CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 29, 2011

test dan ketiruan

assalamualaikum..

test tadi..aku tak tahu la macam mana nak cakap. selamba badak sumbu aku meniru dengan budak-budak ni. bila balik tadi dalam bus, rasa menyesal pulak meniru =(

mentang-mentang senior yang jaga exam, sporting pulak, selamba land lah aku meniru lagi...haish..teruk !teruk!

ok, next week paper ni juga aku akan jawab. punya lah terfikir test pun cam haram meniru, final nanti macam mana lah kan?

serious cuak kebebeh ni...

Tuesday, December 27, 2011

siti ku

assalamualaikum..

Siti Nurhaliza..siapa la kan tak kenal dia. semua kenal dia. cuba sebut nama aku..hidayah dzulkifli, sorang pun buat do no aja.haha

sebut pasal siti. dia adalah penyanyi favourite aku. ya, semua album dia aku ada. cuma yang latest tak beli lagi. serious kepingin nak beli, tapi serious kalau nak beli kena fikir 2 3 kali. duit tu aku boleh makan sampai seminggu.muahhaha..

ok, lately ni aku makin keliru dengan siti. cantik memang cantik. tapi aku tak suka gaya dia untuk cover magazine glam. perlu ke meniru gaya madonna? jom tengok..



dah nak sama dengan madonna



yup..she's looking superb






ok, kalau ikut info, memang dia hanya dipakaikan rambut palsu je, stil pakai serkup kat kepala. efek pencahayaan dengan grafik je nampak macam betul-betul free hair.

kalau ikut islam, tak pakai tudung berdosa, pakai ramut palsu lagi berdosa..

tapi biarlah dia, dosa dia kan..dosa aku lagi melambak..tapi aku lagi suka kalau dia pakai macam ni..lagi sweet


ok, lantak sama dia. apa pun..dia memang cantik. berganda-ganda-ganda lagi cantik kalau nak compare dengan aku kan.ahahha

yang paling tak sedar diri..si apek ni


serious menyampah..budget hot mamat ni..kenapa orang minat dia pun aku tak paham!

gossip je kerja aku. besok ada test tak sedar diri. buat siti, aku doakan kau dapat petunjuk. terus kan berkarya dan menyanyi, sebab aku suka dengar suara kau. ok...

kebizian

Assalamualaikum..
Aku dah lama gilo tak buka blog ni.sejak sibuk membizikan diri, serious tak da masa. How I really miss this blog =(

Last week, aku kena demam. Demam panas sejuk. Semua badan aku sejuk, tapi nafas dengan kepala panas. Serious, demam teruk.
Tapi mengenangkan assignment melambak dengan test berturut-turut campur pulak dengan presentation, memang dah nak terbarai otak aku last week.
Nasib baik, aku gagahkan juga. Kalau tak, tido membuto je lah aku kat atas katil. Dengan air-cond dekat kelas sejuk gila, jawab test sambil batuk teruk dengan selsema macam air hujan..nak meleleh je.
Rasa nak menangis pun ada juga, tapi bila fakir badan gedahak macam ni ingat ada orang nak layan?!

Alhamdullilah, minggu yang menyeksakan dah habis. Hari jumaat malam habis kelas dengan presentation ayah datang jemput. Tuhan je tahu hati aku bersyukur macam mana. Kalau nak naik bus, memang tak larat dah.
Ni sekarang tinggal batuk dengan selsema. Suara aku rock habis.

bila dekat rumah, memang macam tak da masa depan. lagi-lagi ni la first time aku balik rumah langsung tak da kerja. Hari sabtu lepak rumah layan Hindustan. Semalam pergi rumah cerot, abang dia kahwin, habis makan terus naik melaka. pergi melalak dengan budak-budak ni. semalam pergi rumah baru mira pulak. Memang tak reti nak duduk diam bila balik. Ni pulak musim budak cuti sem, memang best semua member ada kat tampin ni.

tadi pergi kilinik gigi. ada dua biji gigi aku dah rosak. first time pulak cuci gigi.ngilu weh.berdarah pulak gigi aku tadi. besok kena pergi klinik gigi lagi. nak pergi tampal pulak. macam-macam...

Masalahnya aku ada test khamis ni. Sehelai muka surat pun tak terbuka..haish..parah..dengan hands on project tergendala sebab tak tahu nak buat..adeh!

Aneway, aku memang nak enjoy. Lama dah tak enjoy dengan diaorang..
Oh ya, bulan januari nanti aku final exam..best of luck =)

Sunday, November 27, 2011

sabar je lah aku

bila kerja grouping, ada benda jadi mudah ada benda jadi susah..
kadang-kadang benda yang di plan susah nak jadi..itu yang dikatakan, kita merancang tuhan tentukan..ya, aku percaya benda tu.

tapi kadang-kadang, kalau kita stick to the plan, mesti benda tak jadi susah.
jangan nak berani sebut pasal pengorbanan..sebab semua orang berkorban..
cuma mungkin belum cukup..

aku malas nak marah-marah, walau susah tu aku yang tanggung
sepatutnya, jangan merubah janji..
diam aku tak semestinya aku setuju
mengalah aku tak semestinya aku kalah

sebagai manusia, aku juga ingatkan diri sendiri
tolong hormati janji yang dibuat
dan sila hormati masa orang lain


kerja tertangguh bukan satu cara untuk jadi manusia berjaya!

lupa dan lupa..alasan yang selalu manusia cipta
aku juga lupa.tapi kalau tak nak melatih diri, sampai bila harus lupa??!

aku respect pada mereka..mereka yang dikatakan sahabat
mereka yang dikatakan kawan
mereka yang setuju untuk buat kerja bersama-sama

tapi kadang-kadang, aku harus bertegas!..biar berkecil hati, janji tidak kerja tertangguh.

percayalah, aku sangat kecewa kawan...

Friday, November 25, 2011

kojo

assalamualaikum

aku tengok blog ni rasa dah bernafsu. bosan gilo! macam tak bernyawa..hahah
serious aku tak da masa nak hupdate.

segala quiz untuk sem ni dah settle. start minggu depan segala test pulak.best of luck untuk kau, hidayah.
paling best segala assignment tak buat lagi.tahniah.

semalam baru terhegeh-hegeh nak pergi interview.kelakar pulak ai. KESESATAN PERJALANAN..

pukul 11 pagi baru sampai. janji dalam pukul 9 lebih. malunya.nasib baik itu Pn.Aishah sangat baik hati. semua maklumat dia provide.semua benda juga dia explain.itu part paling best.


bila dah interview ni..nak kena buat report pulak.lepas tu ada 3 assignmet tak start lagi.bagu..bagus..

Friday, November 4, 2011

tips

asslamualaikum

malas nak cerita banyak. ayah cakap orang keras kepala macam aku ni kadang-kadang kena bagi motivasi sikit. tapi motivasi ayah, bagi aku rasa macam satu bebelan pulak.
ayah pun aku rasa malas nak layan aku yang asik mengadu domba dengan dia. aku rasa la kan..

ok, aku memang suka baca blog ni. blogger ni dulu pensyarah time diploma dulu. sir ni suka letak entry yang banyak kata-kata himah.dan juga entry yang ada motivasi. jangan ingat aku jenis suka hu ha sana sini, tak da disiplin tau (",)

kan sejak dari masuk degree aku rasa macam stress sikit. sikit je tak banyak pun.jadi bila aku baca post sir ni tadi aku rasa aku patut apply kan waktu sekarang.
aku tak pasti lah diploma dulu aku ikut ke tidak.huhu

Tips Cemerlang di Dalam Bilik Kuliah/Kelas

Melangkah masuk ke alam Universiti bermulalah sebuah perjalanan yang penuh liku. Ramai yang terkandas dipertengahan kerana tidak berjaya menyesuaikan diri. Dugaan paling berat yang harus ditempuhi seorang mahasiswa adalah menghadiri kelas. Kebebasan yang dikecapi di Universiti berbanding alam persekolahan sebelum ini menyebabkan ramai yang leka. Atau lebih dikenali sebagai "Culture Shock!". Jika ada yang hadir pun, kerana terpaksa.

Universiti sangat berbeza dengan Sekolah.Tak hairanlah, ramai pelajar cemerlang SPM/STPM disekolah gagal atau mendapat keputusan cukup-cukup makan bila di Universiti. Kalau adapun, sangat sedikit peratusnya. Dan jangan terkejut dengan pelajar yang cemerlang di IPT adalah pelajar yang biasa-biasa sewaktu di alam persekolahan dahulu. Telah banyak kes yang berlaku seperti ini. Seolah-olah berlaku perkara terbalik.

Hari ini, saya ingin berkongsi tips cemerlang di dalam bilik kuliah bukan sekadar untuk IPT, namun sesisapa sahaja boleh mengaplikasikanya didalam kehidupan walaupun pakcik yang yang menghadiri kelas agama di masjid.

Tips pertama dan paling asas adalah ulangkaji subjek / pelajaran lebih awal sebelum hadir ke kuliah. Seelok-eloknya malam sebelum kelas. Kenalpasti topik-topik yang akan dibincangkan sekali imbas.

Kedua, jangan lewat ke kelas. Datang awal 15 minit sebagai persediaan dari sudut mental dan fizikal supaya mendapat lebih tumpuan semasa belajar.

Ketiga, pilih tempat duduk dihadapan kelas yang lebih dekat dengan pensyarah. Kerana lebih dekat dengan guru lebih keberkatannya.

Keempat, tunjukkan perasaan minat terhadap apa yang dituturkan oleh pensyarah kerana mereka suka dengan pelajar yang berminat dan ini akan meningkatkan semangat pensyarah untuk mengajar.

Kelima, dapatkan rakan sekelas yang bijak dan mudah faham didalam kelas.

Keenam, catat nota-nota penting yang diberi penekanan oleh pensyarah. Jangan sekadar salin apa yang dituturkan oleh pensyarah tetapi tidak memahami penerangan yang diberikan.

Ketujuh, jangan membiasakan diri bertanya "Bila kelas akan tamat?" atau kerap melihat jam tangan yang akan mengganggu tumpuan pensyarah mengajar.

Kelapan, cuba mengenal pasti apa yang difikirkan oleh pensyarah kerana selalunya pensyarah adalah salah seorang penggubal soalan dan pemeriksa kertas soalan pelajar. Dengan erti kata lain, jangan "syok sendiri" dengan buat andaian yang salah terhadap penerangan yang diberikan. Berani bertanya jika lambat untuk faham.

Kesembilan, Jangan tidur didalam kelas kerana ia tidak menghormati pensyarah dan rakan-rakan yang lain.

Kesepuluh, jika anda tidur juga jangan berdengkur sehingga mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran.

Saya harap semoga 11 tips ini dapat membantu dan menjadi panduan untuk cemerlang di dalam kelas walaupun banyak lagi tips-tips berkesan yang lain.

Hormatilah guru walau siapapun dia. "The most effective teacher will always be biased,for the chief force in teaching is confidence and enthusiasm." ~Joyce Cary

yang biasa aku buat no tujuh tu.hahah.

credit to sir hisham.

Saturday, October 29, 2011

done =) alhamdullilah

alhamdulillah..

selesai dah. tak sangka konvo ni satu benda yang excited, happy tapi memenatkan.hahah

imagine dalam dewan dari pukul 1:30 sampai 5:30 petang. rasa nak tertanggal kepala aku.asik mendongak mengadap screen besar. (:,)

apa pun best gila sebab jumpa budak-budak unikop yang dah lama tak jumpa. jumpa lecturer-lecturer kat sana dan yang paling best bila semua sibuk nak tangkap gambar.hahah rasa diri macam arits bila flash kamera tak henti-henti mengadap kitaorang.

terima kasih ayah ibu.terima kasih untuk segalanya

and u too sis.thanx for coming and the present =)

ni separuh dari geng aku.huhu


together with miss ziera ( berdiri sebelah kiri aku) :)

member2 yang sporting nak snap gambar degnan parents aku

kitaorang pun nak main baling-baling topi

kitaorang yang tercampak di KBM




ok.bnyak sangat picture aku dah snap.sampai beratus-ratus.dan serious malas nak upload.ok, petang ni nak balik KBM.dan besok serta lusa ada test.dan aku satu benda pun tak baca lagi.

dan semalam adalah kenangan.nanti kalau ada anak cucu aku nak tunjuk kat diaorang.huhu..untuk besok dan hari seterusnya adalah harapan dan impian.cara dan usaha kita menentukan segalanya. terima kasih untuk semua yang berada disisi aku selama ini.serious terharu.

Thursday, October 27, 2011

assalamualaikum

masih dalam dilema. bila tah nak buka nota. serious ada 2 test aku kena jawab minggu depan.tapi memang tak da mood nak baca.tak pernah jadi macam ni. dan untuk besok sememangnya sangat excited,tapi pada yang sama rasa cuak kebebeh.huhu

ok, pagi tadi lepas kemas rumah.dah ready apa yang patut kena bawak..
dan dalam masa 2 hari ni juga rasa nak makan macam-macam.dah tak kisah apa nak jadi. kat sana kalau nak makan kena budget. jadi kat rumah lah melayan selera (ini sangat tak bagus)

okeh, no more story to be told. =)

Wednesday, October 26, 2011

begitulah ceritanya

assalamualaikum..rindu tahap gaban kat blog ni. lama dah tak buka. i miss you bloggy..

pejam celik-pejam celik dah nak habis oktober. dan hari sabtu ni bersamaan 29 oktober 2011, aku nak konvo..happy gila.tak sabar weh.baru terasa hasil aku susah payah 3 tahun lepas.sekarang dah nampak hasil.serious excited =) baru je pagi tadi pergi amik jubah.penat jangan cerita.beribu riban makhluk Allah yang dah berjaya pergi rehearsal dengan amik jubah tadi.pukul 9 tadi baru sampai rumah.tak sangka jumpa geng-geng unikop dulu.budak Tampin pun ada juga.

sepanjang bulan oktober ni langsung tak balik rumah kecuali hari ni. kucing-kucing aku makin comel.abang-abang aku pulak makin stress aku tengok. asal aku balik ada je benda nak cari pasal.rindu kat aku lah tu, tapi tak nak ngaku.haha poyo.

dan dalam masa sebulan oktober ni dah banyak assignment aku buat dan banyak kuiz aku jawab.dan dengan segala bangganya tak pernah-pernah aku fail, aku fail satu kuiz. tahniah hidayah. 48.97 je markah kau.orang lain dapat 80 kau dapat 40 lebih! elok la...macam kau tak payah baca buku jawab kuiz tu pun tak pa kan.

lepas tu ada feeling nak melalak lepas tu. kau memang tak malu.tapi tak pa,nasib bukan aku sorang. hampir separuh tak lulus. dan nasib baik sir nak cover kuiz tu lagi.jadi, minggu depan aku kena jawab kuiz sekali lagi. tapi minggu depan ada lagi 2 test.2 hari berturut-turut. pandai-pandai lah kau nak hidup hidayah.bila kau nak study kuiz dengan test tu.bravo!

dan dalam masa sebulan ni juga, aku sedar degree memang mencabar ketahanan fizikal dengan mental.bila stress rasa nak berhenti je.rasa nak cakap kat ayah. tapi bila fikir tahap kekentalan penampar ayah atau pun bebelan dia yang macam halilintar baik aku harung je. 3 tahun aku boleh, takkan 2 tahun aku tak boleh betul tak? aku tengok member-member aku pun sama. stress je.makan minum macam dah tak terjaga.lagi-lagi tempat makan mahal.bila ada masa je tidur.dalam masa 5 hari tu memang tak da hiburan, melainkan gelak-gelak tengok muka member-member sendiri yang serabut dengan kelas, assignment dengan kuiz.

kadang-kadang sampai satu tahap, tiba-tiba menangis.entah la, apa yang aku stress pun tak tahu.aku fikir ayah je sekarang ni. =(

aneway, aku harap sangat konvo sabtu ni bagi semangat kat aku. dan kepada semua yang konvo minggu ni. CONGRATES you alls!!!

mood: excited gila

Wednesday, October 5, 2011

hidup aku sekarang

assalamualaikum...

serious syukur gila. malam ni baru rasa free. sedang besok nak hantar homework.banyak lagi la benda nak buat.melambak.assignment pulak macam tiap hari dapat.poning tak tahu nak start yang mana satu.dari hari tu rasa nak demam.aku tahan juga, sebab nak kuiz.besok demam lah tu.batuk aku tak henti-henti.dah 2 minggu dah.ni selsema pulak.

dah lebih 3 minggu hidup kat sini.macam-macam lah.tapi credit tu hayati hassan yang banyak buat aku tak tidur malam sebab layan perangai dia yang macam jimbit.gilo lawak minah sorang ni.nasib baik tak sekelas, kalau tak memang tak belajar aku.

ok, tadi kuiz.first time punya kuiz sejak meninggalkan zaman diploma dulu.haa..memang mengalami kejutan budaya.otak dah lama tak menghafal.sekali pulak banyak benda nak ingat.,memang terkujat la kan.

jadual sem ni nak kata relax tak da relax mana. tapi hampir tiap hari start petang. itu memang best. tapi jadi tak best bila sampai tengah malam.kalau kat rumah tengah meniarap tengok tv, kat sini aku duduk atas meja,pakai baju formal, duduk diam-diam sambil salin nota.kau boleh?

duit?duit aku memang ala kadar.nak kata duit tak da, tipu la.sehinggit pun duit juga kan.kalau rasa nak makan mewah, aku rasa aku kena cari skandal kat sini.kalau tak nak, ikat perut.makan sekali sehari.baru boleh kurus.tapi dah 21 tahun, macam ni juga la aku. setakat ni dua orang abang dengan ayah support aku.segan pulak.dah besar pun nak mintak tolong. tapi serious aku solute kat abang-abang aku tuh.walaupun kitaorang selalu gaduh-gaduh,(bukan gado-gado)diaorang relax je bagi aku duit. tapi macam biasa la, kena warning dulu.kalau membazir, nanti dapat sikit lain kali.walaupun macam tak best, aku angguk je la kepala, kalau tak, berangan la nak duit kan.

persaingan serious hebat.melambak pulak budak-budak genius dalam kelas aku.terasa diri ini kecil walaupun hakikatnya tidak.dalam kelas senyap je..walaupun perangai aku hakikatnya macam adik beradik tiri shayatin..diaorang happening je dalam kelas.active menjawab soalan lecturer.aku?aku hanya menahan mata supaya tak tidur.hahaks

minggu depan ada kuiz lagi oit.2 subjek pulak tu.tolong baca kan untuk aku boleh tak?

lebih kurang la hidup aku sekarang.macam bosan je kan..bukan macam, tapi memang bosan.

Friday, September 16, 2011

tulun la aku

assalamualaikum

ada rasa lain sekarang ni.rasa mcam tak remaja.hahah
sekarang lonely gila. ibu ayah tak da rumah, pergi KL anak kawan baik dia kahwin. aku pulak bila nak kahwin? abang-abang aku 2 orang tu pun tak da rumah. sorang pergi memancing aweks ikan. sorang lagi kerja. kak ngah tak balik.abang aku lagi sorang dengan wife dia pun tak balik. yang tinggal hanyalah 2 ekor kucing aku yang tengah lena tidur bila aku dah bagi makan tadi..gila bosan.

aku bosan gila ni. tulun!!!tulun!! kemas rumah,basuh baju dengan masak semua dah settle. apa lagi nak buat ni oitttt???????

gila menyesal tadi tak ikut ayah.....uwaaaaa

Thursday, September 15, 2011

kitaorang

assalamaualaikum. susah betul nak update blog sebab line celcom jadi lembap gila dekat apartment aku.

tapi alhamdullilah,dapat sebilik dengan yat.huhu..ingat senang ke? aku dengan selamba potong line orang waktu daftar tau.

seronok memang seronok sebab ada juga budak-budak ni kat situ. setiap kali masa makan mesti pergi ramai-ramai. termasuklah si aril. memandangkan dia sorang je lelaki, kitaorang lah jaga dia..huahaha. tapi ada juga yang tak seronok sebab tak dapat satu kelas.

semalam dah dapat tau class. aida dengan khairo yati dapat kelas A. akma, qila latif dengan yat dapat kelas B. aku, tirah,eyra,ana,dibah dengan aril dapat kelas C.haha

sepanjang 6 hari ni, kerja kitaorang asik lah mengayap. duit tak da pun keluar juga. dah 2 hari asik pergi jusco. hari tu akma hilang tiket nak balik. berjalan lah kaki ramai-ramai tengah malam dari jusco ke melaka sentral, lepas tu patah balik pergi apartment. korang boleh?hahhaha

tapi makan dekat sana mahal pulak. tak pa lah kan. slow-slow la usha tempat murah.
tapi serious, rindu gila kat budak-budak unikop dulu...huwaaaa..

Friday, September 9, 2011

besok

pejam celik pejam celik..besok aku nak pergi daftar dah untuk sambung belajar. siapa kata 4 bulan lebih duduk rumah tu lama dan bosan? aku tak kata pun..yang aku rasa sekarang adalah boleh tak aku tak nak pergi..hati aku jawab boleh, tapi lepas kena penangan dengan ayah..

preparation semua dah siap..satu beg besar penuh dengan baju..kalau tengok semua barang-barang yang nak dibawa, sejibi macam orang nak lari dari rumah!

aku rasa macam ada kejutan budaya je..dari bulan 11 tahun lepas sampai lah saat aku taip entry ni, dah lama gilo aku tak buka buku. kalau start kelas nanti macam mana la aku nanti kan??

ada satu berita yang paling menyentap sanubari aku. ia adalah Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat di semua cawangan dah dibubarkan..jadi ke empat-empat kos bawah fakulti ni dimasukkan bawah Fakulti Business, bermula 1 September lepas..

tiba-tiba aku rasa jalan masa depan aku kelam kejap. hala tuju carier untuk kos ni macam dah tak jelas. rasa sempat lagi tak kalau tak sambung belajar? apakah kitaorang kena bersaing dengan budak business? atau subjek-subjek yang bakal aku belajar nanti tu relate dengan business juga? macam-macam lah persoalan yang timbul...(ayat konon nak dramatic)

walau apa pun semua ni mesti ada hikmah..mungkin penjelasan yang clear gila akan diterangkan nanti..serious, aku tak nak brutally regret pada masa akan datang. semangat baru perlu ada untuk besok..

pagi tadi sempat shopping keperluan asas..bukan makanan ye..tapi shampoo, sabun mandi, fail, alat tulis..mana yang tak da tu lah, aku pergi beli tadi..baru ada rasa semangat sikit bila ada benda baru dalam tangan...

Hidayah Dzulkifli..semoga berjaya untuk hari besok dan seterusnya..perbetulkan niat kau untuk ke sana..masa depan lagi penting! setiap tindak tanduk kau lepas ni perlu seperti seorang serikandi..berhadapan dan melawan dengan apa cara sekalipun...

and best of luck untuk semua member-member aku juga..i love u guys...

Wednesday, September 7, 2011

raya kali ni

salam 9 syawal..rasa macam lambat je nak wish selamat hari raya..
bila dah lama tak buka blog, rasa macam benda aku nak cerita. ni semua gara-gara celcom gundut tu! baru bulan 8 tak bayar, terus tak dapat nak connect internet..grrrr!

kalau nak flashback balik..jenuh pulak nak taip..tapi ni la serba sedikit yang berlaku 2 3 hari sebelum raya sampailah semalam..

27 ramadhan :
-aku kemas rumah dari 9:30 pagi sampai 2:15 petang. non-stop! hari tu juga rumah aku settle. pukul 3:30 petang shopping raya last minute dekat melaka dengan nisa, udin dengan kak cik.sampai rumah pukul 1 pagi.

28 ramadhan :
-kemas bilik aku pulak. malam pukul 10 lepas tarawih pergi bazar kat Tampin Square beli kuih raya. ayah cakap kuih aku beli kat melaka semalamnya tak cukup. sampai pukul 12 malam baru balik

29 ramadhan :
-abang aku ijat sibuk ajak aku pergi tampin hari mantai tu. dia tak tahu erti jam ke? aku bagi syarat kena belanja aku bag..alhamdullilah, dapat aku pow dia satu beg =) pukul 11 pagi akak aku sampai. konon muka penat..daa...malas nak layan. aku suruh dia tolong ibu masak juga. dah la aku kena kemas rumah sorang-sorang.

-malam pukul 1o lebih turn rumah aku pulak orang datang takbir raya..lemang tak berusik, rendang je habis..kerepek aku satu balang habis..huhu..alhamdulillah

1 syawal :
-pagi-pagi kena marah sebab lambat bangun.nak dekat pukul 7 baru terjaga.

-mandi, siap-siap pergi surau.

-makan lagi selagi termampu, lepastu bermaafan, sesi photoshoot lepas tu balik kampung...

-pukul 11 malam baru sampai rumah

2 syawal:
-start tengah hari samapi malam orang tak henti-henti datang. rumah aku pun tak sunyi dari bunyi telefon.

-menu hari tu memang banyak..ikan kari, sambal udang, sayur goreng, tulang masak lemak, telur dada, sardin sweet sour lepas tu kuih kuaci..serious laku semua lauk.

3 syawal :
- cepat-cepat tutup pintu rumah sebab takut orang datang tak henti-henti..sebab nak jalan raya pulak. pergi ke gemencheh, lepas tu ke gemas then terus ke pahang. tuhan je tahu betapa lamanya tersekat di jalan raya akibat jammmmmm

4 syawal:
-lagi orang datang rumah..tapi kali ni selesa. orang datang selang seli. jadi ada masa aku berehat. tapi sampai malam juga. tumit kaki aku dah start merekah... =(

5 syawal:
-ni hari paling best! raya sama-sama budak sekolah..ni aktiviti tahunan.konvoi ramai-ramai kan..memang best la. cuma kurang ahli je sikit. ye la ramai na study over the sea. lepas tu tak balik raya pulak..hari tu je sampai malam semuanya 16 biji rumah..kalau tahun lepas 21 biji rumah..hahah.aku memang tak da feel nak timbang berat badan

7 syawal:
-abang dengan k.ngah dah balik..bosan sikit rumah. tinggal abang aku 2 orang tu je.
hari ni tak da orang, kecuali budak-budak kecil yang tak henti-henti datang rumah.mula-mula aku layan, lepastu malas dah..diaorang bagi salam, aku duduk diam dalam rumah..senang, habis cerita

- 9 malam dapat call pak long masuk hospital seremban..terus je ke sana..sampai rumah pukul 4 pagi

8 syawal :
-pagi-pagi dapat call pak long dah critical. pukul 7:45 pagi pak long meninggal..
-selesai kebumi semua lepas asar..malam terus kenduri tahlil.

macam tu lah cerita aku yang bosan. serious aku rindu kat blog ni =)

Thursday, August 25, 2011

rasa kesian

kesian pulak aku tengok abang aku sorang tu..raya pertama dia kena kerja..(actually aku pun confious, nak kesian ke tak?)hahah..

well...well..mesti ayah aku pun rasa sedih sikit kan. tapi nak buat macam mana, cuti raya tak lulus..kena la kerja..tapi tu lah kan. disebabkan dia dapat tahu kena kerja, satu persiapan raya pun dia tak buat. yang ni serious aku kesian kat dia =(

paling kelakar plus sedih..sejak 3 4 hari ni asik nyanyi lagu kak pah je..lagu nostalgia aidilfitri lagi..balik kerja je nyanyi lagu tu..hari-hari..

tapi ibu cakap, ala relax sudah..balik kerja makan lah juadah raya...cuma lambat makan la..hahaha

assalamualaikum

Monday, August 22, 2011

semalam

seperti yang dijangkakan..sememangnya meriah semalam..
dalam kereta lagi dah meriah..apatah lagi dalam restoran Pizza kan..

terima kasih kepada korang..korang..korang dan korang (ramai sangat semalam) kerana memeriahkan hari ku di bulan ramadhan ni... hahaha..

semalam sempat juga buat annual meeting lepas semua BOD dah datang..our GM, si udin dah decided aktiviti raya ramai-ramai 3hb September 2011 bersamaan syawal ke 5..tak sabar pulak.. =)

Saturday, August 20, 2011

petang ni...

assalamualaikum..

baju raya settle, kasut raya settle..dua tu je la settle.. beg raya,tudung raya, kueh raya, kebersihan rumah time hari raya..semua tak settle lagi..haha..penting ke semua tu?..ontah lah..

tak polah, ni dah 21 hari berpuasa..10 malam terakhir lagi penting. oh ya, malam ni mesti kecoh pasti best..sebab apa? sebab nak buka puasa dengan budak-budak ni..ho yeah! lamo dah tak hangout dengan budak-budak ni..

si tajuddin tanya aku pagi-pagi tadi :

"petang ni tema apa? kebaya labuh ke gaun kembang?"


aku jawab tema lady gaga..dia kata ok sangat. kalau lady gaga pakai baju daging, dia nak pakai baju ayam, aku pulak dia suruh pakai baju sayur...macam haremmmmm je aku baca mesej budak tuh..hahaha

mood : excited =)

Wednesday, August 17, 2011

akibat kehandsome man doktor

assalamualaikum...

sekali lagi syukur yang teramat sangat kepada Allah. atas izin Allah selesai sudah segala urusan penting yang berkaitan nak sambung belajar. ya..ya, walaupun aku buat last minute, semua dah selesai..give thanks to Allah..alhamdulillah.

walaupun medical check up tadi buat aku rasa stress sikit sebab terlampau ramailah makhluk nak buat medical check up..tapi, kepada doktor tersebut :

"anda memang kacak bergaya!"..hahah ...SOLUTEEE!!!

tapi bila doktor kacak bergaya ni yang check kau hidayah, kau akan mula merapu kan? kan? kan?

dan itulah terjadi..segan di tahap tinggi..dialah check segalanya..paling tak tahan check berat aku sekali! well..well..my weight is killing me! berapa? biarlah rahsia..

mula-mula doktor tanya : nak sambung belajar ke?
aku : ha?
(stuttering, sebab pandang muka dia..tak dengar doktor tanya)

then doktor tanya : UiTM mana dapat ni?
aku : Gombak...


doktor: eh, ada ek UiTM kat sana?
aku : erm..gombak tu tempat saya belajar dulu..yang ni kat Melaka
.(malu gila bai...)

doktor: kenapa tak isi ruangan ni?
aku : tak perasan pulak ada ruangan tuh..
(silly answer =P)

lepastu pergi chek urine dekat makmal..huhu. cik abang handsome pulak lagi yang jaga!. nampak aku bagi borang medical tu, terus bagi aku bekas kosong.dia cakap pergi toilet, lepas tu isi urine dalam bekas.

ha? macam mana ni? dah la kau handsome, lepas tu nak bagi bekas berisi urine ni kat kau?! tiba-tiba cik dol aku merangkap ayah aku datang dekat kaunter makmal tu, then ayah aku cakap benda ni:

"encik, dia tengah period. nak kena ambil juga ke?"

ha...tu dia! bocor satu rahsia besar, hari ni tak puasa. blushing lagi tadi.. 8_8


apa yang aku mampu buat pada ketika itu hanyalah pandang muka ayah tanpa kelip. ibarat langit malam tanpa kerlipan bintang-bintang .


tapi, orang memang dah professional..dia cakap tak pe, boleh ambil juga.

then, aku kena ambil x-tray kat hospital tampin. ayah aku mintak borang x-tray dekat abang tadi. lepas tu abang tu bagi satu borang x-tray tu je tanpa pulangkan segala borang kesihatan yang lain.

aku dengan ayah pulak dengan bangganya terus pergi hospital. sampai hospital, doktor kat situ mintak borang kesihatan yang dekat abang tu. ha..ni satu hal. aku kena patah balik pergi klinik kat Repah tu balik. aku pergi jumpa abang tu mintak borang aku. dia dengan selamba tanya aku : macam mana? x-tray dah buat?

ek eleh, kau dah tau aku kalau nak buat x-tray nak borang ni semua, tapi tadi kau pegang, tak bagi kat aku...tapi sayang, itu hanyalah omelan dalam hati. sebab apa dalam hati?, sebab tak berani nak cakap depan dia yang aku boleh katogerikan handsome itu.

jadi macam tu lah kisahnya..baru nampak doktor handsome dah macam orang gila aku tadi. tak pernah buat perangai macam tu, tiba-tiba jadi macam tu..elok lah tu.

anyway doktor, you've got me loosen my self in what i'm trying to say. seriously., lain aku nak cakap, lain aku bagi jawapan.

tapi, walau apa pun, yang paling penting semua dah settle. sekali lagi alhamdulillah...



Monday, August 15, 2011

kepentingan sebatang pen

assalamualaikum... sonyum sikit =)

alhamdullilah, benda-benda penting dah settle. tinggal medical check up.tadi dah buat appoinment, hari rabu ye hidayah..jangan lupo. nurse tu siap pesan kat aku :

"cik datang hari rabu ni ya. jangan lupa bawa duit RM20, borang kesihatan sekali.yang penting pen sebatang."

aku pun dengan senyuman manis(buat-buat je) cakap terima kasih.


lepas tu lagi sorang nurse sibuk warning aku."pen tu jangan lupa tau. ingat tu, pen jangan lupa."
eiii,,rasa nak pitammm je dengar ayat nurse tu aih.

aku dalam hati, what the hack... -_- nurse ni? pen..pen..bukan hospital kerajaan pen semua provide ke? nak je aku cakap, cik jangan risau, jangan kan pen..pen drive pun saya bole bawak..


tapi, apa pun kita kena hormat ok. ada la sebab musabab diaorang asik suruh aku bawa pen. jadi untuk menjaga hati mereka, akan ku bawa pen sebatang. selain dapat memuaskan hati nurse tu nanti, dapat juga memudahkan urusan aku nanti..betul tak?

o ya, siapa yang datang hospital lepas ni, jangan lupa bawa pen ye. sekian terima kasih.


Sunday, August 14, 2011

last minute

assalamualaikum..

currently, mood aku swing...gila punya swing. orang cakap sikit aku nak marah.
lepastu ada pulak feeling-feeling nak menangis. =(
itulah, tanda orang suka buat kerja last minute. stress, takut, rasa tak sempat..ha,itu juga lah yang aku rasa..

banyak benda tak settle lagi..
-medical chek up
-beli no pin ptptn
-surat pengesahan
-yuran pun tak bayar lagi
- account bank tak buka lagi


sedang masa makin singkat..apa nak jadi???? ni yang aku list..yang aku tak list? tah berapa lagi la..arghhhhh!!! seriously, stress...



Saturday, August 6, 2011

kerut the muka

assalamualaikum..terasa lama tak update blog, walaupun baru je beberapa hari. kalau nak ikutkan ada je cerita nak kongsi, tapi bila nak on laptop ni rasa malas je..besok dah nak seminggu kita puasa? amacam? remaja tak? hahah

ni aku nak cerita, jiran aku ni bela cucunda dia..ramai..adik beradik dia ada 5 orang semuanya. aku kenal diaorang ni dah lama. ye la jiran kan. tapi hari tu aku tersentap sikit bila tiba-tiba satu budak ni tegur aku,


lepas tu cakap.."kak dayah..akak selalu kerut kening dengan muka kan?"

maksud dia macam ni kot...

tapi secara jujurnya tak da lah aku tersentap terkejut! sebabnya, beliau bukan lah orang pertama dan aku pasti bukan orang yang terakhir kata kat aku yang aku suka kerut muka..serious tak kisah pun..aku pun cakap kat dia yang ini memang style aku..keturunan aku memang suka buat muka, baru ada gaya...haha

sebenarnya pun, aku wonder lah juga..betul ke aku ni suka kerut kening dengan muka?

nak kata Ziana Zain ajar aku, tak pernah lah pulak..tapi memang ramai dah tegur aku cakap benda yang sama. ada tuh siap cakap, kalau orang tak kenal aku, tengok pulak muka aku yang suka berkerut, orang memang ingat aku sombong...

bila fikir balik, sedih pun ada juga.


aku rasa sedih la, bila orang pandang aku ingat aku sombong. aku punyalah ramah tamah, sampai cakap pun tak henti-henti..

ada orang kata macam ni la gaya aku bila bercerita

tapi, once korang dah kawan dengan aku, korang tengok muka aku yang berkerut ni pun dah tak da feel..takut pun tidak, menyampah lagi ada..hahah

walau apa pun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, siapa yang dah salah faham..lain kali kalau nampak aku berkerut, tegur je lah. tak kena marah pun..haha

Tuesday, August 2, 2011

harap-harap lah...

asssalamualaikum..

aku rasa bersyukur dan best bila tahun ni dapat puasa penuh dengan family...*_*
tapi adat la manusia, bila dapat ni, nak yang tu...sama la macam aku. bila tengah puasa kat kolej dulu, rindu nak puasa kat rumah..ni bila dapat puasa kat rumah rindu nak puasa kat kolej..orang tak bersyukur, memang macam ni lah..

bila dapat puasa kat rumah, ada benda aku dah utarakan kat ayah aku. first, nak ajak ayah buka puasa kat rumah induk, dekat Kuala Pilah. second, nak buka puasa kat kampung ibu..walaupun nenek tiri kan, kena lah pergi juga. aku tahu, ibu pun mesti nak pergi rumah mak dia juga kan?..

selain tu, bila si nisa jiran aku ni dah sibuk dengan class dia, aku pun secara automatik duduk rumah diam-diam..hahah..jadi, konon-konon aku pasang azam nak kurangkan aktiviti :


haha..ni lah yang paling penting sempena bulan puasa ni. masa ni lah nak kutip pahala..

ni dah hari ke 2 kita puasa, dalam 2 jam lebih lagi nak buka. tugas aku kat dapur
1- masak nasi
2- buat air (sampai 3 jenis aku buat..haha)
3- set kan meja makan ( termasuklah hidang lauk,pinggan cawan bagai)
4- kemas balik dapur tu

macam kerja untuk orang pemalas je kan? apa-apa pun, yang penting apa pun kita buat kena ikhlas ok?? =)

Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan

Assalamualaikum..

alhamdullilah..baru je dengar pengumuman puasa tadi. syukur dapat berpuasa lagi..
kepada semua umat islam di seluruh dunia..

"SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK"

aku harap tahun ni dapat puasa penuh, ibadah pulak dapat dilipat kali gandakan dari tahun sebelum-sebelum ni..amin

Saturday, July 30, 2011

re set balik

assalamualaikum..

dulu kan, bila aku tengok tv, lepastu kawan-kawan aku pulak sendiri dah mula bercinta..aku pun dah start pasang angan-angan..ye la, kalau nak secara realiti memang tak la..aku sedar diri kan..aku dapat rasakan that am not qualified to anyone..huhu

ok, angan-angan apa yang aku pasang? kalau tak silap aku masa tu, baru habis UPSR..aku set kat kepala aku, kalau betul ada orang nak mengurat atau melamar aku nanti, aku nak dia nyanyikan aku sebuah lagu, lagi best kalau dia yang ciptakan lagu tu sendiri..paling tidak bacakan aku dengan bahasa-bahasa klasik..dan masa dia nyanyi atau bacakan bahasa klasik aku nak keadaan dia kat bawah aku pulak dekat tempat atau bangunan yang tinggi. aku nak biar semua orang tahu dan dengar..tengok, punyalah demand aku punya cara 8_8

tapi bila aku fikir balik, siapa nak buat macam tu..mimpi je lah aku dok berangan yang bukan-bukan..dan bila usia dah masuk 21 tahun, kematangan aku buat aku reset balik impian aku..tak payah nak jadi budak-budak..aku bukan sesiapa..

apa pun, kenapa tiba-tiba aku cerita pasal ni..ini gara-gara ayah sibuk warning aku suruh jaga diri..lepastu warning aku sekali jangan nak menggatal, ni nak sambung belajar...ya, aku faham kenapa ayah aku sibuk bagi warning..dia ayah, dia tahu apa yang terbaik untuk anak dia.. dekyah sayang ayah..

Thursday, July 28, 2011

hari ni punya cerita

penat nya Ya Allah, minggu ni je dah dua kali aku ulang alik ke Kolej aku tuh..Tuhan je lah tau betapa penatnya aku..hari isnin, aku pergi naik bus..naik bas lompat-lompat..kalau orang tak faham, ingat bas aku naik tu rosak..tapi, maksudnya aku tak naik bus direct ke KL tuh..dari kediaman aku naik ke Terminal One, lepastu naik pulak ke Pudu Raya, lepas tu naik cab (orang Melayu panggil teksi)pergi kolej aku..ulang alik dalam satu hari habis la RM50++..

waktu pergi hari isnin hari tu, benda yang aku nak ambil kat coordinator tak boleh nak diambil sebab system kat Uitm down, jadi nak tak nak aku datang juga semalam..dan aku sangat lah happy gilo bila ayah aku kata dia boleh tolong hantarkan..dalam kepala aku masa tu: "yes!, tak payah guna duit aku!" haha

jadi semalam lepas semua benda dah settle kat kolej, ibu aku ajak pergi IKEA, nak beli barang gamaknya. aku pun budget ni mesti nak beli sofa baru sempena nak raya ni kan..tapi tulah, tak beli pun..belek sana, belek sini..last-last pergi The Curve sebalah tu..jalan-jalan dengan hasrat untuk pecahkan lemak, tapi malangnya kaki yang sakit..

nak dijadikan cerita.. kat sana, aku jumpa la pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya..



untuk pengetahuan korang, dia lah satu-satunya pengara lelaki yang paling aku SOLUTEEE!

bahasa melayu dia memang A lah!..penguasaan bahasa klasik, pantun-pantun dan kelembutan dia bercakap memang aku kagum lah.dan yang penting dia lah satu-satunya pengacara lelaki yang kaya dengan bahasa ibunda kita dan tak pernah rasa segan bila bermadah bila mengacara.ya, walaupun ada orang gelak-gelak kan cara dia, tapi aku suka cara dia..mana ada lelaki sekarang berbudi bahasa macam dia? abang-abang aku pun cakap kasar =P

aku bertambah solute kat dia ni bila semalam aku nampak dia jalan dengan isteri dia..walaupun dah sah suami isteri, pengantin baru pulak lagi, tapi tak da pun diaorang ni ngada-ngada nak pimpin tangan..yang penting jalan seiring je...jangan ada satu couple tu, aku rasa budak sekolah kot..ada ke budak lelaki tu yang baru keluar toilet pergi lompat naik belakang budak perempuan tu.konon-konon nak buat surprise..yang peliknya budak perempuan tu senyum suka..terkejut Ya Allah aku weh!..ayah aku cakap kucing aku gatal miang nak kahwin pun tak macam tu.

ok lah, aku rasa tu je lah aku nak taip kat sini, ini pun dah panjang..oh ya, lagi 2 3 hari dah nak puasa..tak sabar pulak aku..dah lama tak puasa penuh dengan family, selalu puasa kat kolej..excited gilo ni..

Tuesday, July 26, 2011

tetiba teringat

assalamualaikum...(jawab jangan tak jawab)

tadi kan tengah dengar radio, keluar pulak lagu dangdut penyanyi Amalina dengan Iwan..dan dan jugalah aku masa tu teringat dekat diaorang tu..aku kecik-kecik dulu pun layan juga lagu dangdut Amalina ni..best je dengar.

jadi, disebabkan dah lama tak dengar khabar berita aku pun ber google lah untuk cari kisah diaorang ni...

dan sungguh tak ku sangka,,alhamdullilah..mereka sudah pun berubah. jom baca kisah diaorang bagi sesiapa nak baca. klik sini

dan betullah kata orang, jangan selalu menilai orang dengan pandang sebelah mata..tengok! diaorang pun dah dapat petunjuk..korang ada???

oleh itu, mari lah kita sentiasa memohon petunjuk dari yang Esa..supaya hidup tenang dunia akhirat...amin

Thursday, July 21, 2011

di kebunan lagi

assalamualaikum...

huhu..lima hari dah tak buka blog...i miss u blog =)
nak cerita apa untuk entry kali ni?..cerita dia tadi aku pergi kebun lagi..tapi bukan ke kebun ayahanda tercinta, tapi kebun ayahanda tercinta kawan aku..hahah

semalam keluar melepak (kasar bahasa ni). eheem..keluar berjumpa (ayat poyo pulak) dengan kawan-kawan aku dekat kedai cendol favourite kitaorang..maka berjumpalah aku dengan amira, amalina termasuklah syazana..berempat je kitaorang..

makan cendol, cempedak goreng, pisang goreng dengan keropok lekor, borak-borak..tengok-tengok dah dua jam setengah kat kedai tu..maka baliklah kami ke kediaman masing-masing...

dan secara tak langsung sebelum balik, si amira ajak teman dia ke kebun hari ni untuk kutip durian gugur..tau tak kutip durian tu aktiviti paling aku suka?! dan aku jugalah HANTU DURIAN!haha...

jadi pukul 8 pagi dah bertolak...samapi kat kebun terus kutip durian, dapat lah 43 biji..banyak kan? macam biasa lah dalam kebun, nyamuk sana sini..memang kenyang la perut nyamuk tu tadi...

akibat kepenatan mengutip segala durian terus la balik rumah..dapat juga aku melantak durian..memang berbaloi lah..penat kutip durian, tapi hati puas makan durian..huhu

ok, aku pun tak tahu nak merapik apa lagi kat sini..cau cin cau dulu... 8_8

Sunday, July 17, 2011

bosan gilo

assalamualaikum..bosannya ya Allah...gila bosan!

aku dengan bangganya tadi basuh kedua-dua toilet aku..yeah!..berkilat-kilat, silaunya memancar!...(aku tipu pasal kilat tu) =P

lepas tu, aku duduk termenung, apa nak buat? aku tiba-tiba nak tengok movie..tapi takkan nak pergi sorang..dan rasa nak ajak ayah, tapi memang tak dapat, sebab ayah balik kampung..jadi apa aku buat?

aku pun buka laptop, tulis la dekat blog ni...hehe...

mood: gilo akibat kebosanan

Friday, July 15, 2011

lagi...

tu dia...lagi seorang sepupu aku nak kahwin!..beza dengan aku dua tahun je..tapi, tak pa kan. dah habis belajar, dah ada kerja tetap..bakal suami pun kerja tetap. apa nak risau?

baru bulan februari hari tu tunang, sekarang nak kahwin..tapi aku solute la kat diaorang..berani kahwin lagi 5 hari nak puasa..25 Julai ni kahwin, buat dekat dewan Kuala Pilah..ok lah dekat dengan kampung =)

apapun, Selamat Pengantin Baru in advance Kak Shima..happy dekyah untuk kamu...huhu
eh, mak dia suka buat lawak dengan aku. ayah dia ni pun sama. kalau balik kampung mesti lepak at least sejam dua kat rumah diaorang..antara lawak yang paling aku tak boleh terima, diaorang suruh aku jadi pengapit untuk kak shima..hahahahahaha =)
dengan segala hormatnya aku gelak tahap gaban dimana ayah, ibu, abang-abang aku turut menyertai aktiviti gelak itu..termasuklah kedua-dua pakcik dengan makcik aku tu.. aku memang tak nak! mak tak sesuai ok...cari orang lain..huhu

Wednesday, July 13, 2011

healing...

assalamualaikum...

hari ni rasa tak berapa sihat..tapi tekak aku je rasa tak sihat. badan masih segar bugar sampai aku perasan dah 3 4 hari aku susah tidur malam..lena dengan nyenyaknya pun tidak..kenapa tah?..nak kata sebab aku tengah bulan mengambang, tapi selalu ok saja..apa-apa je lah..semalam pergi karok. haa....balik terus hasky gila suara aku..garau lepastu dengar tak dengar..abang aku kata: "eh, sejak bila aku ada adik lelaki?"..canthek....ayat abang aku.. =)

aku nak share something...dari aku kecik sampai la aku dah besar..ayah aku selalu pesan kat 5 orang anak dia dengan prinsip yang dia buat sendiri :

"KAYA ORANG JANGAN DISANJUNG, MISKIN ORANG JANGAN DI HINA"

dan sampai sekarang lah aku pegang ayat keramat ayah aku ni. aku kawan dengan semua orang..tapi, bila kadang-kadang kawan aku sendiri pun buat hal, aku pun malas nak layan. aku pun malas nak ulas lanjut nanti takut burukkan dia..berdosa aku..

janji yang penting kita happy =)tapi pesan aku, untuk diri sendiri juga..fikirlah, susah senang kau dulu dengan siapa..jangan lupa segala budi baik orang dengan kita dulu..

kalau dulu kau tak puas hati dengan orang lain, kau yang cari teman kau ni..tapi, bila dah rapat dengan orang yang kau kutuk dulu, kau belakangkan aku..tapi, aku ok saja..sebab aku selalu guna konsep sedar diri..life is karma..what is goes round, comes around and what goes up must come down..lagi pun, Allah tuh sentiasa dengan hambanya..love Allah, love family and love my self..lagi pun dah nak masuk bulan yang mulia, hati kena suci..banyak-banyak istighfar..tak nak gaduh-gaduh.

ok, chill guys..saja-saja nak luah perasaan..ni lah entry poyo aku untuk kali ni..
kalau boleh jangan di baca..hahahaks

Sunday, July 10, 2011

dapat duit =)

huhu...assalamualaikum =)

pagi ni aku dapat panggilan yang aku rasa mengubah persepi aku dekat bekas kolej yang aku sayangi...UNIKOP..

baru semalam aku cakap yang duit tuntutan aku tak dapat. ye lah, akaun aku dah tutup, and my expectation of course jangan harap kolej aku tu nak ambil inisiatif nak call aku kan. kira burn la...aku bukan apa, banyak sejarah aku alami dengan kewangan kat kolej aku ni..faham-faham je la...

tapi, dugaan ku sungguh meleset!..panggilan dari akak kewangan dari kolej aku ternyata meNYENTAP sanubari aku. akak tu cakap, akaun lama tak valid..aku pun explain dan terus bagi akaun baru...huhu

serious tak sangka weh..hahah..

Saturday, July 9, 2011

duit tak dapat

assalamualaikum...

hari ni nak cakap rasa kecewa..sebab apa? sebabnya akaun cimb yang lama aku dah tutup dan terus buka akaun baru..masalahnya, duit tuntutan deposit asrama kat kolej dah masuk..malangnya dulu aku bagi akaun lama..sekarang dah tutup...mesti tak masuk..uwaawaa~~~~ =(

lagi satu, lagi sekali masalah finger print aku ni..conform, memang tak boleh nak dibaca..waktu nak renew i/c dengan buka akaun baru kat cimb..aku ada problem untuk biometric..rasanya, dulu pun aku ada cerita benda yang sama waktu buat passport dulu.

jadi, bila masalah macam ni timbul, segala i/c, surat beranak termasuklah lesen nak kena guna sebagai bahan bukti..macam-macam hal..

tapi, apa pun dua benda dah settle..sekarang nak siap kan dokumen penting..banyak nak kena print..excited nak masuk belajar balik =)

Wednesday, July 6, 2011

to do list

assalamualaikum...ikutkan banyak benda aku nak settle kan sebelum puasa ni..
baju raya, kuih raya, kasut raya, beg raya...tapi tu bagi aku sebenarnya, boleh buat last minute..sebab utamanya adalah..aku kena langsaikan hutang puasa aku selama 10 hari ni..dan aku pun dengan bangganya pun dah habis menggantikan puasa aku..hooray!

tapi, ada benda yang lagi penting bagi aku kena settlekan..

1) aku nak pergi renew my i/c

2) pergi CIMB bank, nak settlekan kad

3) nak prepare segala dokumen penting untuk sambung degree

4) ni juga kira penting : nak diet before masuk belajar balik...huhu

jadi, senang cerita memang banyak benda nak buat la..ni yang bermain kat kepala aku ja..yang tak terlintas langsung tu belum list lagi..macam-macam...

Sunday, July 3, 2011

pecah lemak

mak aiii....penat gilo badan aku. dah lama tak pergi kebun, rasa pecah segala lemak-lemak yang berkumpul kat badan. tak silap aku, last aku ikut ayah pergi kebun aku darjah 6..bayangkan...

nasib baik abang aku ikut sorang, tak da lah aku bosan. boleh dalam kebun sambil tanam baja menyanyi-nyanyi...lantaklah, kalau indon kat situ dengar. tu je cara hilang penat.

tapi, seronok pulak pergi sana. dalam kebun cuaca redup, tapi bila buat kerja berpeluh-peluh. tak payah nak pergi sauna..ni abang aku sekarang ni poyo, mengadu-ngadu lenguh tangan..malas aku layan..hahah

Thursday, June 30, 2011

congratulation =)

ALHAMDULILLAH...akhirnya dapat juga aku sambung degree..ya, walaupun hanya degree, aku happy tahap cipan..parents aku pun happy gak...ho yeah!

walaupun hanya di Melaka, bandar yang boleh kata tiap minggu aku pergi jalan-jalan..tapi, mungkin situation dia lain sikit kan..tapi aku pretty sure juga yang aku mungkin balik tiap-tiap minggu sebab tiap-tiap minggu jugalah ayah dengan ibu pergi pusing-pusing kat sana..haha

ok, dari semalam semua nya rasa serba excited. dari tengok result kelayakan sampai lah ambil tahu kawan-kawan lain dapat kat mana...sedih sikit lah sebab semua tak sama tempat, kalau ada pun dua tiga kerat je.. =(

walauapapun, seriously, graduation day dengan sambung degree...those two things buat aku excited gila!..dapatkan diploma, tu salah satu goal yang aku dah dapat capai dalam hidup..at least i've achieved something..degree pulak, second level yang aku kena capai juga..

apa-apa pun, aku percaya sangat ni semua berkat doa ayah..kalau dia tak "bising" kat aku suruh belajar, tah apa la aku buat sekarang ni..

ok, untuk semua kawan-kawan aku :

CONGRATULATION AND CELEBRATION
haha...aku percaya sekarang ni semua tengah happy gila..i love you guys. tahniah sekali lagi. please keep in touch and i really miss our study lifetime dekat Unikop dengan korang...

Monday, June 27, 2011

mari makan kawan

assalamualaikum..apa khabar? haha..aku telah menggunakan bahasa baku.. *_* poyo lah!

hari ni dah selasa, aku tak sabar nak tunggu malam sebab aku nak tengok cerita ANNISSA kat TV3..



cerita dia secara keseluruhan macam cerita "Melayu" biasa..tapi yang buat aku rasa best sebab jalan cerita tu pasal kawan makan kawan..tu golongan jenis apa ek? karnivor ke omnivor ke herbivor? lepas tu aku rasa jalan cerita dia menarik sebab semua heroin dalam cerita tu aku tak minat..haha



kalau korang follow cerita ni,mesti korang rasa benda ni memang secara realiti nya terjadi..bak kata kawan aku, zaman sekarang ni tak payah lah ada kawan baik..sebab kawan pun sanggup tikam dari belakang. tapi itu pendapat masing-masing..bagi aku, tiada kawan, sunyi lah hidup...kawan baik, kawan yang sudi susah senang sama dengan kita..am i right?

o ya, tak sedar dah nak dekat hujung bulan 6. maksudnya dah dua bulan aku ambil kursus pengurusan rumah tangga dekat rumah aku ni. semalam lepas mandi, tengok rambut aku..phewittt! aku jumpa uban sehelai..gelabah gila..haha

dulu-dulu, akak aku bagi tau kalau dah ada uban maksudnya, malaikat maut datang melawat..haha,dada aku time tu dup dap dup dap, cuak kebebeh.. time-time tu juga rasa nak sembahyang taubat...tak tahu betul ke tidak..tapi, kalau ikut sains, tu maksud rambut dah mati ataupun rosak..haha.. apa-apa je lah =)..nak pergi makan..bismillah..

Thursday, June 23, 2011

bosan

assalamualaikum...

nasib baiklah si nisa rumah dia ada buat kenduri kahwin..tak da lah aku bosan sangat.
dari hari isnin sampai lah hari sabtu aku datang rumah. tolong apa patut. nama pun kawan kan..

lately ni tak da benda yang menarik pun berlaku dalam hidup aku. nampak sangat hidup aku ni membosankan. bulan 7 nanti ada benda nak buat, harap-harap ada sinar sikit yang menerangi hati ku ini..huhu.. =)

Tuesday, June 21, 2011

mumbling

assalamualaikum...hai peeps!!!
aku nak tanya satu soalan simple..satu je...

APA KORANG BUAT BILA MAK KORANG SUKA MEMBEBEL TAK TENTU PASAL???

aku memang malas nak dengar ibu aku membebel...karang aku mencelah takut kata melawan..what the.... -_-



malas amik port, aku diam..paling tidak aku buka tv..sabar je la...tapi ayah aku lagi slumber land...dia cakap kat ibu aku :

ayah: along (panggilan untuk ibu aku), abang ingat nak beli set DJ la kat rumah ni.
ibu aku yang tak berapa paham pun tanya: buat apa nak beli set tu?
ayah : elok lah beli, nanti along bole jadi DJ, cakap 24 jam..

kahkah...lawak gilo ayah aku...ibu aku buat muka bengang...

Sunday, June 19, 2011

mushaf sunan

"Cinta Sang Ratu..Laksana langit mencengkam purnama..Ibarat mutiara di lautan biru..Saujana mata memandang...Seluas langit terbentang..Tatkala cinta berbisik..Suaranya memuji Tuhan..apabila rindu terusik..Rasul-Nya menjadi pilihan..sampai masanya cinta jadi taruhan..Sang Ratu menjadi impian.."



ini lah ayat yang paling best pernah aku baca..Laksamana Sunan, lelaki berduka dari Tanah Rencong mengukir mushaf ni untuk isteri, si Ratu...tapi sayang isteri pergi menyahut seruan Ilahi..mati di tangan ibu asuhan sendiri..si Maharani...

mood : touching 8_8

Wednesday, June 15, 2011

yes! abg RAM aku

yuhu...assalamualaikum..hari ni seronok pulak aku..sebab nya karya yang panjang setelah empat siri novel nukilan Ramlee Awang Murshid, abang aku dah beli.yes..yes...
kegembiraan tahap gaban!

ok, untuk jalan cerita kali ni tajuk dia Sutera Bidadari..aku memang dah follow cerita ni dari dulu lagi..dari siri 1 sampai sekarang

siri 1, bagaikan puteri dah pun menambat hati aku untuk ikut cerita ni sampai habis



lepas tu aku beli pulak sambungan dia..cerita siri kali ni memang menusuk kalbu..



dah gian sangat, beli siri 3 ni pulak



lepas tu beli lagi siri 4



dan sekarang, siri akhir...



huhu, tapi aku tak habis baca lagi..tak sabar nak habis..

kepada abang RAM ku, serious..semua cerita anda memang penuh isi..tak merapu-rapu..memang thriller..yang penting unsur islamic tu ada...dan oleh kerana itu juga, semua koleksi novel hasil nukilan dan idea anda ada dalam almari rumah saya..saya tabik springgggggg sama anda...

Saturday, June 11, 2011

si gambit jimbit

assalamualaikum..apa nak jadi la industri seni malaysia ni? ramai kata nampak peningkatan..peningkatan dari segi apa? kualiti ke kontroversi?
berapa juta kali dah bekas pengacara melodi wahid dengan farah tu cakap, "kurangkan kontroversi, tingkatkan segala prestasi", tapi degil artis malaysia ni..kalau boleh hari-hari mau bikin panas! apadaaaaa???!!!

ni aku nak tanya, korang kenal ke nama Gambit Saifullah? aku kenal gitu-gitu aja, tak best friend pun dengan dia ni,,sebab aku bukan nya artis kan..bahaha =)
aku dulu first time dengar nama dia ni : Gambit?..kristian kot.., tapi rupa-rupanya orang melayu..ramai pulak member-member aku cakap dia ni handsome..aku pulak rasa biasa-biasa je...

ini lah Gambit Saifullah



beberapa tahun pun berlalu, aku tak pernah ambil tahu pasal makhluk ni sampai la 2 3 hari lepas kecoh pasal klip video arahan dia ni...kontroversi sungguh!




aku pun tak tahu nak cakap apa. mula-mula aku tak nak share video ni takut aku ajak korang buat dosa mata, tapi aku nak korang menilai..patut ke, buat klip video macam ni..?

well, ramai kata tak da lah "biru" sangat..tapi pada aku, tak payah kot nak buat aksi macam tu..kalau ada budak kecil tengok, apa nak explain?...

bagi aku banyak jalan cerita lain untuk di buat video klip, ataupun tak payah nak tunjuk aksi-aksi macam tu. sebab tu sampai sekarang aku minat dato' siti nurhaliza..serba sebi sopan..video klip tak payah nak buat panas-panas, tapi tetap meletop..

yang Gambit ni pulak boleh buat statement kata nak buat klip vidoe standard international...what the hack???..kalau kat Malaysia ni pun dah ramai kata tak patut, kat luar apa lagi orang ngutuk...sabo je la mak...

walauapapun, good try Gambit..kau memang berani.tapi tolong jangan lupa sisi agama.kau boleh sesuatu yang lain, tapi jangan sampai lain dari yang lain sensitiviti masyarakat dengan agama kita..betul tak apa aku cakap?

ok, tak nak lebih-lebih..karang kalau aktor Gambit ni baca, mesti dia nak tampar muka aku..yang paling penting aku jaga diri sendiri. aku pun bukan lah baik sangat. bak kata ayah aku, jaga stereng kereta elok-elok.jangan sampai makan jalan orang lain...maksudya, drive safely la kan?...hahaha

Friday, June 10, 2011

makan lagi

assalamualaikum, aku dengan kesalnya telah memusnahkan diet yang telah aku pertahankan hampir seminggu..terima kasih tidak terhingga kepada abang aku izul izat @ ijat domok yang menjadi punca musnah diet aku..i love u..hahaks

ok, semalam pergi makan nasi arab damsyik dekat seremban..pergh!!!! melampau tahap kekenyangan kita orang..nasi dia melambak-lambak..tapi yang penting sedapppppppppppppp!



yang best restoran ni, kita boleh pilih nak duduk dekat kerusi atau dudk bersila ala-ala arab..



nama pun kedai makanan arab, dia punya menu pun dalam arab campur bahasa melayu..



kitaorang order nasi beriani arab lauk ayam...



dengan nasi beriani arab lauk kambing...



campur pulak dengan roti syam..pergh..lembut gilo roti ni..kari dia pun best..
air pulak kita orang ambil jus mangga pure dengan teh pudina..huhuhu..memang terkena kejutan budaya perut aku semalam.. =P

korang pun boleh try..memang berbaloi..setiap hari buka kecuali hari selasa..aku pun tak tahu why? hahaha..

ok, nak ampai baju, lepastu lipat baju, lepastu bersihkan badan kucing..lepastu bla.bla.bla..sampai la aku tak larat, baru aku mandi...jumpa lagi..

Thursday, June 9, 2011

keindonesian

huhu..hujan pagi-pagi ni...gelabah aku teduh kain kat ampaian..lecun habis..
dah lah pulak orang indon ramai depan rumah aku. ni semua sebab nak besarkan longkang kat taman aku ni..aiseh...macam-macam projek..tahun lepas belakang rumah aku, sekarang depan rumah pulak.

apa yang aku nak cakap sebenarnya ialah kesian dekat indon-indon depan rumah aku ni. hujan lebat, tak da tempat nak teduh. yang dia punya tauke semua duduk dalam lori..diaorang tumpang teduh kat rumah orang yang atap dia sampai ke depan..jadi lah kalau nak elak kena hujan..kadang-kadang kesian gila aku tengok indon tersebut..tapi tak kan aku nak bagi tumpang teduh rumah aku pulak kan? macam-macam hal pulak jadinya karang...di buatnya aku jatuh cinta, lari pulak ke lombok..uishh..mintak simpang..

ok nak pergi mandi..bye..

Wednesday, June 8, 2011

mood baru

helloo...assalamualaikum..

hari ni rasa fresh sangat..rasa nak buat benda baru pun ada juga..tapi tak tahu apa dia. dengan semangat ala-ala kadar ni, alu pun tukar template blog kesayangan aku..
biru kau!, tapi sejuk mata aku pandang..i like...



ok, baru balik jogging..tetiba nisa ajak jogging pagi.aku ok je, sebab memang hari-hari bangun awal..kejap lagi nak kemas rumah pulak..
haish...household chores, never end...

Sunday, June 5, 2011

bila lina kawin

assalamualaikum...

hahaha..dah lebih 3 hari ta berblog walking., kerinduan pulak..
alhamdullilah dah selesai lina merangkap anak buah aku tu kahwin. sekarang dah dapat title baru...Puan Nur Dalina...uuuu..aku pulak bila lagi???

erm..aku jadi serba salah bila aku tak pakaikan inai dekat jari dia seperti yang dijanjikan... lepastu pulak, aku sampai dia baru je selesai akad nikah..lagi berbulu dia kat aku...

p/s: hidayah dzulkifli adalah budak gilo + jahat...

tapi nasib baik aku pandai pujuk..lagi pun, aku kan mak sedara dia, mana boleh marah-marah aku..hahah

ok..kerja aku kat sana adalah :









haha..ikutkan..banyak lagi gambar gedik, dengan satu family besar lagi best..tapi malas nak upload..walauapapun, pengantin perumpan..u look superb! i like...

tapi, baju hitam putih kau pakai lagi cantik..



pengapit lelaki kau pun handsome.. hahaha..

eh, jangan ingat aku bergambar je ek..ada banyak aku buat..malas nak show off.. =P

dari hari tu, semua sedara, sepupu, anak buah, mak-mak sedara semua kata badan aku naik..tu lah ayat paling tak best aku dengar...argh!!!!

Tuesday, May 31, 2011

tak sangka aku oii..

hari ni rabu, besok khamis, lusa jumaat, lepastu tulat sabtu...yang aku tak sabar-sabar, hari jumaat petang tu anak buah aku kahwin..huhuhu..walaupun dia tua dari aku 3 tahun, dya tetap panggil aku mak su..

ermm..aku janji nak pakaikan dia inai..tapi, macam tak sempat je..takpe, akan ku cuba datang awal hari jumaat pagi tu..



aku rasa nak buat design maca kat atas ni, tapi ada orang kata haram kan...aku bukan apa, aku pandai la juga nak corak-corak kan inai kat tangan.,bole rasanya nak buat kat tangan anak buah aku kan..


berbalik pada cerita anak buah aku ni, apa yang aku boleh cakap adalah:
betullah dunia ni kecil..anak buah aku tu nak kawin dengan kawan abang aku..yang kawan abang aku tu pulak ex-senior sekolah menengah aku..haha..diaorang ni semua sebaya..yang bakal mak mertua anak buah aku ni pulak hari-hari aku jumpa kat taman rekreasi kat tampin ni bila joging..tak sangka pulak aku..haha..

so...selamat pengantin baru in advance untuk anak buah aku..mak su doakan semoga berbahagia..dan yang paling penting, tugas kau doa kan mak sedara kau ni pulak jumpa mr.right dia..hahaha

Sunday, May 29, 2011

v-_-v

assalamualaikum...

secara jujurnya, aku tiada mood lah sangat untuk beberapa jam ni..hidup rasa tak best je kadang-kadang..semua benda aku tolak tepi kecuali makan..yeah...untuk hidup, sebagai rakyat jelata dekat bumi ni kita kena makan..kalau tak makan, semua benda tak boleh buat..betul ke? entah..tapi aku memang macam tu =O

serious tiada mood, tapi depan ibu dengan ayah aku kena cover dengan baik memandangkan mungkin diaorang lagi stress tengok muka aku kalau hari-hari muka macam rooney tak masuk goal..damn!!!

actually aku bengang MU kalah!!!! why? why? why MU..kalau kau tengok muka abang-abang aku yang fanatic gila dekat kau MU semalam, macam muka seorang lelaki yang kehilangan isteri dia! walaupun aku tak lah taksub dengan bola ni tapi, aku minat MU....kalau budak lain minat MU sebab partner masing-masing minat juga, tapi ia tidak bagi aku..

jadi untuk menghilang kan rasa tak best dalam diri ku ini, harapan aku adalah mentor final malam ni adalah milik protege yang aku support dari dulu...so good luck kepada beliau..=)

dan kepada yang rasa-rasa di dalam zone kemurungan..anda saat ini sebenarnya tengah berada dalam keadaan bosan..jadi ceria-ceriakan diri anda..selamat beramal...

Tuesday, May 24, 2011

successful story of the bright girl

ceh...tajuk aku tajuk cerita korea..gila apa! tapi apa aku nak cakap kat sini: alhamdullilah..tadi aku tengok result aku..4.oo flat tuh..jelez tak kalian?haha, memanglah, industrial training je kot..member aku yang lain pun dapat 4.00 flat..huahauaha..bukan kena jawab exam pun..dan aku tengok kat face book tadi, hampir semua kawan-kawan aku pun dah lulus dengan succcesnya untuk paper yang diaorang ambil balik..congrates korang..am very happy for you guys =)



dan saat aku tengok slip result, yang mengatakan aku dah COMPLETEhuhu..best tahap gaban..sekali lagi aku success! yang buat aku lagi excited, nak tunggu hari graduation saja..yeay..yeay...excited!

ok, tak nak merapu panjang-panjang..aku sekarang ni batuk-batuk, lepastu selsema sikit-sikit..doakan aku cepat sihat ye. sebab nak pergi karoke minggu ni,hahahks ;).dan kepada semua yang ambil result hari ni..congrates..apa yang kita dapat adalah hasil daripada usaha kita.. i love u guys