CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 6, 2011

kereta ku

tiada kemalangan jiwa berlaku..alhamdullilah..tapi tekujat besar memang ada..

hari sabtu ada dua benda berlaku...best dengan yang tak best..

yang best..pergi Pasir Besar, jumpa family members kat sana sebab 2 orang anak buah aku kahwin serentak..jadi ada 2 pasang pengantin..memang best. jumpa pulak semua sedara-mara, memang havoc la kan =)

lepastu semua nak balik, sebab dah penat..macam konvoi ramai-ramai..kereta family aku depan sekali..yang lain follow belakang..sebenar bukan nak konvoi pun, tapi jalan satu arah kan..memang kena ikut jalan yang sama la..

dalam kereta aku dengan family borak-borak macam biasa..tiba-tiba aku nampak kereta myvi warna putih datang bertentangan dari arah depan kereta..abang aku dah break emrgency dan tekan hon..bumb!!!...yang aku nampak gelap, tapi aku dengar dentuman.
dan ni yang tak best ni..

bila buka mata, tudung aku dah terbuka sikit. aku tengok keliling ramai orang dah..siku ibu berdarah, adin terhantuk, tangan ayah melecet sikit.
aku tengok pulak kereta myvi putih tadi dah terbalik..ya Allah, tuhan je tahu semangat aku masa tuh..

aku dengna family cepat-cepat turun pergi kat kereta tu..nasib baik ada juga orang sekeliling tolong..

1.2.3..dum!..kitaorang tolak balik kereta tuh ke keadaan asal..driver dia cina. lelaki muda dengan isteri dia..nasib baik diaorang tak cedera..muka pun nampak terkejut..

sebenarnya..diaorang yang salah..diaorang nak masuk simpang, sepatutnya kena tunggu kereta depan lepas..tak sempat,kereta aku tengah lalu nak tak nak terlanggar juga..
yang kesiannya ada satu pakcik yang nak keluar simpang terjatuh sebab nak elak dari kereta putih myvi tadi..berdarah hidung pak cik tuh..

sedara mara terus berhenti tepi jalan nak tengok kitaorang..tuh yang best tuh..ada orang boleh tolong kan...

ok ni keadaan kereta aku lepas accident...


yang buat aku tak faham, lama juga kitaorang tunggu polis..pergi minum petang agaknya polis ni..dah lama sikit baru sampai..yang buat aku lagi tak faham, bila sebiji ambulance pun tak datang waktu aku kat tempat kejadian lagi..sampai sedara aku bawa aku ngan ibu balik rumah diaorang pun ambulance tak datang juga..
ini lah negaraku Malaysia..benda serious kadang-kadang dipandang remeh..

start dari semalam, family aku mengalami sakit-sakit badan..aku nye betis bengkak dan bahu aku sekarang ni tengah sakit...

jadi wahai pengguna jalan raya sekalian..berhati-hati ok..aku dah cukup trauma dengan kejadian tuh..err..aku stop driving dulu kot..walaupun aku tak drive waktu kejadian, tapi aku nampak dan rasa sendiri..

akhir kata dari aku...pandu cermat jiwa selamat...

2 comments:

Anonymous said...

er.yaya! bia btol.seram lak aku dga.so ni ko dtg kje jgk ke? asl ta mc je?

hidayah dzulkifli said...

btol fadz..it happened..
ak ngah keje ni..
aku ingt na cuti jumaat ni...
le smbung smpi ahd... =)

Post a Comment