CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 14, 2010

My RAM...


RAYYAN FANTASI...
RAM? siapa RAM ni?...orang yang minat giler kat dia je tahu siapa sebenarnya RAM ni.
tapi bagi aku, RAM seorang yang sangat talented as a novelis, have a great idea in making thriller story, tidak merapik dalam penulisan, banyak membuat rujukan dalam setiap plot penulisan dan yang paling penting ada unsur keislaman dalam setiap unsur penceritaan...itulah Ramlee Awang Murshid, the novelis thriller nombor 1 Malaysia.


well..well, bukan aku yang bagi jolokan ni, tapi itulah yang diterima oleh RAM dari seluruh rakyat Malaysia.. compared with other women novelis, mereka lebih menyajikan cerita cinta romantis yang tidak menarik minat aku. Mungkin aku lebih suka cerita yang buat aku lebih berfikir dan ada unsur thriller..

sebut pasal my abang RAM..aceh ;), aku sedang mengikuti cerita terbaru karangan beliau iaitu Rayyan Fantasi..macam biasa jalan cerita memang buat aku susah nak berhenti baca kalau dah start baca novel nukilan beliau.

aku ni kira beruntung, sebab abang ketiga aku ijat dan kak ngah minat juga dengan RAM ni..so, aku tak payah beli sebab salah seorang pasti akan beli juga...

dan aku tak sabar nak tunggu sambungan cinta sufi..kata RAM, tajuk sambungan cerita tu ialah Sutera Bidadari, dan katanya lagi cerita ini wajib disambung!
bagi aku memang wajib pun..sebab aku dah ikut jalan cerita dari mula lagi : Bagaikan Puteri diikuti Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta seterusnya Cinta Sufi dan tak sabar nak baca sambungan terakhir Sutera Bidadari..

go RAM!..you are my man!...

0 comments:

Post a Comment