assalamualaikum
saja nak bagi tahu, hujung tahun lepas abang RAM aku dah launched novel terbaru dia.huhu.
masa study week hari tu aku dah baca separuh.memang best! kalau rasa nak mati kena gantung mandatori baca buku ni.
ni sinopsis dia :
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.
memang best.thriller habis!
semalam pulak pergi melaka dengan budak-budak ni. plan nak lepak tampin je.tapi bila ada orang nak belanja makan, baik naik melaka kan.huhu
tak sangka dah nak habis makan nampak Sir Chan.kahakah..ada ke dia kata aku kepoh.
lantakla kan..yang penting dia lagi kepoh+mesra dengan kitaorang. we all lap u sir.hahah
0 comments:
Post a Comment