salam 9 syawal..rasa macam lambat je nak wish selamat hari raya..
bila dah lama tak buka blog, rasa macam benda aku nak cerita. ni semua gara-gara celcom gundut tu! baru bulan 8 tak bayar, terus tak dapat nak connect internet..grrrr!
kalau nak flashback balik..jenuh pulak nak taip..tapi ni la serba sedikit yang berlaku 2 3 hari sebelum raya sampailah semalam..
27 ramadhan :
-aku kemas rumah dari 9:30 pagi sampai 2:15 petang. non-stop! hari tu juga rumah aku settle. pukul 3:30 petang shopping raya last minute dekat melaka dengan nisa, udin dengan kak cik.sampai rumah pukul 1 pagi.
28 ramadhan :
-kemas bilik aku pulak. malam pukul 10 lepas tarawih pergi bazar kat Tampin Square beli kuih raya. ayah cakap kuih aku beli kat melaka semalamnya tak cukup. sampai pukul 12 malam baru balik
29 ramadhan :
-abang aku ijat sibuk ajak aku pergi tampin hari mantai tu. dia tak tahu erti jam ke? aku bagi syarat kena belanja aku bag..alhamdullilah, dapat aku pow dia satu beg =) pukul 11 pagi akak aku sampai. konon muka penat..daa...malas nak layan. aku suruh dia tolong ibu masak juga. dah la aku kena kemas rumah sorang-sorang.
-malam pukul 1o lebih turn rumah aku pulak orang datang takbir raya..lemang tak berusik, rendang je habis..kerepek aku satu balang habis..huhu..alhamdulillah
1 syawal :
-pagi-pagi kena marah sebab lambat bangun.nak dekat pukul 7 baru terjaga.
-mandi, siap-siap pergi surau.
-makan lagi selagi termampu, lepastu bermaafan, sesi photoshoot lepas tu balik kampung...
-pukul 11 malam baru sampai rumah
2 syawal:
-start tengah hari samapi malam orang tak henti-henti datang. rumah aku pun tak sunyi dari bunyi telefon.
-menu hari tu memang banyak..ikan kari, sambal udang, sayur goreng, tulang masak lemak, telur dada, sardin sweet sour lepas tu kuih kuaci..serious laku semua lauk.
3 syawal :
- cepat-cepat tutup pintu rumah sebab takut orang datang tak henti-henti..sebab nak jalan raya pulak. pergi ke gemencheh, lepas tu ke gemas then terus ke pahang. tuhan je tahu betapa lamanya tersekat di jalan raya akibat jammmmmm
4 syawal:
-lagi orang datang rumah..tapi kali ni selesa. orang datang selang seli. jadi ada masa aku berehat. tapi sampai malam juga. tumit kaki aku dah start merekah... =(
5 syawal:
-ni hari paling best! raya sama-sama budak sekolah..ni aktiviti tahunan.konvoi ramai-ramai kan..memang best la. cuma kurang ahli je sikit. ye la ramai na study over the sea. lepas tu tak balik raya pulak..hari tu je sampai malam semuanya 16 biji rumah..kalau tahun lepas 21 biji rumah..hahah.aku memang tak da feel nak timbang berat badan
7 syawal:
-abang dengan k.ngah dah balik..bosan sikit rumah. tinggal abang aku 2 orang tu je.
hari ni tak da orang, kecuali budak-budak kecil yang tak henti-henti datang rumah.mula-mula aku layan, lepastu malas dah..diaorang bagi salam, aku duduk diam dalam rumah..senang, habis cerita
- 9 malam dapat call pak long masuk hospital seremban..terus je ke sana..sampai rumah pukul 4 pagi
8 syawal :
-pagi-pagi dapat call pak long dah critical. pukul 7:45 pagi pak long meninggal..
-selesai kebumi semua lepas asar..malam terus kenduri tahlil.
macam tu lah cerita aku yang bosan. serious aku rindu kat blog ni =)