Tak perasan dah lebih sebulan aku duduk rumah. Macam-macam benda berlaku, dan banyak kerja rumah aku dah buat. Cuti sem lah baru aku dapat buat kerja-kerja anak dara. Kat kolej basuh baju dengan kemas bilik je, such a simple things for me =).
Dekat rumah semua baju aku basuh, even guna washing machine, penat juga. Lagi-lagi baju ayah, semua nak basuh dengan tangan. Aku ada kat rumah lagi suka dia tuka-tuka baju.
Baju abang aku, aku yang iron including baju ayah aku. Tapi kalau iron baju abang aku dapat upah. Upah tertinggi yang dia pernah bagi aku sebab iron baju dia ialah RM50.00.
Best sangat...;D Aku iron baju bukan nak upah, tapi dah tak tau nak buat apa kat rumah.
Nasib baik ada member aku merangkap jiran aku. Kenal lama dah, dari aku darjah dua. Otak dia memang gila-gila. Hari-hari aku main badminton dengan dia. Habis duit beli bola badminton. Aktiviti lain kitaorang tak lain dan tak bukan, lepaking termasuk gosiping, jalan-jalan cari pasal dan menunjukkan bakat yang tak hebat iaitu karoeke..
Dia tua setahun dari aku, aku panggil dia Nisa. Sekarang tengah belajar, and in the process nak amik Degree..Gud luck dud. Aku kalau balik rumah cuti, memang slalu lepak dengan dia. Kadang-kadang buat kerja amal jariah juga, sebab itu juga adalah satu tanggungjawab kita sebagai manusia.
Aku happy duduk rumah. Bila tengok cucu-cucu jiran aku main-main dengan kawan-kawan diaorang, teringat zaman aku kecik-kecik dulu., penuh warna-warni. Time tuh member aku ramai. Lebih 7 orang. Tapi bila sorang-sorang pindah, makin kurang member, Nak main pun dah tak best. Ada pula yang kawin, lagi tak best sebab ikut suami pindah..Last-last tinggal aku, udin dengan nisa. Ni belajar pun dah jauh, tunggu cuti sem baru jumpa.
Kadang-kadang aku tak caya aku dah 20 tahun. Kejap rasanya masa berjalan, sedang aku masih rasa macam keanak-anakkan. Tapi betul, kalau dapat ulang masa balik, aku nak ulang zaman aku kanak-kanak.Everyhting is there, my family, my friends and my life. Dan kalau betul masa boleh berundur aku nak kenal arwah mak aku, sebab masa aku dengan dia sangat singkat, dan jika diberi peluang, semua kesilapan dulu aku nak baiki..
Aku sentiasa memohon pada yang Khaliq, supaya sentiasa diberikan yang terbaik. Sebab aku percaya, setiap perkara berlaku pasti ada hikmahnya..
2 comments:
msti ko rndu kat ak kan sbb da lme x jmpe ak rse nye hampir stahun la...hahaha
ye la mar..rindu lak kt ko and the geng.
teringat zaman kite membuli teacher Tan Bee Suan ngan cikgu Madnoor..;D
Post a Comment