CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 29, 2010

tak tau

Alhamdullilah...aku dah sihat, tinggal batuk dan selsema.
aku boleh tahan lagi.

Bila aku tengok blog orang lain, aku jeles. Sebab blog diaorang menarik, tertarik dan the bomb. Aku nya pulak, biasa je. Aku tak tau nak buat macam mana lagi..

Tapi aku harap, one day mest ada someone yang guide aku untuk buat my blog more interesting...

Friday, June 25, 2010

tak sihat

salam sejahtera hendaknya..

Dari semalam aku dah rasa tak sedap badan. Lebih-lebih lagi tekak aku sakit sikit, bersin tak henti-henti. Malam tadi tak tidur langsung, sebab asyik bersin.
Pagi tadi, badan aku panas. Tapi kaki dengan tangan aku sejuk. Terpaksa pakai sweater dengan socks.

Ayah ajak pergi klinik, ibu aku pun beriya-iya suruh pergi, tapi aku malas. Kompem klinik ramai orang, sedang aku tak larat nak tunggu lama-lama. Aperpun, demama dah makin kebah, hara-harap besok totally sihat. Penyakit satu dugaan, sabar adalah penawar..dan itu yang aku tengah practikkan..

Monday, June 21, 2010

Semalam hari yang sangat memenatkan. Kemas bilik abang aku sampai 2 jam..bilik orang bujang la katakan, habuk sana sini. Habis kemas pukul 12:30.
Pukul 1:00 Nisa tipon ajak teman pergi MElaka buat treatment resdung. Sampai dekat MELaka Mall pukul 4:00.

Lepas buat treatment pergi tengok wayang, cerita Lagenda Budak Setan. Sebenarnya, aku dah baca cerita tuh, dari Zaman Kasyah (hero) kecik-kecik sampai habis novel bersiri tu, sebab aku ada koleksi novel tu. Tapi memandangkan Nisa yang nak tengok sangat terpaksa aku temankan....

Habis tengok Muvie dah pukul 8:30 malam, ingat nak rush terus balik. Sampai dekat kereta, kereta tak boleh nak start. Dalam hati aku cakap, ini mesti air bateri habis ni. Dan bila abang guard datang tolong check, sangkaan aku tepat sekali. Walaupun aku jarang-jarang drive, tapi ayah sentiasa ajar aku mengenai kereta.
Memandangkan air bateri yang dah terlalu kosong, tiada cara lain samaada guna teknik jumper ataupun tukar bateri baru. Tapi hari dah malam, mana jual bateri kereta baru.Tapi kitaorang boleh gelak-gelak lagi kat perking lot yang dah kosong tuh. Abang guard tu pandang pelik kat kitaorang, sebab macam tiada masalah langsung..

Nasib baik Nisa ada sepupu kat Melaka, dia datang and the geng tolong kitaorang.Tapi nak dekat satu jam setengah baru diaorang sampai.Mula-mula try teknik jumper, tak berkesan sebab air bateri memang dah kosong sangat.Lepastu guna teknik tolak kereta, pun tak boleh start enjin. Last-last, transfer bateri kejap baru boleh start. Hati sudah lega, tapi boleh pula abang guard dengan sepupu Nisa cakap, kalau guna teknik transfer bateri, make sure kereta jangan mati enjin. Sekali mati susah nak hidup..

Dan nisa menggunakan segala kepakarannya memandu supaya kereta tak mati enjin.Sepupu Nisa pula guard kitaorang sampai ALor Gajah, so that if anything happen tengah jalan, at least dia ada kat sana.Ya lah, mesti la risau sebab anak dara balik tengah malam.

Alhamdullilah pukul 12:00 pagi sampai rumah. Yang kelakarnya, bila enjin dah matikan, aku suruh nisa try start balik. Amazingly, enjin tuh bole start balik. TErgelak-gelak aku ngan nisa kat depan rumah..apa-apa pun, semalam adalah pelajara yang semua pemandu kena amik tahu.Cek air bateri, minyak hitam dan juga break. Ayah aku cakap tiga bende ni mesti cek terlebih dahulu sebelum start memandu. Selain tu, cek tayar dan juga servis kereta...
Tak perasan dah lebih sebulan aku duduk rumah. Macam-macam benda berlaku, dan banyak kerja rumah aku dah buat. Cuti sem lah baru aku dapat buat kerja-kerja anak dara. Kat kolej basuh baju dengan kemas bilik je, such a simple things for me =).

Dekat rumah semua baju aku basuh, even guna washing machine, penat juga. Lagi-lagi baju ayah, semua nak basuh dengan tangan. Aku ada kat rumah lagi suka dia tuka-tuka baju.

Baju abang aku, aku yang iron including baju ayah aku. Tapi kalau iron baju abang aku dapat upah. Upah tertinggi yang dia pernah bagi aku sebab iron baju dia ialah RM50.00.
Best sangat...;D Aku iron baju bukan nak upah, tapi dah tak tau nak buat apa kat rumah.

Nasib baik ada member aku merangkap jiran aku. Kenal lama dah, dari aku darjah dua. Otak dia memang gila-gila. Hari-hari aku main badminton dengan dia. Habis duit beli bola badminton. Aktiviti lain kitaorang tak lain dan tak bukan, lepaking termasuk gosiping, jalan-jalan cari pasal dan menunjukkan bakat yang tak hebat iaitu karoeke..
Dia tua setahun dari aku, aku panggil dia Nisa. Sekarang tengah belajar, and in the process nak amik Degree..Gud luck dud. Aku kalau balik rumah cuti, memang slalu lepak dengan dia. Kadang-kadang buat kerja amal jariah juga, sebab itu juga adalah satu tanggungjawab kita sebagai manusia.

Aku happy duduk rumah. Bila tengok cucu-cucu jiran aku main-main dengan kawan-kawan diaorang, teringat zaman aku kecik-kecik dulu., penuh warna-warni. Time tuh member aku ramai. Lebih 7 orang. Tapi bila sorang-sorang pindah, makin kurang member, Nak main pun dah tak best. Ada pula yang kawin, lagi tak best sebab ikut suami pindah..Last-last tinggal aku, udin dengan nisa. Ni belajar pun dah jauh, tunggu cuti sem baru jumpa.

Kadang-kadang aku tak caya aku dah 20 tahun. Kejap rasanya masa berjalan, sedang aku masih rasa macam keanak-anakkan. Tapi betul, kalau dapat ulang masa balik, aku nak ulang zaman aku kanak-kanak.Everyhting is there, my family, my friends and my life. Dan kalau betul masa boleh berundur aku nak kenal arwah mak aku, sebab masa aku dengan dia sangat singkat, dan jika diberi peluang, semua kesilapan dulu aku nak baiki..

Aku sentiasa memohon pada yang Khaliq, supaya sentiasa diberikan yang terbaik. Sebab aku percaya, setiap perkara berlaku pasti ada hikmahnya..

Wednesday, June 16, 2010

FB sngt bagus

hahaks...=D

Nasib baik ada facebook, aku dah jumpe beberapa sedara mara yang jarang-jarang aku jumpe dan contact. Kalau jumpe pun setahun sekali, itu pun bila hari raya.
Nih dah jumpa, terus add and kitaorang teruskan dengan communication. Best lak rasa jumpe sedara mara even dengan menggunakan teknologi alam maya.

Kalau ikutkan ramai je sepupu sepapat aku duduk dekat KL. MAlah ada yang paling hampir dengan tempat study aku. Tapi, tulah tak tau...bila dah tau, macam nak buat gathering. Tapi masa tak mengizinkan. Kene tunggu semua ada, baru best..

Aneway, FB mmg best...selain sedara mara, member lama yang dah lama tak contact pun ak dah jumpe...hilang rindu aku..
HAHA.... (",)

Monday, June 14, 2010

Best!Best!dan Sangat Best!
apa yg best?
first, family gathering dekat Kuantan Pahang. Bukanlah yang dirancang, tapi menghadiri majlis kahwin dirumah sepupu, semua family berkumpul dan menggamatkan suasana.
Kampung Sungai Isap 2, Kuantan menjadi saksi family kitaorang yang sangat ramai dan happening.

Second, my result for semester 4.Alhamdullilah, semuanya lulus, itu yang paling penting.Aku bersyukur sesangat aku lulus. Sebab subject economic yang menakutkan aku. Tapi semunya ok...=)

Third, bbq reunion dirumah syuhada. Best giler, bila berkumpul. THe most challenging, nak hidupkan arang, nasib baik mak syuhada expert. Sambil bakar-bakar dan makan, buat lawak gila, tangkap gambar itu yang sangat best. Lagi best, our special guest syuhada's niece, Danish. Sangat comel, bijak dan petah bercakap. Aku sayang Danish tu walau pun first time baru jumpe..

Ya Tuhan, aku bersyukur sesangat. Lindungilah aku dan orang disekililingku, kerana Engkau jua yang memberi nikmat dan rahmat kepada kami. I love you Alls....
Muah..muah...muah...

Wednesday, June 9, 2010

aku yang happy


haha...
Semalam sangat seronok..aku keluar jalan-jalan ke Melaaka dengan kawan aku., semuanya kawan baik aku.Klau nak ikutkan lagi ramai geng aku nak ikut, tapi masih struggle untuk final exam. Aku kenal diaorang dari sekolah rendah.Angah,Hajar,Nadzirah dan AMirah..aku kenal diaorang lama sangat. Amirah dari tadika aku kenal dan satu sekolah dengan dia.Cuma kebanyakan terpisah bila naik sekolah menengah dan sambung belajar di universiti, malah ada yang ke luar negara..

Ayah aku sendiri kagum dengan kitaorang. Walaupun dah tak satu sekolah macam dulu, tapi kitaorang selalu satu kepala, satu hati, dan satu matlamat. Pantang cuti sem, mesti jumpa ramai-ramai. Tempat paling masyhur yang kita orang selalu pergi adalah warung cendol dekat Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka. Duduk dekat warung tuh borak-borak, bincang-bincang, imbau masa zaman sekolah, dalam tak sedar boleh sampai 4 jam kita orang duduk kat warung cendol tuh.Memang seronok!!

Dan kalau kitaorang ada bajet lebih, selalunya turun Melaka..sebab Melaka adalah tempat yang terhampir dan menarik dari tempat kitaorang yang dekat Negeri Sembilan ni.Dan kitaorang akan turun lebih dari 1o orang, sebabnya kitaorang memang sangat rapat..

Semalam memandangkan tak ramai yang bercuti, hanya 5 orang saja yang pergi, dan percaya atau tidak keadaan pun sudah amat gamat dengan kehadiran kitaorang..thanks kepada semua, aku betul-betul happy sangat semalam!Aku harap sangat kita akan sentiasa macam ni walau jarak kita lebih 1000 batu...i luv yeah!!!muah...muah..

Sekarang tunggu planning nak bercuti ke US saja, lebih kurang 2 tahun dari sekarang, aku harap sangat menjadi..

Monday, June 7, 2010

Hujan lebat sangat sekarang nih..kalau layan tido, nyenyak aku tido tak bangun-bangun..
tapi sekarang ni mood aku kurang baik, lagi-lagi sekarang tengah "bulan mengambang", senggugut lagi...aduh itu semua wanita akan alami..

Bila hujan lebat macam ni, teringat zaman kecil-kecil dulu, tinggal kat rumah sorang-sorang. Abang- abang dengan kak ngah pegi sekolah agama, ayah pula pegi kerja..Mak pula dah tiada , takut-takut pun aku beranikan diri..Pukul tujuh selalunya diaorang sampai rumah..

Teringat sekali, hujan lebat rumah terus blackout, aku punya takut, duduk dekat ruang tamu sampai ayah balik, nampak muka ayah baru aku menangis..pelik kan? sepatutnya, waktu ayah tak de la aku nangis, tapi itulah yang ayah aku didik kami adik beradik dari kecil..jangan sesekali takut, hidup kena berani..sebab tu aku seorang yang sangat berdikari..malah dulu waktu balik tadika semua orang mak ayah diaorang jemput. aku? aku hanya jalan kaki dari tadika ke rumah orang jaga aku. Sedih juga jalan -jalan sorang-sorang, nasib baik jarak tak berapa jauh, lebih kurang 600 meter.

Bila tengok tangan kawan-kawan kene pimpin bila balik tadika rasa cemburu pun ada,sedih pun ada,tapi aku nak buat macam mana, emak dah tiada..bila naik sekolah rendah, aku lebih berdikari.Walau aku balik pukul 12 tengah hari, aku akan setia menunggu ayah aku sampai pukul dua di kantin sekolah sebab ayah suruh aku tunggu abang dengan kakak aku sekali..jadi dalam masa 2 jam tu, aku buat homework yang tak berapa nak banyak dekat kantin sekolah, petang pukul 4:30 sampai 6:30 aku pergi sekolah agama, malam pula belajar mengaji dengan ayah..

Punyalah aku berdikari, percaya atau tidak, umur aku 7 tahun aku sudah pandai masak nasi..hangus, jangan cakap la..banyak kali nasi aku hangus, sebab dulu masak nasi guna dapur gas. Bila umur 10 tahun baru pakai periuk nasi eletrika.

Ingatkan bila dah ada emak tiri yang aku panggil ibu senanglah aku dengan kakak aku sikit,,tapi rupanya dia akan menetap di Kuala Lumpur sebab bekerja.Ibu aku balik minggu..bila aku nak masuk kolej baru ibu aku pencen.

Cakap pasal ibu,nasib baik ibu aku tak dapt macam ibu tiri yang lain. Dia baik dan memahami, walaupun kadang-kadang aku tak boleh nak terima idea, fahaman dan angin dia.Masuk tahun 2010 ni, genap sepuluh tahun ayah aku kawin dengan ibu aku.Nasib baik aku tak dapat adik. Takut cemburu itu memang ada, memandangkan aku anak bongsun tapi kalau dia dah kerja dan balik minggu, siapa nak jaga baby tu nanti..itulah yang dikatakan setiap kejadian ada hikmahnya..

Dan sekarang hujan masih lagi lebat, kalau nak ikutkan banyak lagi memori menggamit.
Walau apa pun, aku bersyukur dilahirkan sebagai Hidayah Binti Dzulkifli,,sebab bukan semua yang aku alami sepanjang 20 tahun ini, orang lain alaminya...

Saturday, June 5, 2010

sem baru..


Dah tiga hari aku tak buka blog..bizi sangat-sangat..

Semalam aku dah sampai kolej. Tima kasih kepada ayahr yang sudi hantar. Sampai-sampai terus kemas barang. Kemas locker, sapu bilik. Agak memenatkan! Ramai juga junior sem ni. yang menarik semuanya amik kos aku, OM114. Ada yang ramah, ada yang pendiam. Tapi bagi aku, itu semua permulaan. Permulaan pada dunia baru, alam dimana mula belajar hidup berdikari.. Dekat tempat belajar, kawan adalah sedara terdekat. Saling tolong menolong sangat perlu.

Pagi tadi aku dah masuk kelas. Aku dah tau lama aku bukan lagi dengan kawan kelas sem lepas. Cuma hari ni, aku nekad dengan Piqa untuk keluar kelas lain. Walaupun agak takut untuk jumpa koordinator baru, kami nekad juga nak tukar kelas. Alhamdullilah, permintaan diluluskan.

Sem baru, aku kenal lagi orang baru. Kalau nak ikutkan aku tak kenal semua budak kos aku. Bila dah satu kelas baru aku kenal. Kelas tadi kebanyakkan dari diaorang aku kenal, cuma tak rapat. but its ok, gonna take sometime nak biasakan diri.

Aku harap aku akan ok dengan kelas baru ni. TAkut juga kalau tak boleh ngam, tu lah, ngada-ngada lagi nak tukar kelas! ;D

Dan aku harap sangat aku dapat buat yang terbaik untuk sem ni. Itu doa aku. Tapi hati aku rindu budak sem lepas...

Thursday, June 3, 2010

issues

Tiba-tiba bila aku dengar ada satu kumpulan nama The Saturday aku terus suka kumpulan ni. Sebab kalau di Bahasa Melayukan nama kumpulan ni bole jadi Sabtu..haha =)
Ada satu lagu yang aku minat bersamaan dengan muzik lagu ni, iaitu tajuk dia ialah Issues..First time dengar terus aku suka, lirik lagu ni pun menunjukkan seseorang yang mengalami sesuatu isu. Dan aku pasti semua orang dekat bumi ni mesti ada satu isu yang belum diselesaikan..

Issues Lyrics

Ohhh Yeah

Sometimes
I Feel like I’m going out of
My mind,

Boy the way you do me is a
damn crime,

But then you smile at me
and its all right,

With you there aint nothin' in between,

Every time that I walk out the door,
Tell myself I can't take it no more,

There’s a part of me won't let you go
Keep saying yes when my minds saying no,

Chorus:
Me and my heart we got issues,
Don’t know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.
Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Its so wrong, boy you leave me hangin' for so long,
You empty out my love until its all gone,
You change the words but still it's the same song,
I’m tired of the melody.

Change my number and throw out your clothes,
But my feelings for you, it still shows,
I keep building the walls round my heart,
But then I see you, and it all falls apart...

Chorus:
Me and my heart we got issues,
Don’t know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.
Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Why fight it, cant hide it
Truth is I think I like it,
Confusion, illusions
Still I don’t know which way to go….


Chorus: (x2)
Me and my heart we got issues,
Don’t know if I should hate you or miss you,
Damn, I wish that I could resist you,
Can't decide if I should leave you or kiss you.

Me and my heart we got issues, issues, issues.
We got issues, issues, issues.

Me and my heart we got issues, issues, issues
We got issues, issues, issues,
We got issues, issues, issues
We got issues, issues, issues

Me and my heart we got issues
Don’t know whether I should hate you or miss you.