CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 28, 2011

bz la

dari hari selasa sampai lah sabtu lepas aku terlalu lah sibuk sampai lupa akan kehidupan aku sebgai seorang remaja...hahaha..

apa yang aku sibuk? sibuk bergosip? sibuk online? ke...sibuk berangan?
no..no...yang ni BETUL-BETUL SIBUK!sampai tak online dan berblog walking...pada aku kalau sampai tak online tuh memang sibuk sangat tuh. =D

hari selasa:
bos mintak aku buat invitation card untuk semua bakal pesara...design dah cantik, atur cara dah letak, nama semua siap..bila print, tak jadi bentuk card..seluruh umat kolej unikop dulu aku call mintak ingat kan aku balik setting nak print tuh,,tapi semua lupa...bagus! itu menunjukkan bukan aku sorang je lupa...jadi, aku kerah kan seluruh keringat aku dalam komputer sampai menjadi sebuah kad yang amat bos aku sukai dan cintai...(bangga tahap gaban *_*)

hari rabu:
aku kena jaga bahagian pendaftaran latihan kebakaran..aku ingat kejap je la kan macam zaman sekolah dulu..tapi lama rupanya..dan aku tak sangka yang latihan ni kena real, where there were two persons had to act as a victim..huaha..siap kena papah dengan naik tempat usung...tapi memang nampak real la..then stop ada jamuan dan terus dengan tayangan video..bukan video lucah ya,,tapi video plan keselamatan..
dan terus ke Stor Yard, untuk latihan memadam api...


asap yang dibuat-buat untuk nampak real


beratur mengira ahli yang terselamat


cik wahid...salah satu pelakon yang menjadi mangsa


ada orang curi tangkap gambar aku kat meja pendaftaran


di stor yard...latihan memadam api

hari khamis:
aku jadi lagi sibuk bila tenaga aku dikerah untuk tolong penyelia bangunan set up dewan kat tingkat paling atas bagi menjayakan majlis persaraan yang bakal berlangsung hari jumaat...haha..aku buat mana mampu je..
nak buat senarai nama kehadiran lagi, susun hadiah, susun kerusi lagi...memang tak menang tangan aku..tapi memang seronok la kan...
hari yang sama juga, aku dapat arahan dari bos yang aku kena pergi Kuala Lumpur TNB punya HQ untuk join annual meeting PELITAWANIS...argh!!!!!
aku tak nak...tapi bos suruh juga..
"duit jangan risau..penginapan, makan dan minum awak ditanggung,.bawa baju saja". itu bos aku cakap.
ala, tuh semua aku tak kisah..aku cuma tak nak pergi.tapi nak atau tidak aku kena pergi juga..hari jumaat petang aku bertolak dengan ahli lain..gerrrrrrrrrrr!!!

hari jumaat:
pagi-pagi aku naik tingkat atas sekali..lepas letak beg kat meja aku..terus bergegas ke dewan..sekali lagi aku duduk bahagian pendaftaran..asik muka aku bahagian pendaftaran..muahaha

maka, berlangsunglah majlis hari persaraan dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan work sation 5S...

tidak lupa juga sesi jamuan dan sesi bergambar..benda wajib dalam setiap majlis tuh..betul tak?

petang pukul 12:30 bertolak lah aku dengan budak pejabat ke KL, TNB dekat Bangsar..kerana jam dan sesat sebab dah lupa jalan ke sana..maka lambat lah kitaorang sampai. tapi buat muka diva, selamba masuk bahagian pendaftaran..
"sory cik, dah tutup pendaftaran..."
hahaha...gelak ramai-ramai kat luar dewan tnb tuh..tapi, nasib baik pengerusi kat situ bagus.
"tak pe..cik semua jemput minum petang dulu. malam nanti jangan lupa dinner dekat dewan pukul 8 ye"
huhu...tak da lah malu sangat, akibat kebulur tahap cipanzi, kita orang pun makan..

lepas perut kenyang..bergerak ke jalan TAR, sebab nak check in hotel..
masuk je dalam hotel terus letak barang. lepas letak barang, belum hilang penat..terus pergi shopping..aku sebat hand bag dengan tudung design baru sehelai..akak yang lain, beratus-ratus habis...aku jelez!

lepas shopping, balik hotel bersiap..macam biasa la, group aku lambat lagi..
tapi waktu sampai dewan tuh..wah, cantik gila malam tuh..grand lagi...
aku ingat dinner biasa-biasa je. rupanya ramai gila makhluk PELITAWANIS..


para ahli pelitawanis

bila sampai kat situ, aku nampak senior kat sekolah dulu..dia terkejut nampak aku. aku lagi la tekerjut nampak dia..rupa-rupanya mak dia kerja satu office dengan aku..haha..sungguh tak ku sangka.


bersama ex-senior


group aku yang selalu lambat

waktu sampai tuh, aku tengok setiap wakil kumpulan dari setiap daerah satu malaysia ni tengah buat persembahan..haha...macam-macam perangai..aksi diaorang lagi tak boleh tahan..sporting gila!

tengah duk berhibur, tiba-tiba wakil dari TNB seremban naik atas stage untuk buat persembahan..aku pun ternampak lah satu ahli ni..gila familiar muka dia..aku perhati setiap inci muka dia..yes! itu lah mazni syawal, budak kolej aku..haha..dia pun join malam tuh siap pakai pakaian tradisional orang nogori lagi..hahaha..
tak sangka aku jumpa dia..


aku dan mazni

malam tuh lagi aku tak sangka ada Siti Sarah datang..dia jadi artis undangan..memang best la kan malam tuh ada artis..well, aku bukanlah minat dia sangat, jadi tak da lah nak bergambar dengan dia..tapi, credit to her cause made that night. soooooooooooooo superb! thanks Sarah

habis dinner kita orang pun balik hotel..dan melayan mimpi sebab penat sangat..

hari sabtu:
pukul 8:30 pagi dah sampai dewan balik, sebab ada meeting.macam biasa, group aku lambat lagi...haha

meeting yang bosan berlangsung sampi pukul 1:00 petang..memang bosan..
tapi pukul 10 pagi kitaorang balik hotel, sebab nak jemput anak-anak kak mas kat hotel..tunggu diaorang siap, aku dengan kakak-kakak ni nak tukar baju lagi, check out lagi..tup-tup dah pukul 12:30 bila kita orang sampai dewan. jalan-jalan dekat jualan tuh tengok-tengok dah habis meeting...haha, pandai betul kitaorang habis kan masa. =)

lepas lunch, kita orang pergi shopping sampi pukul 5 petang..shopping sakan sampai tak ingat dunia..sampai tampin dah pukul 8 malam...

jadi, begitulah sibuknya aku minggu ni..hari ni baru dapat online...tapi macam mana pun aku puas hati aku sibuk..dari aku duduk tak da kerja...

dan bila hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan...sedar tak sedar dah nak bulan 4..yes..yes...tak lama lagi practical aku habis..tak sabar weh...

nampak nya, dah samapi jalan pengakhir cerita aku untuk kali ni., lain kali kalau ada cerita best, aku cerita lagi walaupun ada yang rasa cerita aku ni tak best..tapi aku kisah apa..hahaha..ok...wassalam....

3 comments:

Anonymous said...

wow! bestnye prac ko.cane lak plak aih bole jmp mazni tuh? huhu

hidayah dzulkifli said...

ak mmg tau mazni prac kt tnb jga. tp dya kt semban, aku lak kt tampin..
meeting ni tnb seluruh m'sia kena attend..so ta sgka mazni g skali =)

pikasya said...

yaya pakai selendang! cute cute! =p

Post a Comment