CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 13, 2010

aku yang berduka

Apa yang ada kat aku? Aku pun tak tahu..Tapi apa yang aku tahu, aku insan biasa yang sangat lemah, kerdil dan tidak kuat menghadapi cabaran. Aku banyak kekurangan, tidak cantik, tidak hidup kemewahan dan tidak mempunyai teman istimewa..aku rasa sangat kerdil. Tapi aku hidup atas landasan keimanan dan kesyukuran. Walau tidak cantik, tapi aku bersyukur sempurna sifat, tidak mewah, tapi cukup makan minum dan pakai, tidak punya teman istimewa, tapi ramai kenalan yang memahami..

Tapi tiada siapa yang dapat memahami aku sepenuhnya. Aku yang suka menghiburkan orang, yang cuba memuaskan hati semua orang disekeliling, aku yang cuba menjadi anak yang terbaik, aku yang cuba menjadi pelajar yang terbaik dan aku yang cuba menjadi khalifah yang terbaik. Tapi sesungguhnya aku lemah. Tidak semunya dapat aku penuhi.

Kadang-kadang aku terfikir, siapa yang dapat memahami aku.Sesungguhnya aku berkecil hati bila orang mengata kekurangan aku. Kononnya, aku yang suka kerutkan muka, aku yang garang dan aku sangat tegas.Tidak kurang yang kata aku yang tidak pandai jaga badan. Namun aku tak pernah marah, sebab aku tahu, mungkin itu aku, aku yang Allah ciptakan dengan sebaik kejadian.

Aku dari kecil selalu hidup berdikari, malah aku akui sehingga kini aku hidup berdikari. Bukan tiada siapa yang ingin menemani, tapi itu yang ayah aku terapkan dari kecil.

Mudah terasa hati, itu kelemahan aku. Namun yang membuat aku bencikan diri aku ialah bila aku tidak sendiri tidak dapat beterus terang walau aku tidak berpuas hati. Atas sebab apa? sebab aku selalu cuba menjaga hati orang sekililing aku. Sedangkan mereka hanya membiarkan aku. Mugnkin mereka tahu, tak apa, Hidayah seorang yang kuat. Tapi tahukah mereka, aku juga punya hati dan perasaan. Punya hati yang tahu marah, sedih dan gembira?

Aku rindukan arwah emak aku.Tapi aku tidak pernah merasa kasih sayangnya. Pemergian dia sewaktu umur aku 2 tahun, buat aku terasa kejap dengan mak.Namun sehingga detik ini, aku masih ingat keadaan emak sebelum dan selepas dikebumikan. Kak Ngah yang menangis melihat tubuh kaku emak, ibu saudara yang simpati melihat kami 5 beradik kehilangan ibu tidak kurang juga yang cuba menenangkan abang aku yang sulung. Namun ketika aku memerhatikan keadaan itu, aku lihat ayah yang kuat. Berdiri menyambut tetamu sambil menerima salam takziah dan kekuatan tanpa setitik air mata. Disitu sebagai kanak-kanak aku mula belajar sesuatu, kekuatan dan ketabahan adalah kunci utama untuk mengahadapi segala ujian bagi meneruskan hidup.

Dan aku adalah anak ayah. Kerana ayah yang membesarkan aku, tanpa aku rasa kekurangan kasih seorang emak. Sehingga sekarang aku masih ingat susah payah ayah membesarkan kami 5 beradik. Pengorbanan abang aku yang sulung untuk duduk diasrama,bagi memudahkan ayah bagi aku adalah pengorbanan yang paling besar..
Sesungguhnya, sehingga saat ini, aku masih beduka. Dan aku rindukan ayah..

2 comments:

Anonymous said...

so sad syg..ta de manusia perfect dalam dunia neh...ta de manusia yg dijadikan ngn penuh sempurna..selagi ko ade aku,selagi tu aku akan sentiasa bersama ko,k? kene ingat tuh..aku bukan kawan yg besama senang ko je ekk?aku pown sdey weh...sdey sbb,rumate2 aku yg aku caye selama neh..kutuk2 aku dari belakang..ape hebat sgt ke dowg tanpa ade rase syg pada aku? aku dgr sume tuh,aku jadi lemah gler yaya...aku ta de sape2 yaya..aku rindukan mak aku jua yaya....aku rindukan kwn2 aku yg dulu~ Hurmm..hope ko ta wat cmtu kat aku kan?

hidayah dzulkifli said...

thanx jibab..tiga tahun kenal ko, aku rasa aku serasi dgn ko..ko paham aku, aku juga paham ko..selagi aku bekawan dgn ko ats nama kepercayaan, insyaAllah, aku cuba setia dgn ko..

Post a Comment