CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 20, 2011

cara ku

Kalau nak ikutkan...aku rasa nak berhenti je buat practical ni...tapi, hari jumaat lepas,aku rasa best tahap gila bila cik fadz kawan aku mengatakan lagi 20 hari je aku nya practical...wakaka...happy...happy...

dan memandangkan aku dah lama tak ponteng, so last friday aku pun memontenglah seperti mana yang telah dirancang...dan rancangan aku ialah nak pergi tebus free karoke dengan member aku...3 jam free weh...siapa tak nak????!

tapi, memandangkan mood aku yang macam keling, terus tak jadi. dari hari jumaat sampailah semalam aku lepak kat rumah tanpa melakukan aktivti mingguan aku dengan nisa..

p/s: kepada nisa, sorry janda...i've spoiled everythin.,,and thanks sesangat
memahami aku..lain kita plan, lain pulak jadinya... =(

minggu lepas rasa macam stress...hangin satu badan. macam andartur aku ni..well, itu abang aku cakap..bengkak je hati aku dengar..sengal betul abang aku ni..

punya la mood aku swing,,air mata turun selebat hujan yang berlaku malam tu. tambah-tambah aku tengok cerita "two brothers" kat tv3 malam tuh, lagi sedih aku..benda tak ada apa pun sebenarya..nangis tak tentu pasal.

petang sabtu, aku tidur..argh!!!aktiviti menggemuk kan badan! tapi hujan yang buat suasana bilik aku tuh macam kat hotel..wakaka...aku pun terus tidur dengan lena..
tiba-tiba ayah aku kejut aku bangun..suruh aku bersiap..nak pergi mana?

"jom pergi surau..ada sambutan maulidur rasul..before maghrib mesti ada kat surau..jemaah kat sana.."

"ermm, tak pergi kot...ada hal..." aku cakap kat ayah..

"cantik muka kau"

"aah".. aku cakap dalam hati..haha

" kalau pergi karoke no satu..jangan nak ngada-ngada..mandi cepat!"ayah aku sambung..

nak tak nak , aku pun bersiap dengan sedikit rungutan..tapi bila aku fikir balik,memang patutlah aku pergi..rohani aku ni dahagakan santapan keagamaan =)

then, sampai surau aku tengok memang meriah la...kemah sana sini..orang ramai. dah macam sembahyang hari raya..
dalam surau, ramai pulak makcik-makcik ni terkujat tengok aku..aku pun rasa kenapa pulak kan?..
nak tau sebab apa diaorang terkejut nampak aku?..sebabnya,,aku dah besar...hahaha..
ntah apa-apa mak cik ni..dah 21 tahun kot..memang lah dah nampak lain..

lepas tuh tanya aku buat apa sekarang..aku jawab la tengah practical..lepas tuh tanya soalan yang aku paling takut nak jawab..
"kau belajar kek mano?"
ala..aku soalan ni la yang paling lemah nak jawab..bila aku jawab UNIKOP..semua orang tak tahu..bila aku jawab kat Gombak semua ingat aku belajar kat UIA..nanti aku jawab UiTM rasa menipu pulak..haish~~~

time sembahyang tuh rasa aman sangat..ye lah..sembahyang solo ni feel dia lain, sembahyang jemaah feel dia lain pulak..

dan bermula lah sesi ceramah...hahaha,,,,ini salah satu benda yang aku tak suka kat makcik-makcik ni..
time dengar ceramah, benda pertama diaorang nak tengok ialah ustaznya..
"oooo...budak lagi orangnya"
"mudo laie..tapi boleh tahan..."

nasib baik ibu aku tak cakap sama..dia duduk diam je sebelah aku..bagus,bagus... =)
aku respect ibu aku nih..

aku bukan lah menidak kan cakap makcik tuh..memang muda la ustaz tuh..handsome lagi..
tapi yang penting ilmu dia..aku pun terpana pandang muka ustaz tuh..(sound gedik)
ye la, muka orang ada nur B-)

sungguhpun muda, ustaz tuh ceramah best gila..sejam setengah buat lawak..aku dah macam orang gila tahan gelak kat situ,,tau je la kan, aku kalau gelak mesti kuat..
nanti bertambah terkujat makcik-makcik tuh kat aku nanti..

lepas ceramah..ada jamuan sikit...lepas tuh gotong royong kemas kan surau..baru balik..alhamdullilah, tenang hati..

jadi..siapa rasa-rasa macam stress pergi lah surau atau masjid..aura dia tuh lain sikit..ada pernah sekali aku dengar ceramah, ustaz tuh cakap, biar pun datang masjid tuh tak sembahyang,,tapi tidur je,,insyaAllah..tenang hati tuh..

dan lagi satu, kalau kita ni sembahyang jemaah, ion dalam badan setiap orang akan jadi positive, jadi pada masa yang sama aura positif terbentuk dalam badan..tambah-tambah dengan bacaan ayat suci Al-Quran, lagi tersusun ion dalam badan.
seterusnya, dapat buang ion negative dalam badan..

aku bukan lah nak jadi orang alim kat sini kan..aku sedar siapa aku..tiap hari mesti buat salah la..tapi saja nak share apa yang aku rasa..pokok pangkal ikhlas =)
jadi rajin-rajin lah ke surau atau masjid ye..(macam bagus je kan aku nih :P

okeh dear...sampai sini je..love you.

pesanan ini dibawa oleh Hidayah Dzulkifli...

2 comments:

Anonymous said...

haha.mcm iklan la plak.alhamdulillah~ penantian kite slme ni da nk berakhir.

hidayah dzulkifli said...

hahaha....800x...mmg tak sangka ak fadz...
pejam celik2 da nak abis..yeay..yeay...

Post a Comment