CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 29, 2011

test dan ketiruan

assalamualaikum..

test tadi..aku tak tahu la macam mana nak cakap. selamba badak sumbu aku meniru dengan budak-budak ni. bila balik tadi dalam bus, rasa menyesal pulak meniru =(

mentang-mentang senior yang jaga exam, sporting pulak, selamba land lah aku meniru lagi...haish..teruk !teruk!

ok, next week paper ni juga aku akan jawab. punya lah terfikir test pun cam haram meniru, final nanti macam mana lah kan?

serious cuak kebebeh ni...

Tuesday, December 27, 2011

siti ku

assalamualaikum..

Siti Nurhaliza..siapa la kan tak kenal dia. semua kenal dia. cuba sebut nama aku..hidayah dzulkifli, sorang pun buat do no aja.haha

sebut pasal siti. dia adalah penyanyi favourite aku. ya, semua album dia aku ada. cuma yang latest tak beli lagi. serious kepingin nak beli, tapi serious kalau nak beli kena fikir 2 3 kali. duit tu aku boleh makan sampai seminggu.muahhaha..

ok, lately ni aku makin keliru dengan siti. cantik memang cantik. tapi aku tak suka gaya dia untuk cover magazine glam. perlu ke meniru gaya madonna? jom tengok..



dah nak sama dengan madonna



yup..she's looking superb






ok, kalau ikut info, memang dia hanya dipakaikan rambut palsu je, stil pakai serkup kat kepala. efek pencahayaan dengan grafik je nampak macam betul-betul free hair.

kalau ikut islam, tak pakai tudung berdosa, pakai ramut palsu lagi berdosa..

tapi biarlah dia, dosa dia kan..dosa aku lagi melambak..tapi aku lagi suka kalau dia pakai macam ni..lagi sweet


ok, lantak sama dia. apa pun..dia memang cantik. berganda-ganda-ganda lagi cantik kalau nak compare dengan aku kan.ahahha

yang paling tak sedar diri..si apek ni


serious menyampah..budget hot mamat ni..kenapa orang minat dia pun aku tak paham!

gossip je kerja aku. besok ada test tak sedar diri. buat siti, aku doakan kau dapat petunjuk. terus kan berkarya dan menyanyi, sebab aku suka dengar suara kau. ok...

kebizian

Assalamualaikum..
Aku dah lama gilo tak buka blog ni.sejak sibuk membizikan diri, serious tak da masa. How I really miss this blog =(

Last week, aku kena demam. Demam panas sejuk. Semua badan aku sejuk, tapi nafas dengan kepala panas. Serious, demam teruk.
Tapi mengenangkan assignment melambak dengan test berturut-turut campur pulak dengan presentation, memang dah nak terbarai otak aku last week.
Nasib baik, aku gagahkan juga. Kalau tak, tido membuto je lah aku kat atas katil. Dengan air-cond dekat kelas sejuk gila, jawab test sambil batuk teruk dengan selsema macam air hujan..nak meleleh je.
Rasa nak menangis pun ada juga, tapi bila fakir badan gedahak macam ni ingat ada orang nak layan?!

Alhamdullilah, minggu yang menyeksakan dah habis. Hari jumaat malam habis kelas dengan presentation ayah datang jemput. Tuhan je tahu hati aku bersyukur macam mana. Kalau nak naik bus, memang tak larat dah.
Ni sekarang tinggal batuk dengan selsema. Suara aku rock habis.

bila dekat rumah, memang macam tak da masa depan. lagi-lagi ni la first time aku balik rumah langsung tak da kerja. Hari sabtu lepak rumah layan Hindustan. Semalam pergi rumah cerot, abang dia kahwin, habis makan terus naik melaka. pergi melalak dengan budak-budak ni. semalam pergi rumah baru mira pulak. Memang tak reti nak duduk diam bila balik. Ni pulak musim budak cuti sem, memang best semua member ada kat tampin ni.

tadi pergi kilinik gigi. ada dua biji gigi aku dah rosak. first time pulak cuci gigi.ngilu weh.berdarah pulak gigi aku tadi. besok kena pergi klinik gigi lagi. nak pergi tampal pulak. macam-macam...

Masalahnya aku ada test khamis ni. Sehelai muka surat pun tak terbuka..haish..parah..dengan hands on project tergendala sebab tak tahu nak buat..adeh!

Aneway, aku memang nak enjoy. Lama dah tak enjoy dengan diaorang..
Oh ya, bulan januari nanti aku final exam..best of luck =)

Sunday, November 27, 2011

sabar je lah aku

bila kerja grouping, ada benda jadi mudah ada benda jadi susah..
kadang-kadang benda yang di plan susah nak jadi..itu yang dikatakan, kita merancang tuhan tentukan..ya, aku percaya benda tu.

tapi kadang-kadang, kalau kita stick to the plan, mesti benda tak jadi susah.
jangan nak berani sebut pasal pengorbanan..sebab semua orang berkorban..
cuma mungkin belum cukup..

aku malas nak marah-marah, walau susah tu aku yang tanggung
sepatutnya, jangan merubah janji..
diam aku tak semestinya aku setuju
mengalah aku tak semestinya aku kalah

sebagai manusia, aku juga ingatkan diri sendiri
tolong hormati janji yang dibuat
dan sila hormati masa orang lain


kerja tertangguh bukan satu cara untuk jadi manusia berjaya!

lupa dan lupa..alasan yang selalu manusia cipta
aku juga lupa.tapi kalau tak nak melatih diri, sampai bila harus lupa??!

aku respect pada mereka..mereka yang dikatakan sahabat
mereka yang dikatakan kawan
mereka yang setuju untuk buat kerja bersama-sama

tapi kadang-kadang, aku harus bertegas!..biar berkecil hati, janji tidak kerja tertangguh.

percayalah, aku sangat kecewa kawan...

Friday, November 25, 2011

kojo

assalamualaikum

aku tengok blog ni rasa dah bernafsu. bosan gilo! macam tak bernyawa..hahah
serious aku tak da masa nak hupdate.

segala quiz untuk sem ni dah settle. start minggu depan segala test pulak.best of luck untuk kau, hidayah.
paling best segala assignment tak buat lagi.tahniah.

semalam baru terhegeh-hegeh nak pergi interview.kelakar pulak ai. KESESATAN PERJALANAN..

pukul 11 pagi baru sampai. janji dalam pukul 9 lebih. malunya.nasib baik itu Pn.Aishah sangat baik hati. semua maklumat dia provide.semua benda juga dia explain.itu part paling best.


bila dah interview ni..nak kena buat report pulak.lepas tu ada 3 assignmet tak start lagi.bagu..bagus..

Friday, November 4, 2011

tips

asslamualaikum

malas nak cerita banyak. ayah cakap orang keras kepala macam aku ni kadang-kadang kena bagi motivasi sikit. tapi motivasi ayah, bagi aku rasa macam satu bebelan pulak.
ayah pun aku rasa malas nak layan aku yang asik mengadu domba dengan dia. aku rasa la kan..

ok, aku memang suka baca blog ni. blogger ni dulu pensyarah time diploma dulu. sir ni suka letak entry yang banyak kata-kata himah.dan juga entry yang ada motivasi. jangan ingat aku jenis suka hu ha sana sini, tak da disiplin tau (",)

kan sejak dari masuk degree aku rasa macam stress sikit. sikit je tak banyak pun.jadi bila aku baca post sir ni tadi aku rasa aku patut apply kan waktu sekarang.
aku tak pasti lah diploma dulu aku ikut ke tidak.huhu

Tips Cemerlang di Dalam Bilik Kuliah/Kelas

Melangkah masuk ke alam Universiti bermulalah sebuah perjalanan yang penuh liku. Ramai yang terkandas dipertengahan kerana tidak berjaya menyesuaikan diri. Dugaan paling berat yang harus ditempuhi seorang mahasiswa adalah menghadiri kelas. Kebebasan yang dikecapi di Universiti berbanding alam persekolahan sebelum ini menyebabkan ramai yang leka. Atau lebih dikenali sebagai "Culture Shock!". Jika ada yang hadir pun, kerana terpaksa.

Universiti sangat berbeza dengan Sekolah.Tak hairanlah, ramai pelajar cemerlang SPM/STPM disekolah gagal atau mendapat keputusan cukup-cukup makan bila di Universiti. Kalau adapun, sangat sedikit peratusnya. Dan jangan terkejut dengan pelajar yang cemerlang di IPT adalah pelajar yang biasa-biasa sewaktu di alam persekolahan dahulu. Telah banyak kes yang berlaku seperti ini. Seolah-olah berlaku perkara terbalik.

Hari ini, saya ingin berkongsi tips cemerlang di dalam bilik kuliah bukan sekadar untuk IPT, namun sesisapa sahaja boleh mengaplikasikanya didalam kehidupan walaupun pakcik yang yang menghadiri kelas agama di masjid.

Tips pertama dan paling asas adalah ulangkaji subjek / pelajaran lebih awal sebelum hadir ke kuliah. Seelok-eloknya malam sebelum kelas. Kenalpasti topik-topik yang akan dibincangkan sekali imbas.

Kedua, jangan lewat ke kelas. Datang awal 15 minit sebagai persediaan dari sudut mental dan fizikal supaya mendapat lebih tumpuan semasa belajar.

Ketiga, pilih tempat duduk dihadapan kelas yang lebih dekat dengan pensyarah. Kerana lebih dekat dengan guru lebih keberkatannya.

Keempat, tunjukkan perasaan minat terhadap apa yang dituturkan oleh pensyarah kerana mereka suka dengan pelajar yang berminat dan ini akan meningkatkan semangat pensyarah untuk mengajar.

Kelima, dapatkan rakan sekelas yang bijak dan mudah faham didalam kelas.

Keenam, catat nota-nota penting yang diberi penekanan oleh pensyarah. Jangan sekadar salin apa yang dituturkan oleh pensyarah tetapi tidak memahami penerangan yang diberikan.

Ketujuh, jangan membiasakan diri bertanya "Bila kelas akan tamat?" atau kerap melihat jam tangan yang akan mengganggu tumpuan pensyarah mengajar.

Kelapan, cuba mengenal pasti apa yang difikirkan oleh pensyarah kerana selalunya pensyarah adalah salah seorang penggubal soalan dan pemeriksa kertas soalan pelajar. Dengan erti kata lain, jangan "syok sendiri" dengan buat andaian yang salah terhadap penerangan yang diberikan. Berani bertanya jika lambat untuk faham.

Kesembilan, Jangan tidur didalam kelas kerana ia tidak menghormati pensyarah dan rakan-rakan yang lain.

Kesepuluh, jika anda tidur juga jangan berdengkur sehingga mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran.

Saya harap semoga 11 tips ini dapat membantu dan menjadi panduan untuk cemerlang di dalam kelas walaupun banyak lagi tips-tips berkesan yang lain.

Hormatilah guru walau siapapun dia. "The most effective teacher will always be biased,for the chief force in teaching is confidence and enthusiasm." ~Joyce Cary

yang biasa aku buat no tujuh tu.hahah.

credit to sir hisham.

Saturday, October 29, 2011

done =) alhamdullilah

alhamdulillah..

selesai dah. tak sangka konvo ni satu benda yang excited, happy tapi memenatkan.hahah

imagine dalam dewan dari pukul 1:30 sampai 5:30 petang. rasa nak tertanggal kepala aku.asik mendongak mengadap screen besar. (:,)

apa pun best gila sebab jumpa budak-budak unikop yang dah lama tak jumpa. jumpa lecturer-lecturer kat sana dan yang paling best bila semua sibuk nak tangkap gambar.hahah rasa diri macam arits bila flash kamera tak henti-henti mengadap kitaorang.

terima kasih ayah ibu.terima kasih untuk segalanya

and u too sis.thanx for coming and the present =)

ni separuh dari geng aku.huhu


together with miss ziera ( berdiri sebelah kiri aku) :)

member2 yang sporting nak snap gambar degnan parents aku

kitaorang pun nak main baling-baling topi

kitaorang yang tercampak di KBM




ok.bnyak sangat picture aku dah snap.sampai beratus-ratus.dan serious malas nak upload.ok, petang ni nak balik KBM.dan besok serta lusa ada test.dan aku satu benda pun tak baca lagi.

dan semalam adalah kenangan.nanti kalau ada anak cucu aku nak tunjuk kat diaorang.huhu..untuk besok dan hari seterusnya adalah harapan dan impian.cara dan usaha kita menentukan segalanya. terima kasih untuk semua yang berada disisi aku selama ini.serious terharu.