CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 25, 2011

rasa kesian

kesian pulak aku tengok abang aku sorang tu..raya pertama dia kena kerja..(actually aku pun confious, nak kesian ke tak?)hahah..

well...well..mesti ayah aku pun rasa sedih sikit kan. tapi nak buat macam mana, cuti raya tak lulus..kena la kerja..tapi tu lah kan. disebabkan dia dapat tahu kena kerja, satu persiapan raya pun dia tak buat. yang ni serious aku kesian kat dia =(

paling kelakar plus sedih..sejak 3 4 hari ni asik nyanyi lagu kak pah je..lagu nostalgia aidilfitri lagi..balik kerja je nyanyi lagu tu..hari-hari..

tapi ibu cakap, ala relax sudah..balik kerja makan lah juadah raya...cuma lambat makan la..hahaha

assalamualaikum

Monday, August 22, 2011

semalam

seperti yang dijangkakan..sememangnya meriah semalam..
dalam kereta lagi dah meriah..apatah lagi dalam restoran Pizza kan..

terima kasih kepada korang..korang..korang dan korang (ramai sangat semalam) kerana memeriahkan hari ku di bulan ramadhan ni... hahaha..

semalam sempat juga buat annual meeting lepas semua BOD dah datang..our GM, si udin dah decided aktiviti raya ramai-ramai 3hb September 2011 bersamaan syawal ke 5..tak sabar pulak.. =)

Saturday, August 20, 2011

petang ni...

assalamualaikum..

baju raya settle, kasut raya settle..dua tu je la settle.. beg raya,tudung raya, kueh raya, kebersihan rumah time hari raya..semua tak settle lagi..haha..penting ke semua tu?..ontah lah..

tak polah, ni dah 21 hari berpuasa..10 malam terakhir lagi penting. oh ya, malam ni mesti kecoh pasti best..sebab apa? sebab nak buka puasa dengan budak-budak ni..ho yeah! lamo dah tak hangout dengan budak-budak ni..

si tajuddin tanya aku pagi-pagi tadi :

"petang ni tema apa? kebaya labuh ke gaun kembang?"


aku jawab tema lady gaga..dia kata ok sangat. kalau lady gaga pakai baju daging, dia nak pakai baju ayam, aku pulak dia suruh pakai baju sayur...macam haremmmmm je aku baca mesej budak tuh..hahaha

mood : excited =)

Wednesday, August 17, 2011

akibat kehandsome man doktor

assalamualaikum...

sekali lagi syukur yang teramat sangat kepada Allah. atas izin Allah selesai sudah segala urusan penting yang berkaitan nak sambung belajar. ya..ya, walaupun aku buat last minute, semua dah selesai..give thanks to Allah..alhamdulillah.

walaupun medical check up tadi buat aku rasa stress sikit sebab terlampau ramailah makhluk nak buat medical check up..tapi, kepada doktor tersebut :

"anda memang kacak bergaya!"..hahah ...SOLUTEEE!!!

tapi bila doktor kacak bergaya ni yang check kau hidayah, kau akan mula merapu kan? kan? kan?

dan itulah terjadi..segan di tahap tinggi..dialah check segalanya..paling tak tahan check berat aku sekali! well..well..my weight is killing me! berapa? biarlah rahsia..

mula-mula doktor tanya : nak sambung belajar ke?
aku : ha?
(stuttering, sebab pandang muka dia..tak dengar doktor tanya)

then doktor tanya : UiTM mana dapat ni?
aku : Gombak...


doktor: eh, ada ek UiTM kat sana?
aku : erm..gombak tu tempat saya belajar dulu..yang ni kat Melaka
.(malu gila bai...)

doktor: kenapa tak isi ruangan ni?
aku : tak perasan pulak ada ruangan tuh..
(silly answer =P)

lepastu pergi chek urine dekat makmal..huhu. cik abang handsome pulak lagi yang jaga!. nampak aku bagi borang medical tu, terus bagi aku bekas kosong.dia cakap pergi toilet, lepas tu isi urine dalam bekas.

ha? macam mana ni? dah la kau handsome, lepas tu nak bagi bekas berisi urine ni kat kau?! tiba-tiba cik dol aku merangkap ayah aku datang dekat kaunter makmal tu, then ayah aku cakap benda ni:

"encik, dia tengah period. nak kena ambil juga ke?"

ha...tu dia! bocor satu rahsia besar, hari ni tak puasa. blushing lagi tadi.. 8_8


apa yang aku mampu buat pada ketika itu hanyalah pandang muka ayah tanpa kelip. ibarat langit malam tanpa kerlipan bintang-bintang .


tapi, orang memang dah professional..dia cakap tak pe, boleh ambil juga.

then, aku kena ambil x-tray kat hospital tampin. ayah aku mintak borang x-tray dekat abang tadi. lepas tu abang tu bagi satu borang x-tray tu je tanpa pulangkan segala borang kesihatan yang lain.

aku dengan ayah pulak dengan bangganya terus pergi hospital. sampai hospital, doktor kat situ mintak borang kesihatan yang dekat abang tu. ha..ni satu hal. aku kena patah balik pergi klinik kat Repah tu balik. aku pergi jumpa abang tu mintak borang aku. dia dengan selamba tanya aku : macam mana? x-tray dah buat?

ek eleh, kau dah tau aku kalau nak buat x-tray nak borang ni semua, tapi tadi kau pegang, tak bagi kat aku...tapi sayang, itu hanyalah omelan dalam hati. sebab apa dalam hati?, sebab tak berani nak cakap depan dia yang aku boleh katogerikan handsome itu.

jadi macam tu lah kisahnya..baru nampak doktor handsome dah macam orang gila aku tadi. tak pernah buat perangai macam tu, tiba-tiba jadi macam tu..elok lah tu.

anyway doktor, you've got me loosen my self in what i'm trying to say. seriously., lain aku nak cakap, lain aku bagi jawapan.

tapi, walau apa pun, yang paling penting semua dah settle. sekali lagi alhamdulillah...



Monday, August 15, 2011

kepentingan sebatang pen

assalamualaikum... sonyum sikit =)

alhamdullilah, benda-benda penting dah settle. tinggal medical check up.tadi dah buat appoinment, hari rabu ye hidayah..jangan lupo. nurse tu siap pesan kat aku :

"cik datang hari rabu ni ya. jangan lupa bawa duit RM20, borang kesihatan sekali.yang penting pen sebatang."

aku pun dengan senyuman manis(buat-buat je) cakap terima kasih.


lepas tu lagi sorang nurse sibuk warning aku."pen tu jangan lupa tau. ingat tu, pen jangan lupa."
eiii,,rasa nak pitammm je dengar ayat nurse tu aih.

aku dalam hati, what the hack... -_- nurse ni? pen..pen..bukan hospital kerajaan pen semua provide ke? nak je aku cakap, cik jangan risau, jangan kan pen..pen drive pun saya bole bawak..


tapi, apa pun kita kena hormat ok. ada la sebab musabab diaorang asik suruh aku bawa pen. jadi untuk menjaga hati mereka, akan ku bawa pen sebatang. selain dapat memuaskan hati nurse tu nanti, dapat juga memudahkan urusan aku nanti..betul tak?

o ya, siapa yang datang hospital lepas ni, jangan lupa bawa pen ye. sekian terima kasih.


Sunday, August 14, 2011

last minute

assalamualaikum..

currently, mood aku swing...gila punya swing. orang cakap sikit aku nak marah.
lepastu ada pulak feeling-feeling nak menangis. =(
itulah, tanda orang suka buat kerja last minute. stress, takut, rasa tak sempat..ha,itu juga lah yang aku rasa..

banyak benda tak settle lagi..
-medical chek up
-beli no pin ptptn
-surat pengesahan
-yuran pun tak bayar lagi
- account bank tak buka lagi


sedang masa makin singkat..apa nak jadi???? ni yang aku list..yang aku tak list? tah berapa lagi la..arghhhhh!!! seriously, stress...



Saturday, August 6, 2011

kerut the muka

assalamualaikum..terasa lama tak update blog, walaupun baru je beberapa hari. kalau nak ikutkan ada je cerita nak kongsi, tapi bila nak on laptop ni rasa malas je..besok dah nak seminggu kita puasa? amacam? remaja tak? hahah

ni aku nak cerita, jiran aku ni bela cucunda dia..ramai..adik beradik dia ada 5 orang semuanya. aku kenal diaorang ni dah lama. ye la jiran kan. tapi hari tu aku tersentap sikit bila tiba-tiba satu budak ni tegur aku,


lepas tu cakap.."kak dayah..akak selalu kerut kening dengan muka kan?"

maksud dia macam ni kot...

tapi secara jujurnya tak da lah aku tersentap terkejut! sebabnya, beliau bukan lah orang pertama dan aku pasti bukan orang yang terakhir kata kat aku yang aku suka kerut muka..serious tak kisah pun..aku pun cakap kat dia yang ini memang style aku..keturunan aku memang suka buat muka, baru ada gaya...haha

sebenarnya pun, aku wonder lah juga..betul ke aku ni suka kerut kening dengan muka?

nak kata Ziana Zain ajar aku, tak pernah lah pulak..tapi memang ramai dah tegur aku cakap benda yang sama. ada tuh siap cakap, kalau orang tak kenal aku, tengok pulak muka aku yang suka berkerut, orang memang ingat aku sombong...

bila fikir balik, sedih pun ada juga.


aku rasa sedih la, bila orang pandang aku ingat aku sombong. aku punyalah ramah tamah, sampai cakap pun tak henti-henti..

ada orang kata macam ni la gaya aku bila bercerita

tapi, once korang dah kawan dengan aku, korang tengok muka aku yang berkerut ni pun dah tak da feel..takut pun tidak, menyampah lagi ada..hahah

walau apa pun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, siapa yang dah salah faham..lain kali kalau nampak aku berkerut, tegur je lah. tak kena marah pun..haha

Tuesday, August 2, 2011

harap-harap lah...

asssalamualaikum..

aku rasa bersyukur dan best bila tahun ni dapat puasa penuh dengan family...*_*
tapi adat la manusia, bila dapat ni, nak yang tu...sama la macam aku. bila tengah puasa kat kolej dulu, rindu nak puasa kat rumah..ni bila dapat puasa kat rumah rindu nak puasa kat kolej..orang tak bersyukur, memang macam ni lah..

bila dapat puasa kat rumah, ada benda aku dah utarakan kat ayah aku. first, nak ajak ayah buka puasa kat rumah induk, dekat Kuala Pilah. second, nak buka puasa kat kampung ibu..walaupun nenek tiri kan, kena lah pergi juga. aku tahu, ibu pun mesti nak pergi rumah mak dia juga kan?..

selain tu, bila si nisa jiran aku ni dah sibuk dengan class dia, aku pun secara automatik duduk rumah diam-diam..hahah..jadi, konon-konon aku pasang azam nak kurangkan aktiviti :


haha..ni lah yang paling penting sempena bulan puasa ni. masa ni lah nak kutip pahala..

ni dah hari ke 2 kita puasa, dalam 2 jam lebih lagi nak buka. tugas aku kat dapur
1- masak nasi
2- buat air (sampai 3 jenis aku buat..haha)
3- set kan meja makan ( termasuklah hidang lauk,pinggan cawan bagai)
4- kemas balik dapur tu

macam kerja untuk orang pemalas je kan? apa-apa pun, yang penting apa pun kita buat kena ikhlas ok?? =)