CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 31, 2011

tak sangka aku oii..

hari ni rabu, besok khamis, lusa jumaat, lepastu tulat sabtu...yang aku tak sabar-sabar, hari jumaat petang tu anak buah aku kahwin..huhuhu..walaupun dia tua dari aku 3 tahun, dya tetap panggil aku mak su..

ermm..aku janji nak pakaikan dia inai..tapi, macam tak sempat je..takpe, akan ku cuba datang awal hari jumaat pagi tu..



aku rasa nak buat design maca kat atas ni, tapi ada orang kata haram kan...aku bukan apa, aku pandai la juga nak corak-corak kan inai kat tangan.,bole rasanya nak buat kat tangan anak buah aku kan..


berbalik pada cerita anak buah aku ni, apa yang aku boleh cakap adalah:
betullah dunia ni kecil..anak buah aku tu nak kawin dengan kawan abang aku..yang kawan abang aku tu pulak ex-senior sekolah menengah aku..haha..diaorang ni semua sebaya..yang bakal mak mertua anak buah aku ni pulak hari-hari aku jumpa kat taman rekreasi kat tampin ni bila joging..tak sangka pulak aku..haha..

so...selamat pengantin baru in advance untuk anak buah aku..mak su doakan semoga berbahagia..dan yang paling penting, tugas kau doa kan mak sedara kau ni pulak jumpa mr.right dia..hahaha

Sunday, May 29, 2011

v-_-v

assalamualaikum...

secara jujurnya, aku tiada mood lah sangat untuk beberapa jam ni..hidup rasa tak best je kadang-kadang..semua benda aku tolak tepi kecuali makan..yeah...untuk hidup, sebagai rakyat jelata dekat bumi ni kita kena makan..kalau tak makan, semua benda tak boleh buat..betul ke? entah..tapi aku memang macam tu =O

serious tiada mood, tapi depan ibu dengan ayah aku kena cover dengan baik memandangkan mungkin diaorang lagi stress tengok muka aku kalau hari-hari muka macam rooney tak masuk goal..damn!!!

actually aku bengang MU kalah!!!! why? why? why MU..kalau kau tengok muka abang-abang aku yang fanatic gila dekat kau MU semalam, macam muka seorang lelaki yang kehilangan isteri dia! walaupun aku tak lah taksub dengan bola ni tapi, aku minat MU....kalau budak lain minat MU sebab partner masing-masing minat juga, tapi ia tidak bagi aku..

jadi untuk menghilang kan rasa tak best dalam diri ku ini, harapan aku adalah mentor final malam ni adalah milik protege yang aku support dari dulu...so good luck kepada beliau..=)

dan kepada yang rasa-rasa di dalam zone kemurungan..anda saat ini sebenarnya tengah berada dalam keadaan bosan..jadi ceria-ceriakan diri anda..selamat beramal...

Tuesday, May 24, 2011

successful story of the bright girl

ceh...tajuk aku tajuk cerita korea..gila apa! tapi apa aku nak cakap kat sini: alhamdullilah..tadi aku tengok result aku..4.oo flat tuh..jelez tak kalian?haha, memanglah, industrial training je kot..member aku yang lain pun dapat 4.00 flat..huahauaha..bukan kena jawab exam pun..dan aku tengok kat face book tadi, hampir semua kawan-kawan aku pun dah lulus dengan succcesnya untuk paper yang diaorang ambil balik..congrates korang..am very happy for you guys =)



dan saat aku tengok slip result, yang mengatakan aku dah COMPLETEhuhu..best tahap gaban..sekali lagi aku success! yang buat aku lagi excited, nak tunggu hari graduation saja..yeay..yeay...excited!

ok, tak nak merapu panjang-panjang..aku sekarang ni batuk-batuk, lepastu selsema sikit-sikit..doakan aku cepat sihat ye. sebab nak pergi karoke minggu ni,hahahks ;).dan kepada semua yang ambil result hari ni..congrates..apa yang kita dapat adalah hasil daripada usaha kita.. i love u guys

Saturday, May 21, 2011

chocolate ku chocolate mu jua

seperti yang dijangka, hidup aku bosan bila tak buat apa-apa, walaupun aku duduk melepak. jadi hari tu, dari membazirkan masa, aku dengan si nisa gila sebelah rumah aku ni pun decided nak buat chocolate yang kitaorang belajar dulu..

kali ni design lebih menarik sebab, dapat kepala macam kitaorang..nak kata comel tak comel, nak kata remaja tak tahu remaja ke tidak..dapat idea gila jadi hasil dia pun gila juga..jadi lebih kurang macam ni lah hasilnya :

ni bentuk bear


ada bentuk smiley


rose pun kitaorang main buat


bentuk love pun ada




strawberry dengan rose kecik ni pun kitaorang main buat


puas hati gila, bila dah siap dengan packing sekali..rasa chocolate ni pun best GILA!!! setiap color ada rasa dia..huhu...kalau rasa nak try, order la kat aku..haha $_$

Friday, May 20, 2011

kerjaya

semalam tiba-tiba, topik bualan aku jadi macam serious bila borak dengan si nisa dungga.
selalu topik kita orang, macam orang tak da masa depan je..tapi semalam lain pulak rasanya..

si nisa tuh tiba-tiba cakap risau pasal kerjaya dia akan datang memandangkan dia dah tukar kos time degree nih. aku cakap lepak sudah, study sampai habis dulu tapi plan baik-baik apa kau nak buat lepas study nanti. aku ni kalau cakap, macam pakar, tapi dalam hati aku time tuh sama juga rasa macam dia tuh. tapi at least, dia tuh ambil subjek enviro yang memang masa akan datang nak guna pakar-pakar lulusan macam dia..aku?

diploma pun setiausaha ja..apo nak jadi? tapi aku tak pernah menyesal sebab sejak aku masuk kos ni, ini adalah cinta pertama aku. serious, kos ni menarik gila. orang dah belajar je tahu macam mana perasaan aku ni. tapi kenapa kawan-kawan aku tuh handal-handal belaka. yang hampir jadi doktor, yang hampir jadi cikgu, yang hampir jadi nurse..kiranya, habis belajar menjadi la diaorang.. ceh, jelez gila aku. sedangkan sekolah sama-sama, ada yang dari sekolah rendah. kerja sekolah tak siap pun sama-sama, kena marah dengan cikgu pun sama-sama, memonteng pun sama-sama..tapi, tengoklah..diaorang juga yang best...jelez..jelez..

dulu kecik-kecik, aku puas fikir, apa nak jadi?.kalau nak ikutkan..ada juga aku terfikir, apakah aku dilahirkan untuk menjadi bintang terkenal atau selebriti? tapi, nampaknya memang tak lah kan..

tapi, aku ambil benda ni positive..bak kata abang aku. kenapa ada kos elektrik, kimia, doktor dengan enginering kat universiti..sebab peluang kerja tu ada. sama la dengan kos yang aku ambil..dan tak kisah la apa kos pun yang kita ambil, semua ada peluang kerja..apa ingat, pihak universiti dengan kolej provide kos-kos yang kita ambil tuh untuk suka-suka ke?..

ok, never say never..macam biasa la, pepatah aku memang tak da kena mengena..aku percaya bila masanya akan ada anak raja pinang aku nanti..ehem,,maksud aku kerja yang sesuai dengan aku..tapi, apa saja yang anda lakukan, yakin boleh! rakan muda....

assalamualaikum

Wednesday, May 18, 2011

tut...

lately ni aku asik mencarut, mencarut dan mencarut...dan habit ini sentiasa berlarutan bila aku online!

entah kenapa??? sakit jiwa aku..dah lah aku memang tak boleh tahan sabar, dapat pulak line macam hampeh..serabut jiwa aku.

CELCOM..kau adalah satu ciptaan manusia yang paling aku menyampah buat setakat ni..



kejap tadi, ibu aku dengar aku mencarut lagi..punya marah dia dengar aku mencarut..
aku cakap aku bukan suka-suka, tapi aku tengah bengang..ibu aku cakap tak manis anak dara cakap macam tu. habis, hati sudah panas, tak kan nak duduk diam?..grrrrr....

ok..jangan jadi macam aku. tak baik mencarut..tapi pesan aku kalau rasa memang patut kena tut....dari korang, aku galakkan...sekian, terima kasih

Monday, May 16, 2011

ibu ayam conference

kepada semua ibu-ibu ayam daerah tampin merangkap kawan aku, kak long pika, nana , nisa dungga dan marc nour ( nama sebenar muhammad noor tapi bajet ala marc anthony)...terima kasih untuk semalam sebab kita semua tak ubah macam orang gila..

bergerak dari 9 pagi ke shah alam lepas tu sampai tampin balik 2 pagi..sungguh mengujakan! meeting berjalan lancar dan duit habis pun berjalan dengan lancarnya.. $_$
ada masa jumpa lagi korang..tinggal lah balik aku dengan nisa kat tampin ni..
lepas ni, kalau ada meeting ibu ayam, giliran anda semua datang kat sini ok?..i love you all..

wajah-wajah ibu ayam...





p/s: jangan salah faham, ibu ayam di sini, tiada bersangkut paut dengan kes penjualan wanita..ini adalah gelaran semata-mata..dan meeting adalah perjumpaan tahunan atau orang putih kata annual activity memandangkan susah nak jumpa sejak bergelar mahasiswi..jadi sesiapa yang berminat nak join, sila hubungi aku..(tak digalakkan sebenarnya).

assalamualaikum

Saturday, May 14, 2011

chocolate

setelah beberapa hari aku membara menahan marah dekat blog ni, akhirnya...detik ini dan saat ini aku dapat juga buat entry kali ni. entah ribut taufan mana melanda blog ni sampai problem dia bagi effect kat semua geng blogger..ok, tak pa..yang penting dah dapat buka balik..

ermmm...aku saja nak share yang aku dah pandai buat chocolate..(nada bangga)!
chocolate yang aku buat sama macam chocolate yang selalu orang jual dekat blog-blog tuh..

senang gila nak buat sebenarnya..tapi aku tak boleh share ye guys..sebab aku belajar dekat mak nisa., free of charge..sedangkan mak nisa tuh pergi belajar dengan persatuan wanita kat taman indah ni seorang RM250.00..mahal tuh..

aku lupa pulak bawa camera waktu buat chocolate tuh..kalau tak boleh juga para penonton, ibu-ibu, bapa-bapa dan semua yang ada di sini tengok chocolate aku buat dengan nisa serta ibunya..huahaha..

dalam satu hari kita orang buat lebih 3 perasa dan lebih 5 design..best wo!lagi bangga sebab walau pun first try, tapi menjadi..rasa nak meniaga pun ada juga... =)

ok..nanti kalau aku buat lagi, aku upload ok...
i love you...*o*

Tuesday, May 10, 2011

lepaking

assamalmualaikum...hohoho..

semalam aku keluar dengan si nisa ke Melaka , dia kata berdua je..tapi last-last tujuh orang semuanya..nak tak nak kena naik dua kereta. siapa lagi lima orang tu?

lagi lima orang tu, budak kolej dia. nasib baik aku kenal empat orang tuh, yang lagi sorang tu baru kenal semalam..tapi, serious kepala dungga diaorang sama macam kepala aku dengan si nisa ni..so, tak da apa hal la nak lepak sama-sama..

first sekali, pergi Celcom Centre..nak tahu? semua nak pergi sana sebab nak melangsaikan hutang piutang dengan celcom yang bagi aku nak bagi penampar je sebab line dia macam kura-kura atau tenuk nak melintas jalan..



lagi best, ada yang terus isi borang terminate, sebab dah tak tahan. bukan tak tahan nak bayar, tapi tak tahan nak tahan sabar line macam hampeh!

tapi, aku masih bersabar...jadi aku bayar hutang beruk band (broadband) ni dulu. tapi, bila-bila aku rasa kesabaran aku teruji lagi, aku tak teragak-agak terminate seperti mana makhluk-makhluk Allah semalam buat..atau pun biar kan je..biarkan macam gantung tak bertali???



lepas settle semua hutang, macam biasa perut masing-masing menyanyikan lagu keroncong si endang-endong nyanyian Hetty Koes Endang..lapar bukan main!

pergi pulak makan dekat US Pizza...sila bagi perhatian di sini : makan di sini are totally NOT RECOMMENDED!



aku order air American Ice Tea..rasa macam gempak je kan bila dengar nama tuh.tapi yang aku dapat hanyalah tak ubah seperti Teh O Ais..aku order pulak Crazi Garlic Twister..tapi yang aku dapat adalah roti bawang putih, yang tak tertwist pun..mushroom soup nya...ya Allah...rasa dia ala-ala basi kot..huahua..

tapi, tak semua la mengecewakan..pizza, spaghetti dengan chicken wings bole la tahan..tapi bagi aku, korang masak sendiri la lagi sedap!

lepas makan, pergi karoke..tiga jam..memang sakit anak tekak kau. lepas tu sibuk nak pergi jusco pulak..sebab apa? nak makan sushi...aku paling tak suka sushi. serious, anak tekak aku memang tak boleh nak telan. aku ingat waktu form 1 aku makan sushi salmon, muntah-muntah aku.

tapi, walau apa pun..great day semalam..dah lama gila tak melepak macam semalam..bila la pulak nak keluar dengan member-member aku yang lain???

Saturday, May 7, 2011

final decision

nampak nya...final decision dah dapat dari ayah aku. jawapan tetap sama seperti mula-mula aku utarakan usul aku nak kerja dekat Kepong..iaitu "TAK PAYAH LAH"...




macam ni lah keadaan muka aku, bila ayah kata tak payah... -_-

dan dari situ aku sedar yang aku tak pandai nak memujuk..dan oleh itu, aku rasa aku patut pergi kelas atau kursus memujuk...

Friday, May 6, 2011

lara kuciwa

assalamualaikum...

sedap pulak tekak aku makan kuih india tadi..pedas dia memang kena selera aku...kena pulak minum air sejuk lepas tuh..memang best la...hahaha

semalam, aku dapat call dari ekin kata ada kerja kosong kat Kepong..tuhan je la tahu betapa gumbiranya aku. excited aku dengar cerita dia. nama company, tugas aku nanti..
cuma aku kena datang KL, isi form, bawa resume and terus interview...best kot aku rasa!

but then, aku tak berani nak conform awal-awal..sebab macam biasa lah, keizinan, keredhaan, dan kata sepakat dari abang dol merangkap ayah aku perlu diutamakan..

tadi punya baik aku susun ayat..last-last ayah aku cakap..tak payah la. kau pun nak sambung belajar..

ala, kecewa nya hati aku...sob..sob...seriously lara kuciwa..

tak pa, besok aku pujuk lagi..wish me gud luck ok?.... =)

Monday, May 2, 2011

Tan Bee Suan

huhu..hari tu aku nampak cikgu sekolah menengah aku..wow! badan dia maintain je..tak macam aku. tapi benda pertama bermain kat kepala aku time nampak dia : "teacher ni dah kawin ke belum ek?"..haha

tapi sayang la, aku tak sempat tergur dia. namanya satu taman, tapi tak pernah pun pergi rumah dia..=D

Tan Bee Suan...satu nama besar kat Sek. Men. Keb Tampin bagi budak aliran sains atau yang pernah belajar sain dengan dia ni..aku panggil dia teacher je..
dia ni ajar aku dari form 1 sampai la form 5. form 1 sampai form 3 ajar aku subjek sains, form 4 sampai aku form 5 dia ajar aku biologi..

aku kalau masuk kelas dia mesti bergaduh dengan teacher ni. pada mata dia ada je tak kena dengan perangai aku. memanglah aku suka main-main dalam kelas, tapi kerja dia semua aku buat.

yang aku tak suka, dia suka complaint cara aku buat nota. lepas tuh kalau buat report eksperiment mesti ada salah. aku pulak suka menjawab...kahkah..memang dia fed-up la perangai aku kan..lepas tuh, suka banding-bandingkan aku dengan kakak aku. dia cakap kakak aku tuh lagi baik,result bagus..aku contra dengan dia la...arghh!! aku tak suka semua tuh...dia memang terkejut gila bila dia tahu aku adik kakak aku. ye la, bak kata dia aku lain sangat dengan kakak aku.

teacher ni dalam kelas dia kena cakap bahasa inggeris.kalau tak jangan cakap dengan dia..aku kan, first time masuk kelas dia, aduh...bapak bosan..
aku ingat lagi, waktu aku form 1, dia dengar je aku cakap bahasa melayu, dia mintak aku sepuluh sen..habis tu, bila aku menjawab balik, dia kira setiap patah aku cakap tuh kali dengan sepuluh sen...adoi...malas betul aku.

teacher ni suka cakap: why you are so late?( kalau lambat datang kelas atau labotary),lepastu suka membebel-bebel bila tak siap kerja dia...hahaha..aku memang selalu kena la kan..

tapi, aku suka sakat cikgu ni..sebab kalau dia marah, kelakar gilo! tak takut langsung pun aku..tiap kali dia marah, aku dengan budak-budak ni gelak-gelak..bagi aku, kalau dia marah, mesti fikir nak takut ke tak nak?..huauha..member-member aku pun sama kot..haha. kami memang kurang di ajar..kalau nampak dia kat kawasan sekolah, suka jerit-jerit panggil dia..dia tak marah tau, senyum lagi ada..

pernah sekali dalam kelas biologi, aku tidur..pergh!!!! subjek ni gila bosan! aku kan asal subjek ni rasa nak tidur. sekali, dalam kelas aku tetidur, lepas tuh dia jerit guna microphone "don't sleep!". aku tentu-tentu la terkejut. huahaha..tapi, macam aku cakap tadi, aku tak takut pun dengan dia ni..aku cakap sorry teacher, lepas tuh gelak-gelak dengan budak-budak ni...hahah.. dan sebab itu lah, aku punya subjek ni dapat teruk..no wonder i got my biologi D for my spm...sengal betul..

ada juga sekali tuh, aku eja nama Tan Bee Suan jadi Tan Bee Swan..mengamuk gilo dia kat aku..haha..aku bukan sengaja kot. dia ingat aku saja-saja..puas aku liquid balik nama Swan tuh jadi Suan balik... B-)

tapi, yang buat aku terharu kat dia, bila dah nak spm.. aku dengan budak-budak ni pergi la salam semua cikgu-cikgu ni nak untuk ambil berkat kan,,termasuk lah teacher tan ni..time turn aku salam dia, dia pegang tangan aku...aku clearly ingat apa yang dia cakap kat aku.."do your best hidayah. i wish all the best..work hard on your paper"..

alamak...aku time tu, rasa sayu gila kot. dan dan tuh juga lah terbayang segala perangai aku kat dia ni..aceh...tapi tu lah, aku memang tak suka subjek bio..

jadi, bila aku nampak dia hari tu, teringat-ingat aku time gaduh dengan dia masa zaman sekolah dulu. kelakar nak mampus weh! budak-budak kelas aku pun suka sakat teacher ni..macam-macam la aku pernah gaduh dengan ni. 5 tahun dengan dia, segala mcam la jadi..hahaks..

untuk teacher Tan Bee Suan, sorry for everything ye teacher..biasa la, saya memang perangai macam ni..dan untuk budak-budak kelas aku...KORANG!!!!bila nak jumpa ni?..lama gila tak jumpa!

buat reunion jom..ajak teacher Tan sekali..dah lama tak gaduh dengan teacher ni..hahah