penat nya Ya Allah, minggu ni je dah dua kali aku ulang alik ke Kolej aku tuh..Tuhan je lah tau betapa penatnya aku..hari isnin, aku pergi naik bus..naik bas lompat-lompat..kalau orang tak faham, ingat bas aku naik tu rosak..tapi, maksudnya aku tak naik bus direct ke KL tuh..dari kediaman aku naik ke Terminal One, lepastu naik pulak ke Pudu Raya, lepas tu naik cab (orang Melayu panggil teksi)pergi kolej aku..ulang alik dalam satu hari habis la RM50++..
waktu pergi hari isnin hari tu, benda yang aku nak ambil kat coordinator tak boleh nak diambil sebab system kat Uitm down, jadi nak tak nak aku datang juga semalam..dan aku sangat lah happy gilo bila ayah aku kata dia boleh tolong hantarkan..dalam kepala aku masa tu: "yes!, tak payah guna duit aku!" haha
jadi semalam lepas semua benda dah settle kat kolej, ibu aku ajak pergi IKEA, nak beli barang gamaknya. aku pun budget ni mesti nak beli sofa baru sempena nak raya ni kan..tapi tulah, tak beli pun..belek sana, belek sini..last-last pergi The Curve sebalah tu..jalan-jalan dengan hasrat untuk pecahkan lemak, tapi malangnya kaki yang sakit..
nak dijadikan cerita.. kat sana, aku jumpa la pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya..
untuk pengetahuan korang, dia lah satu-satunya pengara lelaki yang paling aku SOLUTEEE!
bahasa melayu dia memang A lah!..penguasaan bahasa klasik, pantun-pantun dan kelembutan dia bercakap memang aku kagum lah.dan yang penting dia lah satu-satunya pengacara lelaki yang kaya dengan bahasa ibunda kita dan tak pernah rasa segan bila bermadah bila mengacara.ya, walaupun ada orang gelak-gelak kan cara dia, tapi aku suka cara dia..mana ada lelaki sekarang berbudi bahasa macam dia? abang-abang aku pun cakap kasar =P
aku bertambah solute kat dia ni bila semalam aku nampak dia jalan dengan isteri dia..walaupun dah sah suami isteri, pengantin baru pulak lagi, tapi tak da pun diaorang ni ngada-ngada nak pimpin tangan..yang penting jalan seiring je...jangan ada satu couple tu, aku rasa budak sekolah kot..ada ke budak lelaki tu yang baru keluar toilet pergi lompat naik belakang budak perempuan tu.konon-konon nak buat surprise..yang peliknya budak perempuan tu senyum suka..terkejut Ya Allah aku weh!..ayah aku cakap kucing aku gatal miang nak kahwin pun tak macam tu.
ok lah, aku rasa tu je lah aku nak taip kat sini, ini pun dah panjang..oh ya, lagi 2 3 hari dah nak puasa..tak sabar pulak aku..dah lama tak puasa penuh dengan family, selalu puasa kat kolej..excited gilo ni..
Thursday, July 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
yaya! yaya! nape tak bergamba ngn dia n wife dia. hehe.
haha..segan la..
usha dari belakang sudah =)
hehe.tape.tu pn da ckop.
Post a Comment