CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 29, 2010

gila

haha...haha...laugh, laugh, and laugh..until I die... ;)

boleh ke macam tuh?..haha...sebenar tak tahu apa dah jadi kat diri..
bosan tahap gila, and nothing to do now...

tapi bila aku gelak, me actually remove my stress..itu yang buat aku makin sihat... haha...

hari ni memang dah gila. abang aku pun malas nak layan selain suruh aku senyap!..

Wednesday, November 24, 2010

suri rumah

dah seminggu lebih kat rumah, menjalankan tugas sebagai seorang anak dara... penat, tapi apa boleh buat, tanggungjawab...

kadang-kadang aku rasa dah macam suri rumah tangga dah..bangun pagi, buat minum pagi, kemas rumah, basuh baju masak tengah hari...no rest at all...PONEKNYO!!!
tapi macam aku cakap, aku kena buat juga.

ni yang sakit kepala aku nak pikir tiap hari ialah nak masak lauk apa???
aku perlukan list of menu yang boleh aku masak untuk santapan aku tiga beradik kat rumah ni..damn really need it!

sekarang ni pun tengah pikir nak masak lauk apa besok ni...haish.... ;)

Thursday, November 18, 2010

Tahun 1993

kelihatan ratusan orang memeriahkan majlis kenduri kahwin di pihak rumah pengantin. kehadiran sanak saudara,rakan taulan serta jiran tetangga membuatkan majlis yang sederhana begitu meriah di Taman Indah. di satu sudut sebelah rumah pengantin terlihat beberpa orang kanak-kanak sedang berkumpul dan bergurau senda..

"dekyah meh sini, jangan kacau orang nak makan!".dengan tegas ijat memanggil adiknya.
"hah, panggil si afiq tuh sekali main sekali kat sini!", sambung seorang kanak-kanak yang duduk di sebelah ijat..

"hah, pe kata kita main kawin-kawin?" ijat berkata riang.
"OK!", yang lain bersorak. termasuk dekyah dan afiq.
"dekyah pengantin pompuan, afiq pengantin lelaki, ok?" kata ijat sambil memandang mereka..dan kerana terlalu kecil mereka bersetuju dengan cadangan yang diberikan.

"sekarang, afiq kena cium dekyah dulu". ijat memberi arahan..
cup! dekyah menerima sebuah kucupan kecil. dan mereka yang lain bersorak gembira..
"sekarang giliran dekyah pula cium afiq", kata budak yang duduk sebelah ijat.
cup! giliran afiq pula mendapat sebuah kucupan..dan sekali lagi mereka bersorak.

"mulai hari ini, korang dah jadi suami isteri!", kata adin yang merupakan adik si ijat..
"yeay!!!! sekumpulan kanak-kanak tadi bersorak lagi.

dekyah merupakan penduduk tetap diTaman Indah, manakala afiq merupakan cucu kepada jiran sebelah rumahnya. afiq menetap di kuala lumpur dan sebulan sekali atau pada cuti sekolah dia akan pulang ke kampungnya di taman indah.dan setiap berkali bercuti afiq,abang dan kedua-dua adiknya akan bermain bersama ijat, adin dan dekyah yang juga merupakan adik-beradik..

masa terus berlalu, dan dekyah meneruskan hidup dengan mencipta kenangannya tersendiri.membesar sebagai seorang gadis yang berbadan besar dan juga mempunyai impian dan tanggungjawab yang besar. manakal afiq membesar sebagai seorang anak muda yang segak dan menariknya dia kelihatan seperti seorang lelaki cina..dan setiap kali afiq pulang ke kampung,ijat dan adin selalu mengusik dekyah dengan mengantakan:
"hah dekyah suka la tuh, laki (suami) dia dah balik"..dan setiap kali afiq dan dekyah berjumpa, mereka akan mengejek satu sama lain..

"dekyah gemok!" kata afiq sambil tersenyum nakal.
"afiq apek!" kata dekyah dengan nada geram.

yang peliknya, itu lah sahaja yang akan dikatakan oleh mereka setiap kali berjumpa sepanjang pembesaran mereka..tiada salam, tiada senyuman dan tiada kemesraan. dan bila semakin meningkat remaja ada sifat malu yang wujud diantara mereka. tiada lagi ejekan dan tiada lagi senyum sinis..yang akan mereka katakan:

"dekyah, ko makan apa? sihatnya..."kata afiq
"afiq, ko ni memang anak cina eh?" kata dekyah pula..dan sekali lagi, itu sahaja yang diperkatakan oleh mereka apabila berjumpa.dan mereka semakin renggang bila afiq jarang-jarang pulang ke kampung, kerana menghadiri kelas tambahan dan kadang-kadang kerana kesibukan ayahnya. tetapi dekyah selalu menerima perkembangan pasal afiq dan adik-beradik dari neneknya..

Tahun 2010

5 November 2010, 10 a.m.

sewaktu dekyah pulang ke rumah kerana ayahnya hendak menunaikan haji,dia berjumpa sekali lagi dengan afiq..tapi hanya ucapan "oit" dari mulut dekyah dan menerima ucapan yang sama dari afiq..itu sahaja ucapan mereka sebagai tanda bertegur sapa..

16 November 2010, 11 p.m.(sehari sebelum hari raya aidiladha)

tit..tit..mesej masuk dari telefon bimbit aku...

"dekyah, cucu nenek sebelah, apek dah meninggal dunia tadi"

innalillahhi wainna ilaihi rojiun..., aku terkedu membaca mesej tersebut. betul-betul terkejut..aku terus menghubungi Nisa si penghantar mesej. Kata Nisa, arwah accident hari ahad minggu lepas dan koma. selepas beberapa hari arwah meninggal..

dan pagi tadi sempat aku berbual dengan kak sara, mak saudara arwah mengenai afiq. kata kak sara, sewaktu accident bahagian yang dipandu arwah remuk dan mengikut kata rakan arwah yang terbabit dengan kemalangan, arwah masih sedar dan sempat menyuruh sahabat yang lain menyelamatkan diri, dan dalam beberapa saat arwah pengsan di dalam kereta..

sesungguhnya aku tak percaya..dan aku tak sangka itu pertemuan terakhir aku dengan arwah..tiada sempat ucapan maaf dan ucapan perpisahan untuk selamanya..hanya ucapan "oit" yang aku berikan padanya..sungguh aku terkilan..

afiq bukan sahaja rakan sepermainan sewaktu kecil malah dia selalu dianggap sebagai "suami" aku sebab pernah berkahwin denggannya sewaktu kecil..;(

pemergian afiq buat aku tersentuh..dan aku sentiasa teringat kenangan yang tercipta antara aku dengan arwah..dan pemergian arwah ibarat pemergian seorang sahabat sejati..

moga arwah afiq ditempatkan orang yang beriman..amin...

Sunday, November 14, 2010

akhirnya, aku sudah tamat pengajian diploma dalam bidang Pengurusan Teknologi dan Pejabat atau lebih dikenali sebagai Office Management di kolej yang orang tak berapa familiar @ popular iaitu UNIKOP...tapi aku tak kisah sebab yang penting kolej tu under UiTM.

Semalam menjadi saksi aku dah habis study dekat Unikop..sedih nya aku minggu akhir exam hari tu. sebab aku tau aku akan berpisah dengan budak bilik aku yang happening..aku akan merindui segala kenangan dalam bilik tuh...block c, unit 18-1, bilik 5 katil 2..disitulah aku menetap sepanjang 2 tahun setengah aku study disana.
dan yang paling aku sebak sebab nak berpisah dengan rakan seperjuangan aku. pergi kelas, lunch, buat assingment, malah memonteng pun sama-sama. Mana mungkin aku lupakan semua tu.

Kolej UNIKOP,fasa 2 Taman Koperasi Polis..disitu juga aku mula mengenal dunia luar tanpa ayah disisi. semuanya dilakukan sendiri..disitu juga aku mula membiasakan diri di dunia baru.

sepanjang 5 sem ni banyak benda aku belajar..ilmu, persahabatan, kecekalan dan disiplin. darisem 1 sampai sem 4 aku sentiasa bertukar kelas, dan yang paling kelakar sebab mengikut turutan. Sem 1 kelas A, sem 2 kelas B, sem 3 kelas C, sem 4 kelas D. nasib baik sem 5 naik kelas A balik..apa-apa pun turutan kelas bukanlah ukuran. Aku sedar banyak hikmah aku bertukar-bertukar kelas..yang paling ketara, hampir semua budak batch aku yang sama course menjadi kenalan aku..dan ramai lecturer menjadi guru aku... ;)

naik turun result menjadi lumrah setiap semua pelajar dan begitu juga aku. kat sana juga macam-macam orang aku jumpa, dan terbukti ia bukan sesuatu yang senang untuk mendapatkan kerjasama..namun lecturer yang banyak bagi semangat. sebut pasal lecturer, aku nak sebut semua lecturer yang pernah menabur ilmu dekat aku..sir hisham, sir azam, sir amir, miss intan, mis alia, dan mis zira, ni adalah lecturer yang aku anggap paling best! tak lupa juga sir syazwan,mis wana, mis eja, mis el, madam nad, mis midah, madam asa, mis syikin, ustaz dan ustazah serta semua lecturer yang lain...

aku punya kawan yang ramai kat kolej..ziera@jibab, zetty@jeton, piqa, raja, eyza, k.naz, mama riena, fadz, ekin, akma, nadia dan tak lupa juga budak lelaki yang rapat dengan aku iaitu pejal, din, sam, nick, ash, arul...diaorang semua rapat dengan aku..

kalau budak bilik, aku rapat dengan fadz, athirah, farah, dya, ema, dina, ina, dan k.shu..kalau teringin bershopping, mesti pergi ramai-ramai..nak pergi berjalan pun bersama..

semalam sebelum balik, aku salam semua member-member aku. aku peluk diaorang kuat-kuat, sebab aku tahu lepas ni mesti susah nak jumpa..sedih gila aku.. :(.. sesungguhnya, aku akan merindui zaman aku di kolej, banyak memori aku cipta..

kepada semua, ampunkan semua dosa aku,halalkan makan minum,dan terima kasih untuk segalanya...terima kasih jadi sahabat susah senang, sahabat dunia akhirat dan terima kasih kerana sudi bersabar dengan perangai aku....i love u all...

sesungguhnya, aku akan merindui zaman kolej..banyak sangat memori

Monday, November 8, 2010

panggilan haji

hm...baru lepas study law, and this would be my last paper that i'm gonna seat it tomorrow..tapi tak habis study lagi..haha ;)

lama betul rasanya tak tulis blog. sementara nak tunggu maghrib ni, tergerak nak tulis blog..

saat ni aku terbayang wajah ayah ngan ibu kat sana. hari sabtu lepas, ayah, ibu dan nenek pergi untuk tunaikan haji..dua minggu lepas aku terima mesej yang ayah kan pergi haji 6 haribulan. memandangkan aku tiada paper, aku decide untuk balik 4 haribulan pagi lepas exam. Dan aku terkejut dari hari khamis sampai hari untuk hantar ayah ke Kelana Jaya, aku tak henti-henti terima tetamu. Port aku dekat dapur saja..
tapi aku puas hati sebab aku jumpa semua jiran,sedara-mara ngan member ayah aku..

sebelum bertolak ke Kelana jaya, hati aku sayu sangat,lagi-lagi time dengar azan.
dan sebelum ayah masuk ke perkarangan dewan, aku salam dan peluk ayah ngan ibu erat-erat.mengangis aku time tu..apa-apa pun aku harap diaorang selamat dan mudah menjalankan ibadah...

dan aku ingat lagi ayah aku cakap, kemuncak hidup seseorang akan lebih sempurna jika mereka dapat menunaikan ibadah haji dan menjadi tetamu Allah yang terpilih. dan aku juga memasang impian untuk pergi ke sana...;)

Monday, November 1, 2010

What is smile a sign of? for me a smile is a sign of....


Smile Is A Sign Of......

A smile is a sign of love
A smile is a sign of care
A smile tells how much to others
You are important and also dear

A smile is a sign of cheer
A smile is a sign of trust
A smile shows how you can
Be happy even in hard crust

A smile is a sign of joy
A smile is a sign of hope
A smile teaches you how you can
Remove the clouds of mope

For nothing but only a smile
Takes away your pain and trial
And pick your trouble's pile
And let you smile, smile and smile.



then, what you think bout the sign of smile?
well. i love to see people smile...

bbq

selesai sudah 3 paper..tak sabar nak habis 2 paper..
semalam habis jer exam, pergi Giant ngan fadz,ikin, nadia, akma membeli belah barang2 untuk bbq..memang best bbq.

tengah malam baru nak start nyala api..memang best. dan bbq semalam untuk celebrate birthday ekin ngan nadia. kebetulan birthday sama, celebrate skaligus. part paling best tidor ramai-ramai kat ruang tamu.bila lagi nak tido sama betul tak? ni lah masanya..haha

thanx semua, heppy betul semalam...