asssalamualaikum..
aku rasa bersyukur dan best bila tahun ni dapat puasa penuh dengan family...*_*
tapi adat la manusia, bila dapat ni, nak yang tu...sama la macam aku. bila tengah puasa kat kolej dulu, rindu nak puasa kat rumah..ni bila dapat puasa kat rumah rindu nak puasa kat kolej..orang tak bersyukur, memang macam ni lah..
bila dapat puasa kat rumah, ada benda aku dah utarakan kat ayah aku. first, nak ajak ayah buka puasa kat rumah induk, dekat Kuala Pilah. second, nak buka puasa kat kampung ibu..walaupun nenek tiri kan, kena lah pergi juga. aku tahu, ibu pun mesti nak pergi rumah mak dia juga kan?..
selain tu, bila si nisa jiran aku ni dah sibuk dengan class dia, aku pun secara automatik duduk rumah diam-diam..hahah..jadi, konon-konon aku pasang azam nak kurangkan aktiviti :
haha..ni lah yang paling penting sempena bulan puasa ni. masa ni lah nak kutip pahala..
ni dah hari ke 2 kita puasa, dalam 2 jam lebih lagi nak buka. tugas aku kat dapur
1- masak nasi
2- buat air (sampai 3 jenis aku buat..haha)
3- set kan meja makan ( termasuklah hidang lauk,pinggan cawan bagai)
4- kemas balik dapur tu
macam kerja untuk orang pemalas je kan? apa-apa pun, yang penting apa pun kita buat kena ikhlas ok?? =)
Tuesday, August 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment