CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 30, 2010

Balik Akhirnya

hahaha...Besok mungkin aku balik rumah.Mula-mula ingat nak balik, lepastu tak jadi..
Memikirkan tempat naik bas dah berubah, kos tambang makin naik, malas nak balik rasanya.

Tapi, bila petang yang dingin, aku tengah tidur, panggilan dari k,ngah yang ajak aku pulang bersama menaikkan semangat aku. Apatah lagi, k.ngah offer dia sudi jemput dan hantar aku balik kolej...aku dengan rasa bangganya terus bersetuju..

Ayah...i'm coming....

Thursday, July 29, 2010




haha...aku tak tahu kenapa? kenapa apa? aku suka hari ni..suka-suka..
hari yang aku lalui hari ni tidak membuat aku stress.

Tapi pada masa yang sama, aku rindu dekat ayah..rindu sesangat. Nasib baik ayah ada call hari tu. Kurang rindu sikit. Dah nak dekat sebulan tak balik,minggu depan baru balik.

Rindu dekat minah dengan odah juga. Tak sabar nak jumpa dua ekor kucing kesayangan aku..rindu akan mata mereka yang wane biru..akak sayang korang..muahaha

Saturday, July 24, 2010

Terharu aku bila kawan aku, percaya pada aku dan sudi berkongsi perasaan dia yang tengah gundah dengan aku. Dari situ aku percaya, dia tahu aku siapa.

Jam 2:30 pagi tadi, handphone aku masuk message. Rupanya dari Abbiey. Dia takut tidor aku terganggu, tapi aku cakap aku belum tidor lagi. Dan dia minta nasihat aku terhadap masalah yang dia tengah hadapi sekarang ni.

Kata Abiey, dia takut, sedih, sebak bila tengok emak dia tengah terlantar sakit.Dia takut kehilangan emak dia. Aku faham perasaan Abiey. Dan apa lagi yang harus aku katakan selain teruskan rawatan untuk emak dia disamping berdoa pada yang Kuasa..

Hati nya gundah,tidak boleh tidur dan gerun bila memikirkan keadaan emak dia sekarang.Nasihat aku perbanyakkan membaca surah alam nasyrah,insyallah hati akan tenang. Ketika nabi berduka akibat kehilangan isteri dan bapa saudara kesayangan baginda,Allah turunkan surah tersebut untuk tenteramkan hati kekasihNya.Aku berharap agar Abiey sentiasa kuat, dan dia harus kuat, serta bersedia dengan segala kemungkinan..

Tabahkan hati Abiey.Ada hikmah semua tu.Allah sayangkan kau sekelurga dan turunkan ujian. Dan sesungguhnya Allah tahu kau sekeluarga mampu menempuhi ujian ni.
Percaya perkara yang satu ni Abiey, Allah sentiasa dengan kita,sentiasa...dan DIa tahu apa yang terbaik untuk kita..mimpikan yang terbaik untuk besok Abiey..

Wednesday, July 21, 2010

junior zaman sekarang

Sedikit lega bila dah buat meeting room tadi. Biar semua junior tahu apa yang semua aku and the geng dan juga super senior tak puas hati pasal diaorang..

Bukan nak membuli, tapi tahap kebersihan diaorang aku tak puas hati.
Katil yang bersepah, baju bersih campur baju kotor dan buku berselerak memang sakit mata!

Dan tadi semua dah diberitahu, harap ada sinar kebahagiaan..muahaha ;)

Saturday, July 17, 2010

bersama kawan

Keluar jalan-jalan dengan kawan kelas memang seronok. Dah tahun akhir baru nak keluar sama-sama. Jutaan terima kasi kepada hazirah@jibab, pika dan mun..seronok bershopping dengan anda semua..

makan bersama juga amat seronok..sambil tuh,bergosip..sesungguhnya, itu aktiviti yang tidak sihat tetapi menjadi tabiat..

walau apa pun aku seronok... ;D

Thursday, July 15, 2010

alhamdulillah

Alhamdullilah..hari ni selesai sudah aku menggantikan puasa aku. Penat juga bila ganti last-last minute..tapi tak kisah sangat. Sekarang tak sabar nak tunggu Ramadhan. Lepas tu raya pulak. Memang tak sabar rasanya..

Masuk tahun ni, kiranya kali ketiga aku puasa dekat kolej unikop. Jauh dari ayah aku.
Rindu nak puasa dengan ayah...

Ayah, dekyah rindu ayah. TApi nak balik tak tahu bila. Mungkin lagi dua minggu kot...
Dan aku rindu kan adik-adik aku..merangkap kucing-kucing aku..i mish them so much..

Tuesday, July 13, 2010

aku yang berduka

Apa yang ada kat aku? Aku pun tak tahu..Tapi apa yang aku tahu, aku insan biasa yang sangat lemah, kerdil dan tidak kuat menghadapi cabaran. Aku banyak kekurangan, tidak cantik, tidak hidup kemewahan dan tidak mempunyai teman istimewa..aku rasa sangat kerdil. Tapi aku hidup atas landasan keimanan dan kesyukuran. Walau tidak cantik, tapi aku bersyukur sempurna sifat, tidak mewah, tapi cukup makan minum dan pakai, tidak punya teman istimewa, tapi ramai kenalan yang memahami..

Tapi tiada siapa yang dapat memahami aku sepenuhnya. Aku yang suka menghiburkan orang, yang cuba memuaskan hati semua orang disekeliling, aku yang cuba menjadi anak yang terbaik, aku yang cuba menjadi pelajar yang terbaik dan aku yang cuba menjadi khalifah yang terbaik. Tapi sesungguhnya aku lemah. Tidak semunya dapat aku penuhi.

Kadang-kadang aku terfikir, siapa yang dapat memahami aku.Sesungguhnya aku berkecil hati bila orang mengata kekurangan aku. Kononnya, aku yang suka kerutkan muka, aku yang garang dan aku sangat tegas.Tidak kurang yang kata aku yang tidak pandai jaga badan. Namun aku tak pernah marah, sebab aku tahu, mungkin itu aku, aku yang Allah ciptakan dengan sebaik kejadian.

Aku dari kecil selalu hidup berdikari, malah aku akui sehingga kini aku hidup berdikari. Bukan tiada siapa yang ingin menemani, tapi itu yang ayah aku terapkan dari kecil.

Mudah terasa hati, itu kelemahan aku. Namun yang membuat aku bencikan diri aku ialah bila aku tidak sendiri tidak dapat beterus terang walau aku tidak berpuas hati. Atas sebab apa? sebab aku selalu cuba menjaga hati orang sekililing aku. Sedangkan mereka hanya membiarkan aku. Mugnkin mereka tahu, tak apa, Hidayah seorang yang kuat. Tapi tahukah mereka, aku juga punya hati dan perasaan. Punya hati yang tahu marah, sedih dan gembira?

Aku rindukan arwah emak aku.Tapi aku tidak pernah merasa kasih sayangnya. Pemergian dia sewaktu umur aku 2 tahun, buat aku terasa kejap dengan mak.Namun sehingga detik ini, aku masih ingat keadaan emak sebelum dan selepas dikebumikan. Kak Ngah yang menangis melihat tubuh kaku emak, ibu saudara yang simpati melihat kami 5 beradik kehilangan ibu tidak kurang juga yang cuba menenangkan abang aku yang sulung. Namun ketika aku memerhatikan keadaan itu, aku lihat ayah yang kuat. Berdiri menyambut tetamu sambil menerima salam takziah dan kekuatan tanpa setitik air mata. Disitu sebagai kanak-kanak aku mula belajar sesuatu, kekuatan dan ketabahan adalah kunci utama untuk mengahadapi segala ujian bagi meneruskan hidup.

Dan aku adalah anak ayah. Kerana ayah yang membesarkan aku, tanpa aku rasa kekurangan kasih seorang emak. Sehingga sekarang aku masih ingat susah payah ayah membesarkan kami 5 beradik. Pengorbanan abang aku yang sulung untuk duduk diasrama,bagi memudahkan ayah bagi aku adalah pengorbanan yang paling besar..
Sesungguhnya, sehingga saat ini, aku masih beduka. Dan aku rindukan ayah..