CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 25, 2011

unemployed

otak aku serabut sekarang ni...benda yang bermain di kepala aku, adalah

"aku nak kerja apa ni????!!!!!"

aku tengah fikir dengan income dari mara yang akan stop tak lama lagi, sedangkan tiap-tiap bulan ada je hutang cari aku..broadband la, nak top up la, nak hang out lagi la..tah apa-apa lagi la...tu la..duit tak da, tapi sibuk cari hutang...

kan best aku jadi budak kecik...makan pun bersuap, mandi pun bermandikan, jalan pun siap berdukung...wuwuwuw...

semalam aku menyapu kat laman rumah..macam biasa kerja rutin aku bila kat rumah, mengemas dan mengemas, tapi kurusnya tidak..ayah aku pun join duduk melepak kat laman rumah..

yang jiran aku pulak tengah renovate (betul ke aku eja ni) rumah. ayah aku cakap, kalau nak kerja, pergi la kerja kat cina tuh..pergi siapkan rumah jiran aku tu..

dan aku pun rasa.... -_-..lepastu, tiba-tiba ayah aku cakap kat cina tuh:

"nyonya, anak saya nak kerja dengan husband awak..kasi bikin rumah"..

hahahaks, terkejut kot jiwa aku...drag sungguh...tapi nasib baik cina tu tak dengar sangat..

well..well..agak nya la kan..ni la rasa orang yang menganggur..rasa serabut je..ayah aku pun tak kisah sebenarnya aku kerja ke tak buat masa ni. tapi aku nak juga..sampai bila nak duduk bawah ketiak ayah?..betul tak?

so, sesiapa rasa ada peluang kerja nak bagi kat aku...do call and inform me...(berharap sangat 8_8)...erm..., tadi aku call kawan aku...uwaaaaaa,,,aku jelez..
dia sekarang tengah kerja kat Times Square kat KL..bukan sebagai cleaner or sales girl ok..tapi kerja dekat account HR department..bestnya...

aku nak juga!!! =D

ok, sekarang nak taip surat, minit mesyuarat dan segala dokumen yang berkaitan dengan mesyuarat persatuan teksi ayah..untuk pengetahuan semua, sejak amik kos setiausaha dan pengurusan pejabat, ini lah kerja sampingan aku dekat rumah..

jumpa lain kali ok...dag dig dug...

0 comments:

Post a Comment