CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 29, 2011

test dan ketiruan

assalamualaikum..

test tadi..aku tak tahu la macam mana nak cakap. selamba badak sumbu aku meniru dengan budak-budak ni. bila balik tadi dalam bus, rasa menyesal pulak meniru =(

mentang-mentang senior yang jaga exam, sporting pulak, selamba land lah aku meniru lagi...haish..teruk !teruk!

ok, next week paper ni juga aku akan jawab. punya lah terfikir test pun cam haram meniru, final nanti macam mana lah kan?

serious cuak kebebeh ni...

Tuesday, December 27, 2011

siti ku

assalamualaikum..

Siti Nurhaliza..siapa la kan tak kenal dia. semua kenal dia. cuba sebut nama aku..hidayah dzulkifli, sorang pun buat do no aja.haha

sebut pasal siti. dia adalah penyanyi favourite aku. ya, semua album dia aku ada. cuma yang latest tak beli lagi. serious kepingin nak beli, tapi serious kalau nak beli kena fikir 2 3 kali. duit tu aku boleh makan sampai seminggu.muahhaha..

ok, lately ni aku makin keliru dengan siti. cantik memang cantik. tapi aku tak suka gaya dia untuk cover magazine glam. perlu ke meniru gaya madonna? jom tengok..



dah nak sama dengan madonna



yup..she's looking superb






ok, kalau ikut info, memang dia hanya dipakaikan rambut palsu je, stil pakai serkup kat kepala. efek pencahayaan dengan grafik je nampak macam betul-betul free hair.

kalau ikut islam, tak pakai tudung berdosa, pakai ramut palsu lagi berdosa..

tapi biarlah dia, dosa dia kan..dosa aku lagi melambak..tapi aku lagi suka kalau dia pakai macam ni..lagi sweet


ok, lantak sama dia. apa pun..dia memang cantik. berganda-ganda-ganda lagi cantik kalau nak compare dengan aku kan.ahahha

yang paling tak sedar diri..si apek ni


serious menyampah..budget hot mamat ni..kenapa orang minat dia pun aku tak paham!

gossip je kerja aku. besok ada test tak sedar diri. buat siti, aku doakan kau dapat petunjuk. terus kan berkarya dan menyanyi, sebab aku suka dengar suara kau. ok...

kebizian

Assalamualaikum..
Aku dah lama gilo tak buka blog ni.sejak sibuk membizikan diri, serious tak da masa. How I really miss this blog =(

Last week, aku kena demam. Demam panas sejuk. Semua badan aku sejuk, tapi nafas dengan kepala panas. Serious, demam teruk.
Tapi mengenangkan assignment melambak dengan test berturut-turut campur pulak dengan presentation, memang dah nak terbarai otak aku last week.
Nasib baik, aku gagahkan juga. Kalau tak, tido membuto je lah aku kat atas katil. Dengan air-cond dekat kelas sejuk gila, jawab test sambil batuk teruk dengan selsema macam air hujan..nak meleleh je.
Rasa nak menangis pun ada juga, tapi bila fakir badan gedahak macam ni ingat ada orang nak layan?!

Alhamdullilah, minggu yang menyeksakan dah habis. Hari jumaat malam habis kelas dengan presentation ayah datang jemput. Tuhan je tahu hati aku bersyukur macam mana. Kalau nak naik bus, memang tak larat dah.
Ni sekarang tinggal batuk dengan selsema. Suara aku rock habis.

bila dekat rumah, memang macam tak da masa depan. lagi-lagi ni la first time aku balik rumah langsung tak da kerja. Hari sabtu lepak rumah layan Hindustan. Semalam pergi rumah cerot, abang dia kahwin, habis makan terus naik melaka. pergi melalak dengan budak-budak ni. semalam pergi rumah baru mira pulak. Memang tak reti nak duduk diam bila balik. Ni pulak musim budak cuti sem, memang best semua member ada kat tampin ni.

tadi pergi kilinik gigi. ada dua biji gigi aku dah rosak. first time pulak cuci gigi.ngilu weh.berdarah pulak gigi aku tadi. besok kena pergi klinik gigi lagi. nak pergi tampal pulak. macam-macam...

Masalahnya aku ada test khamis ni. Sehelai muka surat pun tak terbuka..haish..parah..dengan hands on project tergendala sebab tak tahu nak buat..adeh!

Aneway, aku memang nak enjoy. Lama dah tak enjoy dengan diaorang..
Oh ya, bulan januari nanti aku final exam..best of luck =)