CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 29, 2010

tak tau

Alhamdullilah...aku dah sihat, tinggal batuk dan selsema.
aku boleh tahan lagi.

Bila aku tengok blog orang lain, aku jeles. Sebab blog diaorang menarik, tertarik dan the bomb. Aku nya pulak, biasa je. Aku tak tau nak buat macam mana lagi..

Tapi aku harap, one day mest ada someone yang guide aku untuk buat my blog more interesting...

Friday, June 25, 2010

tak sihat

salam sejahtera hendaknya..

Dari semalam aku dah rasa tak sedap badan. Lebih-lebih lagi tekak aku sakit sikit, bersin tak henti-henti. Malam tadi tak tidur langsung, sebab asyik bersin.
Pagi tadi, badan aku panas. Tapi kaki dengan tangan aku sejuk. Terpaksa pakai sweater dengan socks.

Ayah ajak pergi klinik, ibu aku pun beriya-iya suruh pergi, tapi aku malas. Kompem klinik ramai orang, sedang aku tak larat nak tunggu lama-lama. Aperpun, demama dah makin kebah, hara-harap besok totally sihat. Penyakit satu dugaan, sabar adalah penawar..dan itu yang aku tengah practikkan..

Monday, June 21, 2010

Semalam hari yang sangat memenatkan. Kemas bilik abang aku sampai 2 jam..bilik orang bujang la katakan, habuk sana sini. Habis kemas pukul 12:30.
Pukul 1:00 Nisa tipon ajak teman pergi MElaka buat treatment resdung. Sampai dekat MELaka Mall pukul 4:00.

Lepas buat treatment pergi tengok wayang, cerita Lagenda Budak Setan. Sebenarnya, aku dah baca cerita tuh, dari Zaman Kasyah (hero) kecik-kecik sampai habis novel bersiri tu, sebab aku ada koleksi novel tu. Tapi memandangkan Nisa yang nak tengok sangat terpaksa aku temankan....

Habis tengok Muvie dah pukul 8:30 malam, ingat nak rush terus balik. Sampai dekat kereta, kereta tak boleh nak start. Dalam hati aku cakap, ini mesti air bateri habis ni. Dan bila abang guard datang tolong check, sangkaan aku tepat sekali. Walaupun aku jarang-jarang drive, tapi ayah sentiasa ajar aku mengenai kereta.
Memandangkan air bateri yang dah terlalu kosong, tiada cara lain samaada guna teknik jumper ataupun tukar bateri baru. Tapi hari dah malam, mana jual bateri kereta baru.Tapi kitaorang boleh gelak-gelak lagi kat perking lot yang dah kosong tuh. Abang guard tu pandang pelik kat kitaorang, sebab macam tiada masalah langsung..

Nasib baik Nisa ada sepupu kat Melaka, dia datang and the geng tolong kitaorang.Tapi nak dekat satu jam setengah baru diaorang sampai.Mula-mula try teknik jumper, tak berkesan sebab air bateri memang dah kosong sangat.Lepastu guna teknik tolak kereta, pun tak boleh start enjin. Last-last, transfer bateri kejap baru boleh start. Hati sudah lega, tapi boleh pula abang guard dengan sepupu Nisa cakap, kalau guna teknik transfer bateri, make sure kereta jangan mati enjin. Sekali mati susah nak hidup..

Dan nisa menggunakan segala kepakarannya memandu supaya kereta tak mati enjin.Sepupu Nisa pula guard kitaorang sampai ALor Gajah, so that if anything happen tengah jalan, at least dia ada kat sana.Ya lah, mesti la risau sebab anak dara balik tengah malam.

Alhamdullilah pukul 12:00 pagi sampai rumah. Yang kelakarnya, bila enjin dah matikan, aku suruh nisa try start balik. Amazingly, enjin tuh bole start balik. TErgelak-gelak aku ngan nisa kat depan rumah..apa-apa pun, semalam adalah pelajara yang semua pemandu kena amik tahu.Cek air bateri, minyak hitam dan juga break. Ayah aku cakap tiga bende ni mesti cek terlebih dahulu sebelum start memandu. Selain tu, cek tayar dan juga servis kereta...
Tak perasan dah lebih sebulan aku duduk rumah. Macam-macam benda berlaku, dan banyak kerja rumah aku dah buat. Cuti sem lah baru aku dapat buat kerja-kerja anak dara. Kat kolej basuh baju dengan kemas bilik je, such a simple things for me =).

Dekat rumah semua baju aku basuh, even guna washing machine, penat juga. Lagi-lagi baju ayah, semua nak basuh dengan tangan. Aku ada kat rumah lagi suka dia tuka-tuka baju.

Baju abang aku, aku yang iron including baju ayah aku. Tapi kalau iron baju abang aku dapat upah. Upah tertinggi yang dia pernah bagi aku sebab iron baju dia ialah RM50.00.
Best sangat...;D Aku iron baju bukan nak upah, tapi dah tak tau nak buat apa kat rumah.

Nasib baik ada member aku merangkap jiran aku. Kenal lama dah, dari aku darjah dua. Otak dia memang gila-gila. Hari-hari aku main badminton dengan dia. Habis duit beli bola badminton. Aktiviti lain kitaorang tak lain dan tak bukan, lepaking termasuk gosiping, jalan-jalan cari pasal dan menunjukkan bakat yang tak hebat iaitu karoeke..
Dia tua setahun dari aku, aku panggil dia Nisa. Sekarang tengah belajar, and in the process nak amik Degree..Gud luck dud. Aku kalau balik rumah cuti, memang slalu lepak dengan dia. Kadang-kadang buat kerja amal jariah juga, sebab itu juga adalah satu tanggungjawab kita sebagai manusia.

Aku happy duduk rumah. Bila tengok cucu-cucu jiran aku main-main dengan kawan-kawan diaorang, teringat zaman aku kecik-kecik dulu., penuh warna-warni. Time tuh member aku ramai. Lebih 7 orang. Tapi bila sorang-sorang pindah, makin kurang member, Nak main pun dah tak best. Ada pula yang kawin, lagi tak best sebab ikut suami pindah..Last-last tinggal aku, udin dengan nisa. Ni belajar pun dah jauh, tunggu cuti sem baru jumpa.

Kadang-kadang aku tak caya aku dah 20 tahun. Kejap rasanya masa berjalan, sedang aku masih rasa macam keanak-anakkan. Tapi betul, kalau dapat ulang masa balik, aku nak ulang zaman aku kanak-kanak.Everyhting is there, my family, my friends and my life. Dan kalau betul masa boleh berundur aku nak kenal arwah mak aku, sebab masa aku dengan dia sangat singkat, dan jika diberi peluang, semua kesilapan dulu aku nak baiki..

Aku sentiasa memohon pada yang Khaliq, supaya sentiasa diberikan yang terbaik. Sebab aku percaya, setiap perkara berlaku pasti ada hikmahnya..

Wednesday, June 16, 2010

FB sngt bagus

hahaks...=D

Nasib baik ada facebook, aku dah jumpe beberapa sedara mara yang jarang-jarang aku jumpe dan contact. Kalau jumpe pun setahun sekali, itu pun bila hari raya.
Nih dah jumpa, terus add and kitaorang teruskan dengan communication. Best lak rasa jumpe sedara mara even dengan menggunakan teknologi alam maya.

Kalau ikutkan ramai je sepupu sepapat aku duduk dekat KL. MAlah ada yang paling hampir dengan tempat study aku. Tapi, tulah tak tau...bila dah tau, macam nak buat gathering. Tapi masa tak mengizinkan. Kene tunggu semua ada, baru best..

Aneway, FB mmg best...selain sedara mara, member lama yang dah lama tak contact pun ak dah jumpe...hilang rindu aku..
HAHA.... (",)

Monday, June 14, 2010

Best!Best!dan Sangat Best!
apa yg best?
first, family gathering dekat Kuantan Pahang. Bukanlah yang dirancang, tapi menghadiri majlis kahwin dirumah sepupu, semua family berkumpul dan menggamatkan suasana.
Kampung Sungai Isap 2, Kuantan menjadi saksi family kitaorang yang sangat ramai dan happening.

Second, my result for semester 4.Alhamdullilah, semuanya lulus, itu yang paling penting.Aku bersyukur sesangat aku lulus. Sebab subject economic yang menakutkan aku. Tapi semunya ok...=)

Third, bbq reunion dirumah syuhada. Best giler, bila berkumpul. THe most challenging, nak hidupkan arang, nasib baik mak syuhada expert. Sambil bakar-bakar dan makan, buat lawak gila, tangkap gambar itu yang sangat best. Lagi best, our special guest syuhada's niece, Danish. Sangat comel, bijak dan petah bercakap. Aku sayang Danish tu walau pun first time baru jumpe..

Ya Tuhan, aku bersyukur sesangat. Lindungilah aku dan orang disekililingku, kerana Engkau jua yang memberi nikmat dan rahmat kepada kami. I love you Alls....
Muah..muah...muah...

Wednesday, June 9, 2010

aku yang happy


haha...
Semalam sangat seronok..aku keluar jalan-jalan ke Melaaka dengan kawan aku., semuanya kawan baik aku.Klau nak ikutkan lagi ramai geng aku nak ikut, tapi masih struggle untuk final exam. Aku kenal diaorang dari sekolah rendah.Angah,Hajar,Nadzirah dan AMirah..aku kenal diaorang lama sangat. Amirah dari tadika aku kenal dan satu sekolah dengan dia.Cuma kebanyakan terpisah bila naik sekolah menengah dan sambung belajar di universiti, malah ada yang ke luar negara..

Ayah aku sendiri kagum dengan kitaorang. Walaupun dah tak satu sekolah macam dulu, tapi kitaorang selalu satu kepala, satu hati, dan satu matlamat. Pantang cuti sem, mesti jumpa ramai-ramai. Tempat paling masyhur yang kita orang selalu pergi adalah warung cendol dekat Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka. Duduk dekat warung tuh borak-borak, bincang-bincang, imbau masa zaman sekolah, dalam tak sedar boleh sampai 4 jam kita orang duduk kat warung cendol tuh.Memang seronok!!

Dan kalau kitaorang ada bajet lebih, selalunya turun Melaka..sebab Melaka adalah tempat yang terhampir dan menarik dari tempat kitaorang yang dekat Negeri Sembilan ni.Dan kitaorang akan turun lebih dari 1o orang, sebabnya kitaorang memang sangat rapat..

Semalam memandangkan tak ramai yang bercuti, hanya 5 orang saja yang pergi, dan percaya atau tidak keadaan pun sudah amat gamat dengan kehadiran kitaorang..thanks kepada semua, aku betul-betul happy sangat semalam!Aku harap sangat kita akan sentiasa macam ni walau jarak kita lebih 1000 batu...i luv yeah!!!muah...muah..

Sekarang tunggu planning nak bercuti ke US saja, lebih kurang 2 tahun dari sekarang, aku harap sangat menjadi..