CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 21, 2011

di kebunan lagi

assalamualaikum...

huhu..lima hari dah tak buka blog...i miss u blog =)
nak cerita apa untuk entry kali ni?..cerita dia tadi aku pergi kebun lagi..tapi bukan ke kebun ayahanda tercinta, tapi kebun ayahanda tercinta kawan aku..hahah

semalam keluar melepak (kasar bahasa ni). eheem..keluar berjumpa (ayat poyo pulak) dengan kawan-kawan aku dekat kedai cendol favourite kitaorang..maka berjumpalah aku dengan amira, amalina termasuklah syazana..berempat je kitaorang..

makan cendol, cempedak goreng, pisang goreng dengan keropok lekor, borak-borak..tengok-tengok dah dua jam setengah kat kedai tu..maka baliklah kami ke kediaman masing-masing...

dan secara tak langsung sebelum balik, si amira ajak teman dia ke kebun hari ni untuk kutip durian gugur..tau tak kutip durian tu aktiviti paling aku suka?! dan aku jugalah HANTU DURIAN!haha...

jadi pukul 8 pagi dah bertolak...samapi kat kebun terus kutip durian, dapat lah 43 biji..banyak kan? macam biasa lah dalam kebun, nyamuk sana sini..memang kenyang la perut nyamuk tu tadi...

akibat kepenatan mengutip segala durian terus la balik rumah..dapat juga aku melantak durian..memang berbaloi lah..penat kutip durian, tapi hati puas makan durian..huhu

ok, aku pun tak tahu nak merapik apa lagi kat sini..cau cin cau dulu... 8_8

0 comments:

Post a Comment