se, dua, tiga dan empat menjak ni aku telah mengurungkan diri aku di dalam bilik, dari pukul 10 malam sampai 5 pagi..tah apa-apa aku buat agak nya kan?
aku akan tutup lampu tapi on kipas ( guna kipas sebab tak da air-cond), then on lappy sambil layan cerita korea..dusssss!!! yang abang aku, sibuk layan cerita jepun kat computer kat ruang tamu tengah.cerita apa tah?, dari dulu asik la tengok cerita jepun.. ah elok la, bulan ni kalau electric naik, aku tak da pehal la..sebab abang aku duduk kat ruang tamu, kalau ayah terjaga tengah malam pun mesti nampak abang aku je..aku duduk dalam bilik, tutup lampu, pakai head-speaker lagi. memang orang ingat aku dah tidur punya la..kalau babak tu tengah kelakar gilo, aku cepat-cepat tutup mulut dengan bantal peluk(actually bantal busuk),lepastu gelak puas-puas.. haha...brilliant tak aku ni?
ibu aku pun wonder gak, kenapa aku asik duduk dalam bilik..ibu aku tanya aku tengah putus cinta ke? hahakhaks..lawak gilo soalan mak aku..pak wa pun tak da, nak putus pe halnya.., tapi aku senyap je. mak aku tanya kenapa diam? adess.. -_-". how to answer? you pop with that kind of question suddenly, lepas tu macam tak logik langsung la bu..aigoo...
aku cakap la, aku tengah mabuk cerita korea..then ibu aku cakap, buat apa layan cerita macam tuh., nanti kau suka berangan(cakap sound membebel sambil keluar bilik)...na na na, mak malas layan drag =)
tapi betul kata ibu aku tuh, cerita korea memang banyak berangan dan kadang-kadang tak logik..tapi secara jujurnya, aku lagi suka tengok cerita korea dari aku tengok cerita indon yang merapu-rapu, dan cerita melayu yang aku rasa pengarah dengan penulis skrip tuh macam dah tak idea..busan je aku tengok, semua cerita predictable! tak boleh nak buat aku berfikir..aku suka tengok cerita melayu kalau pengarah dia Kabhir Bahtia, dia ni je best..tapi kalau tengok cerita korea, sungguhpun macam tak logik tapi boleh diterima pakai lagi. kadang-kadang bila tak logik, tuh yang buat aku fikir macam mana pengarah dia boleh buat cerita sampai tahap macam tuh?..ha...berjalan sikit minda aku..
ok, untuk masa ni aku tengah layan dua-dua cerita ni..lantak la orang nak cakap aku jiwang ke, minah bunga ke..suka hati la..hidup biar happy...
Secret Garden...cerita yang buat aku menangis..sob..sob..
Playfull Kiss..cerita yang buat aku macam orang gila tahan gelak v*_*v
try la tengok..best giloks weh...oh,ya..aku happy bila odah dah makin sihat..hari ni dia makan banyak!!! dan mak odah, si minah kontel tuh pun sibuk makan sekali..huhu..aku pulak, bila happy tengok kucing aku ada selera makan, selera aku pun sibuk naik sekali..kejap-kejap aku pergi dapur..ni, dalam dua tiga hari, kalau tak control,mahu naik badan aku..so, aku kena bersenam..tapi lately ni, cuaca tak menentu..arghh!!! macam-macam alasan aku..nak seribu daya, tak nak seribu dalih hidayah..
ok, dear...aku doakan yang terbaik untuk semua...peace v*_*v
2 comments:
ko donload katne cte secret garden tu? nak2 :)
ritu ak tngk kt mysoju
pstu ak amik kt budak bilik ak..
Post a Comment