CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 4, 2011

alooo...sesuai dengan visi dan misi aku yang AT LEAST satu hari satu entry..aku yang tengah bz buat report ni pun telah meluangkan masa untuk nak taip entry kali ni..dengan perut yang berpesta menyanyikan lagu keroncong kelaparan, aku taip juga...

semalam lepas je cerita favourite aku setiap hari isnin, GEMILANG kat tv3, aku punya lah rasa mengantuk. lalu mengambil keputusan untuk beradu..
baru je landing atas katil, mesej kat handphone pun masuk. aku pun fikir makhluk istimewa mana la yang sibuk sms aku. aku tengok nombor yang tertera tak bersave dalam LG aku(perlulah nak mention phone brand apa kan)

"hai, wat apa tuh..saja nak tanya masih single lagi ke?"

binawer mana pulak ni. aku ni jenis bukan pegang handphone 24 jam. jadi kalau masej dan call anda semua berjawab dari saya, anda merupakan insan yang paling bertuah..kalau tak tu sorry lah...

berbalik mesej tadi, aku dengan hanginnya terus la tanya..
"cik ni siapa"...bagus tak aku ber encik dengan dia ni..

"ala, abang kamel...haha...aku la mirul.."

serious, aku tak kenal makhluk cipanzi ni.

aku pun cakap aku tak kenal dia. tau binawer ni cakap apa kat aku?

"KIMAK la, main-main lak kau.."

ish!!!!! syaitan direjam betul budak ni..selamba doggy nak carut kat aku.

"weh, kau dah la salah nombor, pastu biadab carut kat aku kenapa. aku dah cakap tak kenal kau kan. entah-entah kau salah nombor, nak tunjuk handal pulak.kurang aja kau ni"..ayat ni aku reply kat dia..

"kau siapa?..aku nak cari nadia" dia reply balik..

"kau salah nombor, ni bukan nadia..lain kali perangai tuh biar beradab. nasib baik kau tu tak kena carut dengan aku."

"kau siapa?" sibuklah cipanzi ni tanya aku..

"aku saripah!"...hahhahahahah

terus tak repy-reply mesej..elok la tuh. tengok kebiadaban kau tau sangat yang kau tu budak sekolah yang menggatal..kalau aku ada adik perangai macam kau, dah lama kena tempeleng dengan aku.

aku sekolah dulu, tak da masa nak mesej orang, tanya single lagi ke tak.budak desperate je tanya soalan macam tu. ni la budak zaman sekarang. kalau dah bekerja tak pe lah juga. ni seluar dalam kau pun mak kau basuh, nak menggatal....itu pun kalau kau pakai.

serious aku hangin semalam..dah la kredit aku bazir reply mesej kau, kena pulak carutan dari kau..memang aku panas..

yang aku pelik, nombor aku ni asik la orang salah call..recycle punya nombor agaknya.
hari tuh, ada orang order ice untuk kenduri kahwin, orang indon nak cari manager dia la..aku pun rasa nak mencarut..tapi dah tersalah call, tak kan nak marah kan. aku cakap salah nombor terus aku letak..malas aku layan.

ok. got to go dear..aku harap lain kali kalau nak masej orang, sila gunakan ayat yang menunjukkan anda adalah orang terpelajar...bukan macam ayat entry aku yang banyak mencarut ni..understood?

2 comments:

Anonymous said...

hahhaha..kelakar lah yaya! siap ade owg na oder aiss lak tuu..pasni aku na try kol hg,ckp na mintak bibik 1 lori arrr...hahhaahha :)

hidayah dzulkifli said...

bole je jibab...oder mak nyah satu kapal pn mak bole sediakan...hahaha....

Post a Comment