CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 4, 2011

tips

asslamualaikum

malas nak cerita banyak. ayah cakap orang keras kepala macam aku ni kadang-kadang kena bagi motivasi sikit. tapi motivasi ayah, bagi aku rasa macam satu bebelan pulak.
ayah pun aku rasa malas nak layan aku yang asik mengadu domba dengan dia. aku rasa la kan..

ok, aku memang suka baca blog ni. blogger ni dulu pensyarah time diploma dulu. sir ni suka letak entry yang banyak kata-kata himah.dan juga entry yang ada motivasi. jangan ingat aku jenis suka hu ha sana sini, tak da disiplin tau (",)

kan sejak dari masuk degree aku rasa macam stress sikit. sikit je tak banyak pun.jadi bila aku baca post sir ni tadi aku rasa aku patut apply kan waktu sekarang.
aku tak pasti lah diploma dulu aku ikut ke tidak.huhu

Tips Cemerlang di Dalam Bilik Kuliah/Kelas

Melangkah masuk ke alam Universiti bermulalah sebuah perjalanan yang penuh liku. Ramai yang terkandas dipertengahan kerana tidak berjaya menyesuaikan diri. Dugaan paling berat yang harus ditempuhi seorang mahasiswa adalah menghadiri kelas. Kebebasan yang dikecapi di Universiti berbanding alam persekolahan sebelum ini menyebabkan ramai yang leka. Atau lebih dikenali sebagai "Culture Shock!". Jika ada yang hadir pun, kerana terpaksa.

Universiti sangat berbeza dengan Sekolah.Tak hairanlah, ramai pelajar cemerlang SPM/STPM disekolah gagal atau mendapat keputusan cukup-cukup makan bila di Universiti. Kalau adapun, sangat sedikit peratusnya. Dan jangan terkejut dengan pelajar yang cemerlang di IPT adalah pelajar yang biasa-biasa sewaktu di alam persekolahan dahulu. Telah banyak kes yang berlaku seperti ini. Seolah-olah berlaku perkara terbalik.

Hari ini, saya ingin berkongsi tips cemerlang di dalam bilik kuliah bukan sekadar untuk IPT, namun sesisapa sahaja boleh mengaplikasikanya didalam kehidupan walaupun pakcik yang yang menghadiri kelas agama di masjid.

Tips pertama dan paling asas adalah ulangkaji subjek / pelajaran lebih awal sebelum hadir ke kuliah. Seelok-eloknya malam sebelum kelas. Kenalpasti topik-topik yang akan dibincangkan sekali imbas.

Kedua, jangan lewat ke kelas. Datang awal 15 minit sebagai persediaan dari sudut mental dan fizikal supaya mendapat lebih tumpuan semasa belajar.

Ketiga, pilih tempat duduk dihadapan kelas yang lebih dekat dengan pensyarah. Kerana lebih dekat dengan guru lebih keberkatannya.

Keempat, tunjukkan perasaan minat terhadap apa yang dituturkan oleh pensyarah kerana mereka suka dengan pelajar yang berminat dan ini akan meningkatkan semangat pensyarah untuk mengajar.

Kelima, dapatkan rakan sekelas yang bijak dan mudah faham didalam kelas.

Keenam, catat nota-nota penting yang diberi penekanan oleh pensyarah. Jangan sekadar salin apa yang dituturkan oleh pensyarah tetapi tidak memahami penerangan yang diberikan.

Ketujuh, jangan membiasakan diri bertanya "Bila kelas akan tamat?" atau kerap melihat jam tangan yang akan mengganggu tumpuan pensyarah mengajar.

Kelapan, cuba mengenal pasti apa yang difikirkan oleh pensyarah kerana selalunya pensyarah adalah salah seorang penggubal soalan dan pemeriksa kertas soalan pelajar. Dengan erti kata lain, jangan "syok sendiri" dengan buat andaian yang salah terhadap penerangan yang diberikan. Berani bertanya jika lambat untuk faham.

Kesembilan, Jangan tidur didalam kelas kerana ia tidak menghormati pensyarah dan rakan-rakan yang lain.

Kesepuluh, jika anda tidur juga jangan berdengkur sehingga mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran.

Saya harap semoga 11 tips ini dapat membantu dan menjadi panduan untuk cemerlang di dalam kelas walaupun banyak lagi tips-tips berkesan yang lain.

Hormatilah guru walau siapapun dia. "The most effective teacher will always be biased,for the chief force in teaching is confidence and enthusiasm." ~Joyce Cary

yang biasa aku buat no tujuh tu.hahah.

credit to sir hisham.

0 comments:

Post a Comment