CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 11, 2012

halo

assalamualaikum salam rindu..cewah! dah lama tak buat blogwalking.dah lama juga tak buat apa2 enry kat laman buruk ni.rindunya..tuhan je yang tahu. secara serious.malas dah nak share apa-apa dekat sini.sedang setiap hari banyak benda baru yang dipelajari,diamati,dihayati.macam-macam la. pejam celik,pejam celik.aku sekarang dah sem akhir. Dengan research nak buat, dengan nak cari tempat practical lagi. Banyak benda yang merunsingkan. tapi macam biasa. buat don't know je la kan. tema, harung je la.yang penting jangan tinggal solat. Allah always by our side. i'Allah, Dia akan tolong. bila cakap pasal sem akhir, tetiba rasa sedih kan. banyak benda "hebat" berlaku sepanjang dekat UiTM Melaka ni. mereka yang berada disekeliling aku semuanya hebat! mesti rindu nanti masa practical.gonna mish u friends...

Saturday, May 19, 2012

sekarang yang kosong

assalamualaikum. saat ni duduk sorang-sorang. buat kerja yang menimbun. kawan tiada. semua pergi dating dengan cik abang.keluarga pula jauh. dating,wayang,karoke...itu semua jauh sekali. ada sesuatu yang aku rindukan saat ni. tapi tak tahu apa.biasa la..bila berseorangan...macam-macam benda boleh fikir. kerja melambak, pun boleh lagi mengelamun... sebulan dah tak balik rumah..bukan jauh pun.tak sampai sejam.tapi kenapa aku tak balik? kalau balik.mesti lagi tertunda kerja. telefon..ya, telefon sangat membantu.lepas rindu dekat ibu ayah.tapi rindu dekat rumah, suasannya, lagi-lagi makanannya..adoi.SEDIH! bila dah banyak sangat ketawa, mesti lupa duka.tapi nanti lama-lama mesti ada rasa nak menangis.dan berlaku tanpa sebab. kenapa tah? sebab aku duduk sorang-sorang ke sekarang?. ke pasal hari yang aku lalui minggu depan? sebab test dan kuiz yang berturut-turut ditambah pula asignment pulak. kosong....rasa kosong sangat.jiwa yang kosong..

Monday, April 23, 2012

hindustan

Assalamualaikum... sekian lamanya..baru nak buka blog ni.dan tiba-tiba rasa nak tukar template.tiba-tiba juga rasa terkejut gila tengok setting blog ni dah lain..ermmmm -_- huhu..

minggu ni cuti seminggu.pejam celik dah 4 hari duduk rumah.rutin biasa akan buat bila balik rumah.sem ni jarang balik.3 minggu sekali baru balik rumah.huhu..baru ada feel... tapi namanya cuti..assignment melambak.cuti disini hanyalah cuti daripada attend kelas.tu je la kan..kerja lain kena buat. bila nak start segala assignment tu? tunggu bila betul-betul mood aku sudah mari..

dah lama tak layan hindustan.tadi aku layan youtube kejap..lagu hindustan yang baru semua tak best.seksi je lebih.aku rindu zaman time sekolah rendah dengan menengah.dari jalan cerita sampai lagu-lagu dia.semua layan...sekarang ni je tah apa benda.. tadi kan tetiba jumpa lagu ni...




panggil la ayah.konon nak tanya lagu cerita apa ni.sebab lagu dia boleh layan dan paling penting macam pernah dengar. ayah cakap ini heroin peberet dia..Hema Malini..kahkah..kelakar pulak aku dengar. ayah aku siap tahu maksud lagu ni.tak tahu ta betul ke tidak

 Dil use do jo jaan de de - berilah hati pada orang yang sanggup berkorban
 Ja use do jo dil de de - berkorbanlah pada orang yang sanggup beri hati

PERGHHH!!!! bapak aku tau maksud...hahah..kelakar gila...

lepas tu baru aku sedar, yang lagu orang Brunei nyanyi then Kristal nyanyi balik dalam version Melayu rupanya dorang tibai dalam lagu ni..hahah.. tapi lagu ni yang asli lagi best kan...hahah

Sunday, March 18, 2012

terkejut

assalamualaikum

how to start?minggu ni banyak benda berlaku..macam-macam bendalah.
pertama.aku terkejut gila bila aku tengok duit balance dalam bank.phewittttt!!!!how am gonna to survive???cukupkah?tapi untuk mengharapkan sesuatu yang positive, jadi aku kena fikir yang positive walaupun dalam hati.... -_-.CUKUP..cakap dalam hati duit ni cukup.insyaAllah cukup.dan itulah terjadi.aku sampai boleh beli buku, makan dengan shopping.tu diaaaa..

second.ni yang rasa tak best.tiba-tiba sorang budak group aku yang paling hebat kena tukar dekat group lain.hazimahhhhhh!!!mengapa kau kena keluar group lain????aku last week bila dapat satu group dengan dia,huhuhu..tiba-tiba aku rasa group aku dah power.ni dia dah tak da?adoi...sekarang aku kena compete pulak dengan dia.

third.arwah abang amin, MPP Kampus Bandaraya Melaka meninggal.tak tahu kenapa rasa nak sedih.rapat memang tak rapat.tapi boleh kata banyak jasa dia dekat student dekat sini.dialah yang uruskan pelajar baru, dia jugalah yang handle penempatan kitaorang.dia jugalah senior yang suka masuk kelas junior tanya ada apa-apa masalah pasal study ke tak?dan dia jugalah yang suka share assignment dia kat kitaorang.
paling best dia jaga test kitaorang dekat library masa study week, tapi bagi kitaorang tiru.bila dapat tahu arwah dah tak da, semua lecturer terkejut.boleh kata satu kampus ni terkejut.kata orang..Allah sayang kan arwah, sebab tu dia meninggal muda.semoga arwah ditempatkan orang yang beriman..

last skali aku tak tahu nak cakap apa.sebab aku tak benda nak cerita lagi.to all of you..i lap u. =)

Saturday, March 3, 2012

Menyesal

assalamualaikum

sihat semua?alhamdullilah..haha.hari ni punya tajuk macam lagu indun tu.siapa tah penyanyi dia.

sekarang ni petang ahad, 4 mac 2012, baru je lepas azan zuhur.kejap lagi aku sembahyang.(tak baik lambat2 kan solat).apa nak jadi la..bosan yaaaaaaaaaaaaaaaa amatttt!

rasa menyesal balik awal-awal semalam.kalau balik malam ni pun tak pa.budak rumah aku ni ada je aktiviti.aku je terkontang kanting kat bilik ni.huh!

ermmmmmm, apa nak buat ni?nak pergi melepak tak tahu nak pergi ngan siapa.ceh, bosan betul la.baru ingat hari nak pergi juscco.pergi tebus voucher sampai 200 hinggit tuh.tapi...arghhhhhh...

mood: nak pergi cari makanan yang boleh dimakan.

Wednesday, February 29, 2012

mana nak cekau?

assalamualaikum

hari ni punya entry nak cerita masalah yang tak pernah aku alami sejak menggelarkan diri sebagai mahasiswi sejak tahun 2008 iaitu duit. masa diploma dulu, bukan niat nak berbangga, tapi setiap kali masuk sem baru, semua yuran aku bayar.semua aku pulun guna duit pinjaman mara.

tapi sejak aku sambung belajar lagi ni tapi tanpa pinjaman, sekarang jiwa aku serabut sangat. duit..duit..mana nak cekau kau duit..alahai..

yuran nak duduk apartment satu semester je dah 700, ni yuran u naik lagi.525 hinggit.hambik kau hidayah.

tajuddin kata pergi jual boday.ngok ngek ayam apa dia tu.cakap main hentam.nasib baik ak faham sangat perangai dia.kalau tak dah lama bagi penampar kilat aku..

alahai...sapo ado duit ni oi?

Sunday, February 26, 2012

tak sangka

assalamualaikum

first thing nak ucap alhamdulillah, umur aku dah genap 22 tahun.macam tak percaya.rasa baru 16 tahun.boleh aku buat statement macam tu? celebrate biasa-biasa je.beli kek,masak-masak sikit then oder kuih sikit dekat jiran aku.kuih-muih hasil tangan dia memang A la.

ermm..dah masuk 22 tahun tiba-tiba aku teringat dekat arwah mak.kalau mak masih hidup, mesti orang ingat aku kembar dia. then, mesti mak aku bangga dapat anak macam aku.sebab apa?sebab aku budak baik..hahah

lagi satu,minggu depan last week aku cuti sem.malas nya nak balik sana.kejap sangat rasa cuti.aneway,semangat kena ada.baru boleh berjaya..cewahhh..ayat aku...

Tuesday, February 21, 2012

nervous

assalamualaikum

dari hari tu, jantung aku..phewwwit!!macam nak pecah.cuak kebebeh tahap gaban.macam satu pantun ni :

"pisang nangka masak dibalut
buah melaka masak didapur
hati berdebar bertambah takut
jantungku pula bagai nak gugur"



macam ni la muka aku nak tengok result


Tuhan yang Esa je tahu, hati aku ni..result exam dah keluar..kalau dulu masa dip pun takut, tapi kali ni lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii takot!

Alhamdullilah, yang penting semua subjek lulus and my pointer, i must say that am satisfied..alhamdulillah.

terima kasih buat semua..

Saturday, February 18, 2012

bosan

assalamualaikum

hidup jadi bosan bila duit tak da. setuju tak? aku serious bosan.hari minggu macam ni, abang-abang aku tak da rumah.ayah dengan ibu sibuk memenuhi sesi memenuhkan perut(maksud aku, kenduri kahwin)..kakak aku pulak sibuk memanjang tak reti nak balik.abang aku yang sulung dengan wife pun tak balik. kalau nak keluar pun, duit takda, jadi rasa tak best sangat.

nasib baik ada 2 ekor kucing aku.apa yang aku tak buat kat dua ekor tu.semua aku buat.diaorang tidur pun aku kacau.bengang gila kucing aku tu.

macam mana aku tau diaorang bengang?first sekali dua-dua ekor tu mesti guna kaki tendang tangan aku.lepas tu telinga mesti capang ke belakang. dah tak tahan sangat, paling extreme dia orang mesti buat macam ni :


ni serious diaorang tengah bengang.

kalau nak tahu, kalau kucing rasa terancam dengan musuh dan nak tunjuk "taring", ini lah reaksi diaorang sambil keluar bunyi "PERGHHHH..."

cuba buat kat mak ayah korang kalau masa diaorang tengah membebel, lepas tu korang bengang dengan situasi tu.rasa-rasanya diaorang takut tak kat kita?

Monday, February 13, 2012

budak laki tu

assalamualaikum..

si nisa merangkap kawan baik aku kat taman ni, ada saja masalah chenta dia tuh.tiap kali tu la mintak pandangan aku.

aku kadang-kadang kesian pulak.kesian sebab memang dia salah pilih orang untuk mintak pendapat. aku yang langsung tak da pengalaman pasal hal-hal remeh macam ni, memang jawapan aku mudah. bagi aku, kalau dah seorang lelaki asik sakitkan hati kau, cari kau bila susah..tak da jalan lain, melainkan tinggal kan saja.itu prinsip aku.

kadang tu sampai naik letih nak bagi pendapat, sebab hati dia dah sayang.bagi nasihat macam mana pun, kalau kawan aku tu tak nak tinggal kan budak tu, itu hak dia. itu memang aku tak kisah. as long as dia happy dengan pilihan dia, aku turut serta menghappy kan diri aku.

tapi aku sakit hati bila budak laki tu selalu sakitkan hati kawan aku.aku boleh jadi pendengar yang baik.tapi hati aku tak baik.cepatnya je hati aku panas.mulut aku lagi tak baik.senang je carutkan budak tu. tapi depan kawan aku je la. takkan nak carut depan budak tu kot.kena tetak leher aku, masuk front page la pulak nanti..huhu

apa pun..aku selalu nak tengok orang keliling aku ni happy. sebab bila diaorang tak happy, mesti diaorang tak da mood, nanti bila tak da mood, aku pun kena layang mood diaorang tuh.serious nanti bosan.

Sunday, February 5, 2012

RAM lagi

assalamualaikum

saja nak bagi tahu, hujung tahun lepas abang RAM aku dah launched novel terbaru dia.huhu.
masa study week hari tu aku dah baca separuh.memang best! kalau rasa nak mati kena gantung mandatori baca buku ni.


ni sinopsis dia :

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!


RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

memang best.thriller habis!

semalam pulak pergi melaka dengan budak-budak ni. plan nak lepak tampin je.tapi bila ada orang nak belanja makan, baik naik melaka kan.huhu

tak sangka dah nak habis makan nampak Sir Chan.kahakah..ada ke dia kata aku kepoh.
lantakla kan..yang penting dia lagi kepoh+mesra dengan kitaorang. we all lap u sir.hahah

Tuesday, January 31, 2012

duit habis

assalamualaikum..

hari nak cerita, dalam masa satu hari nak dekat 200 hinggit duit aku habis. hutang piutang dibayar macam aku berduit sangat.

berukband aku je dah RM134.00, dua bulan punya tak berbayar. ikut hati malas nak bayar, lantak sama dia. tapi bila fikir nak buat macam-macam, aku usaha kan juga mana nak cari duit pergi bayar.mana aku dapat duit? biarlah rahsia..lepas tu beli tu beli ni habis dah duit aku.

dah lah last week pergi KL. 3 hari 2 malam. percaya tak aku berjaya manage duit aku?.dalam masa 3 hari duduk jejelan kat KL aku boleh habis RM150 je.kalau orang lain aku rasa memang tak cukup. macam mana aku boleh manage? sebab aku tahan je nafsu aku dari beli sebarang barang di situ.

aku pejam mata, letak tangan kat di dada, sambil berniat tidak membeli apa-apa melainkan hanyalah berjalan-jalan sahaja.

aku buat-buat tak dengar bila orang keliling jerit "sale-sale"!


walaupun memang aku nampak depan mata.jadi duit aku habis untuk makan je lah...hahah

aneway, cuti sebulan lebih ni tak tahu nak buat apa.aku rasa macam biasa la kot.menambah berat badan...

Sunday, January 1, 2012

adeh

assalamualaikum..

orang lain hebat celebrate new year..tapi tidak aku. ada banyak benda aku harus fikirkan sementelah minggu pertama tahun 2012 adalah final exam. (ni ayat novel)

tak study lagi.itu penangan duduk rumah.playing full, hanging out, karoking..benda-benda tulah yang menjadi penghalang utama.alasan sangat kan?

nak seribu daya, tak nak macam-macam alasan..bwek =P

ok, sekarang ni mengumpul semangat untuk baca buku..wish me gud luck.yang penting usaha, tawakal dan pada Allah aku berserah.

harap yang terbaik untuk selamanya.amin..