CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 20, 2011

kerjaya

semalam tiba-tiba, topik bualan aku jadi macam serious bila borak dengan si nisa dungga.
selalu topik kita orang, macam orang tak da masa depan je..tapi semalam lain pulak rasanya..

si nisa tuh tiba-tiba cakap risau pasal kerjaya dia akan datang memandangkan dia dah tukar kos time degree nih. aku cakap lepak sudah, study sampai habis dulu tapi plan baik-baik apa kau nak buat lepas study nanti. aku ni kalau cakap, macam pakar, tapi dalam hati aku time tuh sama juga rasa macam dia tuh. tapi at least, dia tuh ambil subjek enviro yang memang masa akan datang nak guna pakar-pakar lulusan macam dia..aku?

diploma pun setiausaha ja..apo nak jadi? tapi aku tak pernah menyesal sebab sejak aku masuk kos ni, ini adalah cinta pertama aku. serious, kos ni menarik gila. orang dah belajar je tahu macam mana perasaan aku ni. tapi kenapa kawan-kawan aku tuh handal-handal belaka. yang hampir jadi doktor, yang hampir jadi cikgu, yang hampir jadi nurse..kiranya, habis belajar menjadi la diaorang.. ceh, jelez gila aku. sedangkan sekolah sama-sama, ada yang dari sekolah rendah. kerja sekolah tak siap pun sama-sama, kena marah dengan cikgu pun sama-sama, memonteng pun sama-sama..tapi, tengoklah..diaorang juga yang best...jelez..jelez..

dulu kecik-kecik, aku puas fikir, apa nak jadi?.kalau nak ikutkan..ada juga aku terfikir, apakah aku dilahirkan untuk menjadi bintang terkenal atau selebriti? tapi, nampaknya memang tak lah kan..

tapi, aku ambil benda ni positive..bak kata abang aku. kenapa ada kos elektrik, kimia, doktor dengan enginering kat universiti..sebab peluang kerja tu ada. sama la dengan kos yang aku ambil..dan tak kisah la apa kos pun yang kita ambil, semua ada peluang kerja..apa ingat, pihak universiti dengan kolej provide kos-kos yang kita ambil tuh untuk suka-suka ke?..

ok, never say never..macam biasa la, pepatah aku memang tak da kena mengena..aku percaya bila masanya akan ada anak raja pinang aku nanti..ehem,,maksud aku kerja yang sesuai dengan aku..tapi, apa saja yang anda lakukan, yakin boleh! rakan muda....

assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment