CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 30, 2011

congratulation =)

ALHAMDULILLAH...akhirnya dapat juga aku sambung degree..ya, walaupun hanya degree, aku happy tahap cipan..parents aku pun happy gak...ho yeah!

walaupun hanya di Melaka, bandar yang boleh kata tiap minggu aku pergi jalan-jalan..tapi, mungkin situation dia lain sikit kan..tapi aku pretty sure juga yang aku mungkin balik tiap-tiap minggu sebab tiap-tiap minggu jugalah ayah dengan ibu pergi pusing-pusing kat sana..haha

ok, dari semalam semua nya rasa serba excited. dari tengok result kelayakan sampai lah ambil tahu kawan-kawan lain dapat kat mana...sedih sikit lah sebab semua tak sama tempat, kalau ada pun dua tiga kerat je.. =(

walauapapun, seriously, graduation day dengan sambung degree...those two things buat aku excited gila!..dapatkan diploma, tu salah satu goal yang aku dah dapat capai dalam hidup..at least i've achieved something..degree pulak, second level yang aku kena capai juga..

apa-apa pun, aku percaya sangat ni semua berkat doa ayah..kalau dia tak "bising" kat aku suruh belajar, tah apa la aku buat sekarang ni..

ok, untuk semua kawan-kawan aku :

CONGRATULATION AND CELEBRATION
haha...aku percaya sekarang ni semua tengah happy gila..i love you guys. tahniah sekali lagi. please keep in touch and i really miss our study lifetime dekat Unikop dengan korang...

Monday, June 27, 2011

mari makan kawan

assalamualaikum..apa khabar? haha..aku telah menggunakan bahasa baku.. *_* poyo lah!

hari ni dah selasa, aku tak sabar nak tunggu malam sebab aku nak tengok cerita ANNISSA kat TV3..



cerita dia secara keseluruhan macam cerita "Melayu" biasa..tapi yang buat aku rasa best sebab jalan cerita tu pasal kawan makan kawan..tu golongan jenis apa ek? karnivor ke omnivor ke herbivor? lepas tu aku rasa jalan cerita dia menarik sebab semua heroin dalam cerita tu aku tak minat..haha



kalau korang follow cerita ni,mesti korang rasa benda ni memang secara realiti nya terjadi..bak kata kawan aku, zaman sekarang ni tak payah lah ada kawan baik..sebab kawan pun sanggup tikam dari belakang. tapi itu pendapat masing-masing..bagi aku, tiada kawan, sunyi lah hidup...kawan baik, kawan yang sudi susah senang sama dengan kita..am i right?

o ya, tak sedar dah nak dekat hujung bulan 6. maksudnya dah dua bulan aku ambil kursus pengurusan rumah tangga dekat rumah aku ni. semalam lepas mandi, tengok rambut aku..phewittt! aku jumpa uban sehelai..gelabah gila..haha

dulu-dulu, akak aku bagi tau kalau dah ada uban maksudnya, malaikat maut datang melawat..haha,dada aku time tu dup dap dup dap, cuak kebebeh.. time-time tu juga rasa nak sembahyang taubat...tak tahu betul ke tidak..tapi, kalau ikut sains, tu maksud rambut dah mati ataupun rosak..haha.. apa-apa je lah =)..nak pergi makan..bismillah..

Thursday, June 23, 2011

bosan

assalamualaikum...

nasib baiklah si nisa rumah dia ada buat kenduri kahwin..tak da lah aku bosan sangat.
dari hari isnin sampai lah hari sabtu aku datang rumah. tolong apa patut. nama pun kawan kan..

lately ni tak da benda yang menarik pun berlaku dalam hidup aku. nampak sangat hidup aku ni membosankan. bulan 7 nanti ada benda nak buat, harap-harap ada sinar sikit yang menerangi hati ku ini..huhu.. =)

Tuesday, June 21, 2011

mumbling

assalamualaikum...hai peeps!!!
aku nak tanya satu soalan simple..satu je...

APA KORANG BUAT BILA MAK KORANG SUKA MEMBEBEL TAK TENTU PASAL???

aku memang malas nak dengar ibu aku membebel...karang aku mencelah takut kata melawan..what the.... -_-



malas amik port, aku diam..paling tidak aku buka tv..sabar je la...tapi ayah aku lagi slumber land...dia cakap kat ibu aku :

ayah: along (panggilan untuk ibu aku), abang ingat nak beli set DJ la kat rumah ni.
ibu aku yang tak berapa paham pun tanya: buat apa nak beli set tu?
ayah : elok lah beli, nanti along bole jadi DJ, cakap 24 jam..

kahkah...lawak gilo ayah aku...ibu aku buat muka bengang...

Sunday, June 19, 2011

mushaf sunan

"Cinta Sang Ratu..Laksana langit mencengkam purnama..Ibarat mutiara di lautan biru..Saujana mata memandang...Seluas langit terbentang..Tatkala cinta berbisik..Suaranya memuji Tuhan..apabila rindu terusik..Rasul-Nya menjadi pilihan..sampai masanya cinta jadi taruhan..Sang Ratu menjadi impian.."



ini lah ayat yang paling best pernah aku baca..Laksamana Sunan, lelaki berduka dari Tanah Rencong mengukir mushaf ni untuk isteri, si Ratu...tapi sayang isteri pergi menyahut seruan Ilahi..mati di tangan ibu asuhan sendiri..si Maharani...

mood : touching 8_8

Wednesday, June 15, 2011

yes! abg RAM aku

yuhu...assalamualaikum..hari ni seronok pulak aku..sebab nya karya yang panjang setelah empat siri novel nukilan Ramlee Awang Murshid, abang aku dah beli.yes..yes...
kegembiraan tahap gaban!

ok, untuk jalan cerita kali ni tajuk dia Sutera Bidadari..aku memang dah follow cerita ni dari dulu lagi..dari siri 1 sampai sekarang

siri 1, bagaikan puteri dah pun menambat hati aku untuk ikut cerita ni sampai habis



lepas tu aku beli pulak sambungan dia..cerita siri kali ni memang menusuk kalbu..



dah gian sangat, beli siri 3 ni pulak



lepas tu beli lagi siri 4



dan sekarang, siri akhir...



huhu, tapi aku tak habis baca lagi..tak sabar nak habis..

kepada abang RAM ku, serious..semua cerita anda memang penuh isi..tak merapu-rapu..memang thriller..yang penting unsur islamic tu ada...dan oleh kerana itu juga, semua koleksi novel hasil nukilan dan idea anda ada dalam almari rumah saya..saya tabik springgggggg sama anda...

Saturday, June 11, 2011

si gambit jimbit

assalamualaikum..apa nak jadi la industri seni malaysia ni? ramai kata nampak peningkatan..peningkatan dari segi apa? kualiti ke kontroversi?
berapa juta kali dah bekas pengacara melodi wahid dengan farah tu cakap, "kurangkan kontroversi, tingkatkan segala prestasi", tapi degil artis malaysia ni..kalau boleh hari-hari mau bikin panas! apadaaaaa???!!!

ni aku nak tanya, korang kenal ke nama Gambit Saifullah? aku kenal gitu-gitu aja, tak best friend pun dengan dia ni,,sebab aku bukan nya artis kan..bahaha =)
aku dulu first time dengar nama dia ni : Gambit?..kristian kot.., tapi rupa-rupanya orang melayu..ramai pulak member-member aku cakap dia ni handsome..aku pulak rasa biasa-biasa je...

ini lah Gambit Saifullah



beberapa tahun pun berlalu, aku tak pernah ambil tahu pasal makhluk ni sampai la 2 3 hari lepas kecoh pasal klip video arahan dia ni...kontroversi sungguh!




aku pun tak tahu nak cakap apa. mula-mula aku tak nak share video ni takut aku ajak korang buat dosa mata, tapi aku nak korang menilai..patut ke, buat klip video macam ni..?

well, ramai kata tak da lah "biru" sangat..tapi pada aku, tak payah kot nak buat aksi macam tu..kalau ada budak kecil tengok, apa nak explain?...

bagi aku banyak jalan cerita lain untuk di buat video klip, ataupun tak payah nak tunjuk aksi-aksi macam tu. sebab tu sampai sekarang aku minat dato' siti nurhaliza..serba sebi sopan..video klip tak payah nak buat panas-panas, tapi tetap meletop..

yang Gambit ni pulak boleh buat statement kata nak buat klip vidoe standard international...what the hack???..kalau kat Malaysia ni pun dah ramai kata tak patut, kat luar apa lagi orang ngutuk...sabo je la mak...

walauapapun, good try Gambit..kau memang berani.tapi tolong jangan lupa sisi agama.kau boleh sesuatu yang lain, tapi jangan sampai lain dari yang lain sensitiviti masyarakat dengan agama kita..betul tak apa aku cakap?

ok, tak nak lebih-lebih..karang kalau aktor Gambit ni baca, mesti dia nak tampar muka aku..yang paling penting aku jaga diri sendiri. aku pun bukan lah baik sangat. bak kata ayah aku, jaga stereng kereta elok-elok.jangan sampai makan jalan orang lain...maksudya, drive safely la kan?...hahaha