assamalmualaikum...hohoho..
semalam aku keluar dengan si nisa ke Melaka , dia kata berdua je..tapi last-last tujuh orang semuanya..nak tak nak kena naik dua kereta. siapa lagi lima orang tu?
lagi lima orang tu, budak kolej dia. nasib baik aku kenal empat orang tuh, yang lagi sorang tu baru kenal semalam..tapi, serious kepala dungga diaorang sama macam kepala aku dengan si nisa ni..so, tak da apa hal la nak lepak sama-sama..
first sekali, pergi Celcom Centre..nak tahu? semua nak pergi sana sebab nak melangsaikan hutang piutang dengan celcom yang bagi aku nak bagi penampar je sebab line dia macam kura-kura atau tenuk nak melintas jalan..
lagi best, ada yang terus isi borang terminate, sebab dah tak tahan. bukan tak tahan nak bayar, tapi tak tahan nak tahan sabar line macam hampeh!
tapi, aku masih bersabar...jadi aku bayar hutang beruk band (broadband) ni dulu. tapi, bila-bila aku rasa kesabaran aku teruji lagi, aku tak teragak-agak terminate seperti mana makhluk-makhluk Allah semalam buat..atau pun biar kan je..biarkan macam gantung tak bertali???
lepas settle semua hutang, macam biasa perut masing-masing menyanyikan lagu keroncong si endang-endong nyanyian Hetty Koes Endang..lapar bukan main!
pergi pulak makan dekat US Pizza...sila bagi perhatian di sini : makan di sini are totally NOT RECOMMENDED!
aku order air American Ice Tea..rasa macam gempak je kan bila dengar nama tuh.tapi yang aku dapat hanyalah tak ubah seperti Teh O Ais..aku order pulak Crazi Garlic Twister..tapi yang aku dapat adalah roti bawang putih, yang tak tertwist pun..mushroom soup nya...ya Allah...rasa dia ala-ala basi kot..huahua..
tapi, tak semua la mengecewakan..pizza, spaghetti dengan chicken wings bole la tahan..tapi bagi aku, korang masak sendiri la lagi sedap!
lepas makan, pergi karoke..tiga jam..memang sakit anak tekak kau. lepas tu sibuk nak pergi jusco pulak..sebab apa? nak makan sushi...aku paling tak suka sushi. serious, anak tekak aku memang tak boleh nak telan. aku ingat waktu form 1 aku makan sushi salmon, muntah-muntah aku.
tapi, walau apa pun..great day semalam..dah lama gila tak melepak macam semalam..bila la pulak nak keluar dengan member-member aku yang lain???
0 comments:
Post a Comment