat dengan aku iaitu pejal, din, sam, nick, ash, arul...diaorang semua rapat dengan aku..

kalau budak bilik, aku rapat dengan fadz, athirah, farah, dya, ema, dina, ina, dan k.shu..kalau teringin bershopping, mesti pergi ramai-ramai..nak pergi berjalan pun bersama..

semalam sebelum balik, aku salam semua member-member aku. aku peluk diaorang kuat-kuat, sebab aku tahu lepas ni mesti susah nak jumpa..sedih gila aku.. :(.. sesungguhnya, aku akan merindui zaman aku di kolej, banyak memori aku cipta..

kepada semua, ampunkan semua dosa aku,halalkan makan minum,dan terima kasih untuk segalanya...terima kasih jadi sahabat susah senang, sahabat dunia akhirat dan terima kasih kerana sudi bersabar dengan perangai aku....i love u all...

sesungguhnya, aku akan merindui zaman kolej..banyak sangat memori

2 comments:

Unknown said...

siyess sdey..ta dpt jmpe ko da...apepown,doakan aku k?aku tkutt sgt sem neh ta lpss lagi :(

hidayah dzulkifli said...

sntiasa doakn yg terbaik jibab...

Post a Comment