ya allah. terkejut gila aku pagi-pagi ni bila aku online facebook. tak sangka.
kesian ex-senior aku. lumpuh separuh badan. kenapa aku tak baca berita?..sila klick dan baca kat sini
ikut kan aku langsung tak tahu, tapi nasib baik kawan aku tagged kat facebook...
kalau nak ikutkan, aku boleh kata rapat dengan kak ari ni. nama dah satu rumah, satu bilik lagi pulak sebelah katil aku. dulu, aku selalu bermuka-muka dengan dia. depan layan je dia tapi bila belakang aku kutuk dia. bukan apa, dulu dia agak "budget" dan suka ikut angin dia. kalau nak ok, dia ok kalau tak....
kat bilik,dia suka cerita problem dia kat aku. dari masalah boyfriend, kewangan, family sampai lah kesihatan dia.
tahun 2009, nak final exam aku ingat lagi dia menangis ayah dia kena angin ahmar. sebab kerja dekat singapore dan tak da pampasan, ayah dia pun berhenti kerja.
final exam 2010, dia mengadu sakit-sakit belakang. aku mula-mula buat tak tahu je. tapi dah sampai malam mengadu sakit sambil menangis. bila tengok macam tu, aku urut badan dia.. dua malam berturut-turut aku urut...
rasa menyesal pulak sebab pandang remeh dekat penyakit dia...
kalau ada masa nak juga melawat dia. kepada kaka ari,sorry sesangat. saya doakan akak cepat sembuh...amin...
0 comments:
Post a Comment